Agama

Selain Dunia, Masih Ada 9 Pit Stop Yang Perlu Roh Kita Lalui Sebelum Tiba Ke Negeri Abadi

Tahniah kerana semasa kita menghembuskan nafas ini, sedar tak sedar rupa-rupanya kita sudah berjaya melepasi alam roh dan alam rahim.

Maka hiduplah kita dengan segala nikmat yang ada di dunia sementara ini untuk mengenal dan mengingat Allah SWT sepanjang masa.

Namun jangan pula kita lupa bahawa perjalanan kita bukan terhenti di alam dunia sahaja dan berakhir sepenuhnya dengan kematian.

Kematian Cuma salah satu proses ibarat bersalin kulit atau bertukar baju untuk memasuki dimensi alam kubur pula.

Nampak tak kehebatan Allah SWT menciptakan roh di dalam tubuh kita ini? Tidak boleh dilihat tetapi boleh bertahan selagi dikehendakiNya.

Bagi ciptaan yang sudah diracun akal fikirannya, mereka jadi takut pada mati dan berfikir mati adalah penamatnya.

Lebih menakutkan, mereka punyalah takut pada mati sampaikan terpaksa enjoy dengan dunia sementara ini bagaikan tiada hari ini.

Mereka jadi lupa untuk persiapkan diri terutamanya untuk bekalan kita yang di dalam (roh) bagi meneruskan journey ke fasa yang lain.

Sekadar diuji dengan nikmat dunia atau terpaksa duduki peperiksaan yang dianggap susah, itu belum cukup thrill bak kata orang muda pada zaman ini.

Masuk fasa alam kubur, elemen thrill itu mungkin mula boleh dirasai apabila tukang tanya soalan iaitu malaikat Munkar & Nakir datang berkunjung.

Agak-agak roh kita ingat tak untuk menjawab soalan-soalan yang sudah lama diperturunkan daripada satu generasi kepada generasi?

Kalau tiba-tiba diwajibkan mati sekejap lagi, ingat tak apa soalan yang malaikat Munkar & Nakir akan tanya? Pergi Google cepat-cepat selepas ini.

Mana yang rajin baca al-Quran semasa hayat dia, cerahlah ruang kubur itu walaupun kita yang di atas nampak macam sempit sahaja liang lahad itu.

Mana yang di jiwanya ada surah al-Mulk, luaslah ruang alam kubur kita sejauh mata memandang. Tak mainlah setakat seluas 850 – 1,500 sqft misalnya.

Sambil chill dalam alam kubur itu, nak tak nak, kita kena tunggu malaikat Israfil dapat signal untuk tiup sangkalala bagi menamatkan dunia seluruh alam semesta.

Mana yang belum sempat masuk alam kubur, mereka mati dalam zon kiamat dan tetap akan lalui proses yang sama macam roh-roh lain.

Selepas tiupan sangkalala itu, bermulalah era hari kebangkitan buat semua dan berkumpullah kita di padang masyar secara berjemaah, padat dan menyesakkan.

Menariknya, tempoh kita di padang masyar dianggarkan sekitar 50,000 tahun, tidak pasti mengikut garis masa dunia sementara atau dimensi di sana.

Kerana kalau ikut dimensi alam lain sebagai contoh, 10 minit mereka, 3 jam kita, sehari mereka, 3 hari kita di dunia, ini sekadar perumpamaan.

Katakanlah roh kita sudah berjaya survive dalam era hari kebangkitan itu, maka the next journey adalah fasa:

4) Syafaat

5) Hisab

6) Pembahagian catatan amal

7) Mizan

8) Telaga

9) Ujian keimanan seseorang

Lepas sahaja pit stop ke-9 ini, maka sama ada neraka atau syurga, adalah bergantung kepada apa yang kita sudah isi atau bekalkan kepada rohani kita.

Kalau sekadar bagi perut kenyang tetapi rohani sentiasa lapar, macam mana nak survive untuk perjalanan yang lebih lama dan jauh ini?

Come on.. jangan takut pada mati sebaliknya ayuh kita sama-sama fikir aset (amalan) apa yang nak dibawa bersama sampailah tiba ke syurga nanti.

Dan satu lagi pesanan, jangan risau kalau tak sempat nak beli rumah dekat dunia sementara sampai tersangkut dalam sistem kapitalis ini.

Kita bukannya dicipta untuk tersangkut dalam sistem dan hidup untuk bekerja bagi membayar hutang, bersederhanalah kerana kalau sangkut CTOS & CCRIS ‘dekat sana’, itu lebih kacau!

Kredit: Musafir Lalu

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker