Budaya

Seni Jahitan Pakaian Melayu Tradisional Yang Semakin Menghilang

Tulang belut, karipap dan mata lalat merupakan antara seni jahitan untuk pakaian Melayu tradisional yang sudah berzaman lamanya. Bagi ‘orang-orang lama’, jahitan ini biasa buat mereka namun mungkin tidak bagi generasi Milenial dan Z. 

Malah teknik sulaman, tekat emas, mencanting batik dan pelbagai lagi seni pakaian tradisional juga semakin lama kurang pewarisnya. Sedangkan kemahiran ini merupakan lambang identiti orang Melayu yang kita pamerkan pada pakaian tradisional kita. 

Jahitan Tulang Belut, Karipap dan Mata Lalat misalnya banyak digunakan pada bahagian leher dan tangan baju kurung serta baju Melayu Teluk Belanga. Sulaman serta seni tekat pula adalah teknik yang mengait benang emas pada kain dasar di mana kain baldu menjadi pilihan utama.

Namun kerana ‘kepayahan’ hendak menggunakan teknik-teknik ini, seni jahitan tradisional semakin dilupakan. Jika adapun tukang jahit yang masih buat, mungkin bayarannya sedikit mahal tapi berbaloi atas kemahiran yang digunakan.

Industri ‘fast fashion’ atau fesyen pantas lebih tertumpu pada penghasilan baju pakai siap yang dibuat secara banyak setiap hari. Seni dan kualiti ditolak tepi asalkan matlamat ‘harga murah’ berjaya dicapai. Jadi tak hairanlah kenapa seni jahitan tradisional makin dilupakan. 

Baca juga>>Pakaian Mencerminkan Jati Diri Budaya Bangsa Melayu?

Untuk pastikan generasi akan datang tidak akan lupa tentang seni jahitan ini, kita harus galakkan pada tukang jahit yang mahir dengan jahitan ini mengadakan bengkel dan kelas. Mereka juga boleh buat tutorial ringkas di YouTube untuk dijadikan rujukan. 

Kemungkinan video tersebut boleh jadi tular dan menarik minat generasi muda untuk mempelajarinya. Tak salah juga kita gunakan pempengaruh atau selebriti dalam usaha untuk menjadikan seni jahitan ini trend terkini.

Selain itu, kerajaan boleh memberi bantuan insentif kepada tukang jahit mahir serta pereka fesyen yang masih mengamalkan jahitan tradisional serta mengetengahkan motif tradisional dalam rekaan pakaian mereka di arena antarabangsa.

Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar untuk menggunakan seni jahitan ini yang mereka belajar dalam subjek Kemahiran Hidup. Wujudkan pertandingan atau anugerah supaya dapat menarik minat golongan pelajar untuk memahirkan diri dengan jahitan tradisional ini.

Menarik: Darah Melayu Paling Unik – 6 Jenis DNA Beserta Sifatnya Pada Pemilik

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker