AgamaIsu Semasa

Rider Foodpanda Hentam Penghina Agama Apa Dr. Zulkifli Buat?

Jika anda seorang Islam dan tidak tahu ada golongan yang sewenang-wenangnya mempermainkan nama Allah SWT semasa memesan makanan menerusi aplikasi Foodpanda, berhentilah jadi manusia.

Ada baiknya menjadi kain kapan yang pasti akan ditanam bersama-sama mayat yang sudah tidak berguna sementara roh bakal menerokai alam baharu sebelum di bawa ke muka pengadilan.

Baru-baru ini, sekumpulan lelaki yang bertugas sebagai rider Foodpanda mengamuk apabila seorang pelanggan yang mengaku beragama Kristian telah menghina agama Islam dengan membuat pesanan menggunakan nama :

“Ardilas anak Allah Taala Tuhan Allah Taala”

Setelah ditanya dengan lemah-lembut apa alasannya berbuat demikian, lelaki terbabit meneruskan provokasi sehingga menimbulkan kemarahan daripada petugas Foodpanda.

Akhirnya insiden pergelutan berlaku dan masing-masing ditahan atas alasan yang tersendiri sehingga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) tampil untuk membantu petugas Foodpanda.

Baca juga Muka Kacak & Cantik Namun Manhaj Akidah Islam Yang Mana Perlu Ikut Pun Tak Tahu? Lemah!

 

Namun demikian, isu penghinaan menggunakan nama Allah SWT ini rupanya tidak sampai ke dalam kalangan ahli politik, agamawan dan mereka yang berkuasa sebagai pemimpin masyarakat.

Yang terlibat cuma saranan masyarakat serta tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) namun ia masih tidak cukup yang membuktikan sebagai agama Islam layak dibela dalam Malaysia.

Penulis meninjau ke media sosial beberapa pemimpin tempatan dan mengenai kes ini, amat diharap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil untuk menjernihkan suasana dengan menjulang prinsip agam yang harus dipamerkan oleh seseorang yang beragama Islam.

Namun demikian, tidak salah sebenarnya tuala wanita diberikan secara percuma malah amat digalakkan untuk memastikan wanita Islam bahkan wanita bukan Islam menjaga kebersihan diri semasa datang bulan.

Tetapi mengapa Dr. Zulkifli langsung tidak menyentuh atau berbicara soal penghinaan penggunaan nama Allah ini secara terbuka? Takut menyentuh sensitiviti warga Malaysia yang bukan beragama Islam?

Siapa kita orang Melayu sebenarnya di Tanah Melayu atau Malaysia ini? Masih kekalkah kita sebagai tuan tanah atau pemimpin sejagat? Atau cuma tikus yang jatuh ke beras untuk duduk diam-diam?

Semoga yang tidak baik tentang kepimpinan dalam negara dapat diperbetulkan kerana setiap pemimpin yang ada bekerja di bawah naungan Yang Dipertuan Agong dan tolonglah jangan sampai Islam nampak ‘lunyai’!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker