Budaya

Senarai Semak Perkara Yang Perlu Ada Pada Baju Melayu Serta Busana Tradisional

Trend hari ini menyaksikan semakin ramai orang-orang Melayu bangga memakai baju Melayu atau busana tradisional bagi meraikan perayaan seperti hari raya Aidilfitri.

Menurut Jurucakap Utama Sidang Demi Malaiu, Datuk Paduka Prof. Dr. Supyan Hussin, terdapat beberapa perkara yang boleh dijadikan sebagai senarai semak bagi kedua-dua pakaian ini.

Jurucakap Utama Sidang Demi Malaiu, Datuk Paduka Prof. Dr. Supyan Hussin menunjukkan perbezaan baju Melayu yang menjadi kebanggaan orang-orang Melayu.
Jurucakap Utama Sidang Demi Malaiu, Datuk Paduka Prof. Dr. Supyan Hussin menunjukkan perbezaan baju Melayu yang menjadi kebanggaan orang-orang Melayu.

Misalnya bagi baju Melayu yang juga dikenali sebagai busana Melayu kebangsaan, ia semoleknya dipakaikan lengkap bermula dengan:

a) Songkok
b) Butang
c) Baju Melayu
d) Samping
e) Capal

Sementara itu bagi busana Melayu budaya atau tradisi pula, ia secocok jika dipadankan bermula dengan:

a) Destar / tanjak / semutar
b) Baju layang
c) Keris
d) Bengkung
e) Capal

Apa fesyen yang anda gayakan sepanjang hari raya Aidilfitri ini? Kongsikan bersama Demi Malaiu!

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Sertai Komuniti Demi Malaiu
Kongsi cerita anda dengan kami dan dapatkan kemaskini semua kandungan dari semua platform media sosial Demi Malaiu