Artikel ini bukan untuk menyemarakkan api atau menjadi agen-agen kebencian dan konspirasi memecahkan bani Malaysia, namun artikel ini lebih kepada melihat perspektif yang lebih penting dek kerana pelbagai isu yang timbul daripada perkara ini.
Apa isunya? Nanti kita akan bincang.
Sebelum itu, merujuk kepada tajuk di atas, (dah macam surat rasmi), belajar cakap Melayu lagi penting ke dari belajar cakap mandarin? Jawapannya mestilah ya! Itu pun nak tanya ke.
Kenapa penting kamu tanya? Penting la sebab ini kan Malaysia, bukan Taiwan. Kalau dekat Taiwan, memang la tak penting belajar bahasa Melayu.
Sebagai bahasa rasmi negara Malaysia yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan 1963, Perkara 152 secara jelas menegaskan bahasa Melayu atau bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara dan tiada kompromi untuk menidakkan bahasa ini.
Apa-apa pun rakyat di Malaysia ini perlu memahami realiti sebenar sejarah Malaysia. Jika semua orang memahami dan hormat akan kebenaran ini, maka isu mahu mempersoalkan atau mencabar kedaulatan bahasa, agama dan hak peribumi di Malaysia tidak akan berlaku.
Tanah Melayu adalah hak orang Melayu, bangsa dominannya Melayu sejak dari sebelum Kesultanan Melayu Melaka lagi. Sejak kurun pertama Masihi, bukan sahaja Tanah Melayu, seantero Asia Tenggara hingga ke kepulauan Hawai itu diduduki oleh orang Melayu.
Ya, bukanlah semuanya orang melayu seperti di Malaysia, tapi satu rumpun yang sama, rumpun Melayu walaupun etnik yang berbeza, namun budaya dan ciri-ciri asas itu masih terserlah.
Baca juga: Orang Arab, Orang Pakistan, Mamak semua Melayu? Biar betul!
Sewaktu 1819, demografi Tanah Melayu mula bertukar apabila British sengaja memasukkan bangsa lain di Tanah Melayu untuk bekerja untuknya.
Kenapa tidak dimasukkan orang-orang dari Sumatera atau Tanah Jawa? Kenapa perlu bersusah payah untuk merentas samudera hanya untuk membawa masuk buruh di Tanah Melayu. Pasti semua ada sebabnya.
Bahasa rasmi adalah sebagai medium penyatuan bagi sesebuah negara. Ianya sangat perlu untuk memupuk perpaduan antara rakyat tersebut lebih-lebih lagi seperti di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa.
Walaupun bahasa Melayu adalah bahasa rasmi namun bahasa lain masih boleh digunakan mengikut kepada akta perlembagaan.
Namun perkara ini menjadi suatu isu yang lain apabila adanya sekolah-sekolah vernakular yang menggunakan bahasa lain untuk menjadi bahasa pengantara mereka.
Mengapa masalah anda tanya? Macam yang sudah dijelaskan di atas, bahasa itu menjadi elemen pengikat penyatuan dan perpaduan untuk sesebuah negara, jadi apabila anak-anak kecil dan remaja di sekolah tidak menggunakan bahasa yang sama, bagaimana hati mereka boleh diikat dengaan suatu elemen yang sama jika dari mula lagi sikap pengasingan itu telah di terapkan dalam diri mereka.
Apabila mereka dewasa, mereka dipaksa untuk berkawan dengan pelbagai bangsa dan bercakap dengan menggunakan bahasa yang mereka tidak biasa gunakan.
Alah, sama macam kita belajar bahasa Inggeris lepas tu tak bercakap pun guna ‘English‘, jadi bila nak pandai kan?
Realiti hari ini
Inilah realiti hari ini di mana jika dari bangku sekolah lagi sudah dipisahkan dengan bahasa medium pengantara yang rasmi jadi bagaimana mereka bisa menuturkannya dalam aktiviti seharian mereka.
Sebab itu lah ada ramai ahsoh-ahsoh yang memang tak tahu cakap Melayu sebab memang tak dilatih dari kecil.
Kalau dari sekolah lagi dah sekolah vernakular sampai masuk universiti pun universiti khas, bila masanya nak cakap Melayu?
Namun tidak dinafikan disiplin murid di SJK lebih bagus daripada murid di SK, namun ramai juga yang terbeban dengan sistem mereka.
Sementara itu, SJK juga menggunakan silibus yang sama dengan silibus di sekolah-sekolah kebangsaan.
Jadi, mengapa mahu membezakan dan mengasingkan sekolah-sekolah dengan pelbagai jenis jika silibusnya sudah sama hanya kerana alasan mereka lebih selesa dengan bahasa ibunda mereka?
Jadi, bagaimana pula dengan bahasa Inggeris? semua orang juga tidak selesa dengan bahasa ini namun peri pentingnya bahasa ini untuk diguna pakai dalam apa jua kondisi kini, ianya tidak dapat dibetahkan.
Boleh pula terima kan.
Jadi, mengapa penggunaan bahasa Melayu tidak difikirkan sebegitu rupa?
Jika penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi, mungkin isu ini tidak akan timbul.
Ada juga yang mengatakan jika ingin memansuhkan SJK, sekolah agama juga harus dibuat sedemikian.
Nampaknya orang yang berkata sedemikian tidak memahami konteks apa itu sekolah agama.
Sekolah agama adalah khas untuk pelajaran agama sahaja.
Ianya bukan akademik. Ianya sama seperti sekolah Buddha, sekolah Kristian, semacam itu.
Adakah ianya layak disamakan dengan sekolah SJK? Tentulah tidak.
Pendek kata, langkah ini agak sukar dilaksanakan (untuk menyeragamkan semua sekolah kepada hanya satu aliran sahaja, tiada SJK mungkin kerana kerajaan sendiri tidak punya solusi yang tidak akan nampak berat sebelah, ataupun ini alah alat permainan politik?
Namun demikian, jika perkara ini dapat dijalankan, pembentukan budaya Malaysia itu lebih jelas akan terlahir, seperti yang berlaku di Indonesia. Semua rakyatnya tidak mengira kaum, etnik dan agama, supaya dapat bertutur dalam bahasa Indonesia.
Ini sekali gus menanam sikap cintakan negara, dan bermati-matian untuk melindungi negara.
Jika perkara ini masih berterusan, tidak hairanlah jika adanya perang yang berlaku, kita akan dapat lihat siapa yang akan lari dahulu.
Sekian.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!