Budaya

Seni Muzik Tradisional Melayu Kian Pudar

Dah lama sebenarnya kita tak dengar lagu-lagu berunsurkan muzik tradisional di saluran radio popular, televisyen, mahupun di platform muzik dalam talian. Kalau ada pun, mungkin dimainkan ketika majlis atau keramaian seperti kenduri kahwin dan majlis formal seperti graduasi pelajar.

Sejarah muzik Melayu bukanlah perkara baru dan bukanlah hanya merangkumi peta Malaysia yang sekarang. Ia melibatkan Tanah Melayu yang dulunya merangkumi Malaysia, Indonesia, Kampuchea, Filipina dan sebahagian tanah Thailand.

Sebagai contoh, Gamelan dikatakan berasal warisan kesenian Kesultanan Riau-Lingga, Pahang dan Terengganu. Caklempong (Talempong) dan serunai merupakan alat muzik yang sinonim dengan kaum Minangkabau.

Selain itu, alat muzik seperti kompang, nekara, beduk, rebana pula terhasil dari wujudnya hubungan dengan negara Islam Timur Tengah. Alat-alat muzik ini dipengaruhi dari muzik di sana. Namun kini ia sudah sebati menjadi identiti orang Melayu.

Dek peredaran zaman, lagu moden lebih diapresiasi oleh orang kita. Jika anda ingat dulu, Anugerah Juara Lagu di TV3 pernah mengetengahkan kategori Irama Malaysia dan Etnik Kreatif namun sudah tiada. Ini menunjukkan sudah kurangnya lagu-lagu berelemen tradisional pada abad ke-21 ini berbanding dulu.

Baca juga>> Ke Mana Hilangnya Irama Dan Melodi Melayu Dalam Seni Lagu?

Kekurangan komposer yang mahir dengan muzik tradisional seperti Allahyarham Pak Ngah pada zaman sekarang sidikit sebanyak juga memberi kesan. Tidak ramai komposer muda yang berbakat untuk mempopularkan lagu berunsur tradisional dalam arus perdana.

Kita juga kekurangan tenaga pengajar mahir yang boleh mengajar alat muzik tradisional sepenuh masa sama seperti ibu bapa yang memasukkan anak-anak mereka dalam kelas alat muzik barat macam piano, violin, gitar dan sebagainya. 

Walaupun ada sekolah yang cuba menghidupkan semua keserian seni muzik tradisional seperti mengajar kompang, gamelan dan caklempong namun ia kebanyakan berakhir bila pelajar-pelajar tersebut tamat sekolah. Tak ramai yang mahu betul-betul mahirkan diri dan seterusnya menghidupkan seni muzik tradisional kita.

Moga kita tidak sampai satu tahap di mana muzik tradisional Melayu ini hilang seninya sehingga generasi akan datang langsung tidak pernah dengar dan terasa janggal dengan iramanya. Warisan budaya kita harus kita sendiri pelihara. 

Menarik:

Melayu Akan Hilang? Mustahil! – Dato Paduka Prof Madya Dr. Mohd Rosli

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker