Agama

Semua Agama Asalnya Dari Agama Islam?

Terdapat berpuluh ribu agama yang wujud dia atas muka bumi ini dan yang paling banyak sekali dianuti adalah Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan juga Judaism atau agama Yahudi.

Agama-agama ini boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama iaitu Theism iaitu agama yang berdasarkan wahyu atau gama tauhid.

Seterusnya adalah bukan teisme atau agama yang tidak berdasarkan wahyu dan tauhid.

Manakala yang terakhir adalah agama animisme.

Teisme

Seperti yang dinyatakan di atas, teisme adalah agama-agama yang berdasarkan wahyu, iaitu agama yang dipercayai datangnya daripada tuhan dan disampaikan kepada manusia. Antara contoh-contoh kelompok ini adalah Islam, Hindu, Judaism, dan Kristian.

Agama-agama di kelompok teisme ini juga boleh dipecahkan lagi kepada beberapa kategori iaitu monoteisme, dan politeisme.

Monotheisme

Agama-agama monotheism juga dikenali sebagai agama Ibrahim atau dalam bahasa Inggerisnya, Abrahamic religion. Selain 3 agama besar ini, terdapat juga agama-agama kecil yang lain yang duduk di bawah payung agama Ibrahim ini namun ianya tidaklah signifikan kerana jumlah penganutnya yang kecil.

Agama Ibrahim merujuk kepada agama yang datangnya daripada satu umber yang sama, iaitu Ibrahim, dan  mempercayai nabi Ibrahim itu sebagai moyang mereka.

Namun, akhirnya kepercayaan dan agama yang didatangkan daripada satu sumber ini terpecah kepada beberapa bahagian kerana berlakunya lain-lain pendapat dan kitab yang dipegang.

Nabi Ibrahim didakwa oleh orang Yahudi sebagai moyang orang Israel, manakala anaknya Ismail (Ishmael) dilihat dalam tradisi Muslim sebagai moyang orang Arab. Dalam tradisi Kristian pula, Abraham (Ibrahim) digambarkan sebagai “bapa keimanan”.

Terma agama Ibrahim ini asalnya daripada al-Quran itu sendiri dan diterima pakai untuk merujuk kepada 3 agama ini.

Poliagateisme

Politeisme pula adalah agama yang menyembah tuhan yang pelbagai.

Selain daripada hindu, kepercayaan Greek kuno juga mempunyai konsep yang sama seperti dengan hindu iaitu mempercayai dewa-dewa yang mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing untuk menjaga dunia dan manusia.

Agama-agama yang ada adalah versi agama Islam yang diseleweng

Agama-agama yang telah dibawa daripada nabi terdahulu bukanlah agama-agama Kristian mahupun Yahudi, namun ianya adalah agama Islam yang telah diselewengkan.

Semasa zaman nabi-nabi dan rasul-rasul tersebut, mereka membawa ajaran Allah s.w.t. namun sementelahan ketiadaan para nabi dan rasul itu, terdapat umat manusia yang telah cuba untuk menukar ajaran Allah itu.

Ada juga sesetengah manusia jua telah membunuh para nabi dan rasul kerana tidak mahu menerima pendakwahan mereka.

Kitab-kita suci wahyu Allah yang telah ditukar semata-mata mereka mahu meng’halal’kan perkara yang diharamkan Allah.

Kitab Injil ditukar kepada kitab bible yang ada sekang, walaupun asal usul bible itu adalah datangnya daripada Injil yang asli, semasa Nabi Isa a.s., namun setelah ketiadaan Nabi Isa di atas dunia, kitab itu telah diubah suai mengikut selera mereka dan menghasilkan bible seperti sekarang ini.

Begitu juga dengan Kitab Taurat, kitab yang dipegang oleh orang Yahudi sekarang ini adalah versi yang telah diubah.

Maka tidak hairanlah banyak perkara di dalam 3 agama utama ini seakan-akan sama.

Namun demikian, walaupun leluhur agama ini adalah sama yang telah diselewengkan daripada agama Allah yang sebenar, sebagai seorang Muslimin yang sejati, kita hendaklah hanya berpegang kepada agama yang sebenar iaitu Islam.

Kepercayaan menganggap bahawa semua agama sama adalah suatu ideologi barat yang dikenali sebagai pluralisme dan ini amatlah berbahaya kerana ia melibatkan akidah.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker