Isu Semasa

Setelah Berbulan Menanti, Hanya Golongan Tertentu Boleh keluarkan RM10K KWSP!

Memang hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan pencarum boleh mengeluarkan RM10,000 yang ada dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Namun rakyat Malaysia juga harus tahu bahawa tidak semua rakyat Malaysia layak mengeluarkan wang bernilai sehingga RM10,000 itu sewenang-wenangnya.

Dalam erti kata lain, hanya golongan tertentu sahaja boleh menikmati nilai sehingga RM10,000 itu terutamanya bagi mereka yang masih ada baki akaun melebihi RM10,000.

Bayangkan kalau pencarum yang baru mula bekerja dan jumlah dalam akaun baru RM2,000 hingga 5,000, tak perlulah buat kalut macam-macam walaupun anda seorang pencarum KWSP.

Kita doakan sahaja pencarum KWSP yang berdepan masalah kewangan diringankan beban dan kepada yang mampu keluarkannya, janganlah diperhabiskan duit itu buat pergi beli sport rim kereta sebagai contoh!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker