Isu Semasa

Selepas Eternals & Doctor Strange, Animasi Pixar Lightyear Pula Tanam Doktrin LGBT!

Sebelum ini pernah kecoh bahawa filem Eternals dan Doctor Strange in the Multiverse of Madness secara perlahan-lahan memapar dialog dan aksi yang bertemakan LGBT.

Namun tidak disangka-sangka, animasi terbitan Disney Pixar, Lightyear lagi dahsyat kerana dimaklumkan memaparkan babak pasangan sesama jenis bercium untuk beberapa saat.

Jika dilihat pada naratif umum, mula-mula sekadar babak yang memberikan bayangan elemen LGBT, kemudian dialog yang mengangkat elemen LGBT dan kini babak secara visual.

Masih teringat dalam beberapa bulan yang lepas, ramai netizen daripada pelbagai latar belakang menulis, “Babak untuk beberapa saat, takkan kita lemah iman.”

Paling mengejutkan, tulisan itu ditulis oleh anak-anak Melayu yang dipercayai beragama Islam dan jika sebegitu mudah mereka tidak kisah mengenainya, apa kesan jangka panjang?

Buzz Lightyear adalah salah satu watak yang pernah muncul dalam siri filem animasi Toy Story dan konsep jalan ceritanya memang ditujukan untuk tontonan golongan kanak-kanak.

Suatu masa dahulu, filem animasi Toy Story boleh dikatakan masih suci namun ramai ibu bapa yang pernah membesar dengan cerita Toy Story cukup terkejut mengenai perkara ini.

Mujurlah filem terbitan Disney Pixar ini diharamkan dibeberapa buah negara termasuk Malaysia dan tidak rugi pun rakyat Malaysia jika filem berunsur LGBT diharamkan buat selama-lamanya.

Jarum-jarum halus sedang menusuk masuk ke dalam pemikiran anak-anak muda yang tidak mengetahui apa-apa kecuali berseronok.

Maka tanggungjawab ibu bapa khususnya bagi umat Islam adalah untuk memastikan zuriat kita berada dalam landasan akidah yang betul dan tidak mudah terpengaruh dengan dakyah liberalisasi.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker