Sejarah

Selain Cari Ustaz Untuk Rawat Sihir, Ini Cara Untuk Ruqyah Diri Sendiri!

Kebiasaannya orang Islam akan mencari seorang Ustaz yang boleh meruqyahkan mereka apabila mereka terkena sihir, santau, ilmu hitam dan gangguan jin.

Ruqyah adalah satu cara mengubati pesakit dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, dzikir dan doa-doa perlindungan yang memiliki dalil jelas sesuai dengan syariat agama Islam.

IRuqyah ini dinamakan Ruqyah Syar’iyyah dan hukumnya adalah diharuskan dalam Islam. Anda dinasihatkan untuk mencari pusat perubatan Islam yang berautoriti dalam menyediakan perubatan ruqyah ini.

Bagaimana pula dengan yang dikatakan kita juga boleh ‘ruqyah’ diri sendiri? Betul ke kita mampu meruqyah diri sendiri tanpa bantuan pakar perubatan ruqyah?

InsyaAllah, ruqyah diri sendiri ini boleh diamalkan oleh setiap individu sama ada untuk membentengi diri dari segala kejahatan atau untuk menyembuhkan diri dari penyakit-penyakit yang telah disebut tadi jika ada.

Anda boleh meruqyah diri sendiri dengan melakukan empat perkara ini, pertamanya anda perlu berwuduk. Kemudian, adalah laksanakan solat 2 rakaat. Surah asas yang perlu dibaca ialah surah Al-Fatihah, Ayat Kursi dan surah 3 Qul.

Ketiganya, berdoa dalam sujud terakhir agar dijauhkan dari segala gangguan jahat seperti jin, sihir, ilmu hitam, santau dan sebagainya.

Kemudian terakhir, setelah selesai solat tadahkan tangan dan tiup telapak tangan anda disertakan dengan niat yang pertama supaya ayat-ayat ini dijadikan sebagai pelindung kepada diri. Setelah itu sapukan tangan anda dari kepala hingga ke hujung jari kaki.

Lakukan langkah keempat ini sebanyak tiga kali. Kali keduanya niatkan ayat-ayat tersebut sebagai pembakar jin serta dikeluarkan segala kesakitan yang sedang berada dalam tubuh badan anda.

Kali ketiganya, anda niatkan supaya dengan izin Allah SWT agar dihilangkan serta dihancurkan segala gangguan dan penyakit sekiranya ada terdapat dalam tubuh badan anda.

Ini mungkin salah satu ikhtiar yang boleh diamalkan oleh setiap daripada kita sebagai pendinding diri dalam kehidupan seharian. Ia boleh diamalkan setiap kali selepas solat fardhu atau sebelum tidur pada malam hari.

Namun, penulis ingin mengintakan bahawa wajib untuk kita percaya bahawa segala kesembuhan penyakit itu datangnya dari Allah SWT sahaja. Selebihnya ‘ruqyah’ diri sendiri ini hanya sebagai usaha sampingan sahaja.

Kredit : Instagram videodakwah,my

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker