Dawn Raid atau Serangan Subuh merupakan rompakan bukan bersenjata yang telah dilakukan oleh sekumpulan cerdik pandai orang Malaysia untuk merampas semula ‘harta’ yang telah diragut oleh penjajah.
Tapi ini juga bukan cerita kejut kawan bangun subuh.
Walaupun nama sahaja dah merdeka, namun peristiwa Guthrie ini merupakan salah satu bukti di mana Malaysia masih lagi di bawah kuku British pada masa itu.
Salah satu peristiwa yang begitu ketara adalah berkaitan dengan Guthrie di mana ia merupakan salah satu syarikat yang mengendalikan beberapa penanam di Malaysia, seperti getah dan kelapa sawit.
Syarikat ini dikendalikan oleh orang British dengan mengusahakan tanaman-tanaman ini dan mengambil keuntungan daripada penjualan penanam tersebut kepada syarikat mereka.
Senang cerita, macam ambil sayur dekat kebun orang, lepas tu jual, lepas tu masuk dalam poket sendiri.
Perkara ini menyebabkan kerugian dalam negara kerana keuntungan itu sepatutnya disalurkan kepada ekonomi negara dan untuk pembangunan rakyat dan negara itu sendiri.
Disebabkan oleh hal itu, pihak kerajaan telah merancang untuk merampas kembali saham syarikat tersebut.
Kerana itulah, di bawah pimpinan Tun Mahathir, yang merupakan perdana menteri pada masa itu, telah bermeja bulat dengan beberapa individu yang lain iaitu Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim (ketua pengurus pelaburan waktu itu), dan juga Ismail Ali (pengerusi PNB) sebagai pemain utama melalukan perancangan untuk merampas semua pegangan saham syarikat Guthrie di mana sebahagian besarnya dipegang oleh syarikat British pada masa itu.
Untuk mendapatkan kembali Guthrie, kerajaan Malaysia perlu memegang saham yang lebih daripada syarikat British tersebut.
Lalu, perancangan yang teliti dan bertempoh selama lebih daripada setahun, Tan Sri Khalid Ibrahim selaku pengendali utama berjaya membeli saham daripada syarikat Genting, Kuwait dan beberapa syarikat yang lain. Ini membuatkan peratusan saham yang dimiliki kerajaan Malaysia meningkat dan memudahkan perampasan porsi saham selebihnya daripada British.
Selain itu juga, perampasan saham ini jua telah disokong oleh Rothchild dan beliau mendapatkan pertolongan daripada beberapa syarikat Inggeris yang lain untuk mereka menjual saham mereka di dalam Guthrie dan menjualnya kepada kerajaan Malaysia.
Di pendekkan cerita, setelah hanya 4 jam ‘peperangan’ tegang semasa pembelian saham itu di buat, pihak kerajaan berjaya untuk merampas semula Guthrie daripada syarikat British tersebut dengan kebijaksanaan dan kerjasama pelbagai pihak termasuklah Petronas dan beberapa syarikat gergasi yang lain.
Dawn Raid telah dicatat sebagai kejayaan yang patut dibanggakan kerana berjaya menghentikan eksploitasi British terhadap hasil bumi Malaysia yang telah berlaku sejak berkurun lama walaupun setelah merdeka.
Kejayaan Tan Sri Khalid Ibrahim bersama dengan rakan seperjuangannya patut dicontohi oleh generasi kini kerana cinta dan sayang kepada negara dan bangsa, mereka bermati-matian untuk merampas semula hak harta negara yang telah dirampas penjajah.
Selain daripada peristiwa dawn raid ini, sumbangan Tan Sri Khalid Ibrahim kepada negara bukan main-main.
Semasa beliau di PNB, beliau telah melancarkan skim simpanan untuk rakyat Malaysia bagi menggalakkan rakyat di negara ini menyimpan duit.
Skim simpanan ini dikenali sebagai ASN.
Manakala, semasa beliau dilantik Menteri Besar Selangor, beliau telah banyak membantu rakyat-rakyat Selangor.
Antara inisiatif yang telah dilakukan beliau adalah memberikan air secara percuma sebanyak 25m³ kepada setiap rumah di Selangor bagi mengurangkan beban rakyat.
Selain daripada itu, beliau juga berjaya menggandakan rizab simpanan negeri Selangor pada setiap tahun sebanyak berbilion-bilion Ringgit dan wang tersebut telah dibelanjakan demi pembangunan di Selangor.
Kata Anwar Ibrahim, kejayaan terbesar Tan Sri Khalid Ibrahim adalah mengurus Selangor dengan tulus dan bersih.
Maka, kejayaan Tan Sri Khalid sebagai anak Melayu ini perlu diambil perhatian oleh anak muda masa kini dan kisah-kisah tentang beliau harus diberi perhatian dan didedahkan kepada generasi kini supaya ianya dicontohi.
Dengan kisah aspirasi Tan Sri Khalid Ibrahim, diharapkan supaya ianya akan memberi sedikit sebanyak motivasi untuk generasi kini untuk berjuang demi bangsa dan negara mereka di masa hadapan.
Sekian.
MISI CAPAI 100,000 LIKE SEBELUM 31 DISEMBER 2022
[wpdevart_like_box profile_id=”100109992115173″ stream=”hide” connections=”show” width=”320″ height=”130″ header=”medium” cover_photo=”show” locale=”en_US”]Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!