Sejarah

Sejarah Puasa Umat Terdahulu

Puasa di bulan Ramadhan mula disyariatkan pada penghujung bulan Sya’ban tahun kedua Hijriah dan turun juga perintah untuk mengeluarkan zakat fitrah pada tahun yang sama menurut Ibnu Kathir R.A . Pensyariatan puasa ialah apabila turunnya Firman-Nya yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”

(Surah Al-Baqarah :183).

Persoalan yang menarik adalah Allah menyebut bahawa diwajibkan berpuasa sepertimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum itu. Maka, adakah umat terdahulu sudah berpuasa?

Jawapannya Benar , Imam Al-Tabari menyebutkan bahawa puasa yang paling terawal adalah puasa Nabi Nuh A.S dan kaumnya setelah mereka telah selamat daripada banjir besar yang telah menenggelamkan umat Nabi Nuh A.S yang tidak beriman. Kemudian, Nabi Daud juga sudah berpuasa sejak dahulu lagi.

Ini dapat dipastikan kerana Nabi Muhammad ﷺ bersabda yang maksudnya:

عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : «إن أَحَبَّ الصيام إلى الله صِيَامُ داود، وأحب الصلاة إلى الله صلاة داود، كان يَنَامُ نِصْفَ اللَّيْلِ، وَيَقُومُ ثُلُثَهُ، وَيَنَامُ سُدُسَهُ، وكان يصوم يومًا ويُفطِرُ يومًا».
[صحيح] – [متفق عليه]

Dari Abdullah bin ‘Amru bin ‘Āṣ -raḍiyallāhu ‘anhumā-, dia berkata, Rasullullah ﷺ bersabda, “Sesungguhnya sebaik-baik puasa di sisi Allah adalah puasa Daud dan sebaik-baik solat di sisi Allah adalah solatnya Nabi Daud‎. Beliau biasa tidur separuh malam dan solat di sepertiga ‎malam terakhir dan tidur lagi di seperenamnya. Sedangkan beliau biasa berpuasa ‎sehari dan berbuka di hari berikutnya.”

(Hadis Muttafaq ‘alaih)

Beliau dahulu juga biasa tidur di pertengahan malam ‎pertama agar bangun dalam keadaan semangat dan ringan untuk ‎melaksanakan ibadah. Lalu beliau solat pada sepertiga malam terakhir, ‎kemudian tidur pada seperenam malam terakhir agar beliau menjadi ‎semangat untuk beribadah pada permulaan siang (waktu pagi).

“Sebaik-baiknya puasa adalah puasa Daud, iaitu sehari berpuasa dan sehari berbuka.”

(HR Muslim: 1159).

Baca Juga>>> 5-sejarah-yang-tidak-boleh-di-lupakan-dalam-bulan-ramadhan

Hamka juga menyebutkan di dalam Tafsirnya bahawa Nabi Musa A.S juga pernah berpuasa 40 hari. Beliau turut menjelaskan bahawa Nabi Ya’kub dan Maryam iaitu ibu kepada Nabi Isa A.S juga sudah berpuasa. Maryam disebutkan berpuasa bukan dengan menahan diri daripada makan tetapi berpuasa dari bekata-kata. Firman-Nya yang bermaksud:

فَكُلِي وَٱشۡرَبِي وَقَرِّي عَيۡنٗاۖ فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ ٱلۡبَشَرِ أَحَدٗا فَقُولِيٓ إِنِّي نَذَرۡتُ لِلرَّحۡمَٰنِ صَوۡمٗا فَلَنۡ أُكَلِّمَ ٱلۡيَوۡمَ إِنسِيّٗا

“Maka jika kamu melihat seorang manusia, katakanlah: ‘Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini’.”

( Surah Maryam: 26)

 

Inilah di antara contoh sejarah orang-orang terdahulu yang telah berpuasa sebelum zaman Nabi Muhammad ﷺ . Sesungguhnya disyariatkan berpuasa kepada Umat Islam adalah dengan tujuan seperti yang dinyatakan Allah dalam ayat tersebut iaitu menjadikan Umat Islam sebagai orang-orang yang bertaqwa.

Apabila berpuasa di bulan Ramadhan disyariatkan, maka kewajipan untuk berpuasa dilakukan oleh kaum Muslimin secara bertahap.
 

Pada fasa pertama pensyariatan puasa kaum muslimin boleh memilih sama ada hendak berpuasa atau tidak berpuasa. Sekiranya mereka tidak mahu berpuasa maka mereka harus membayar fidyah walaubagaimanapun berpuasa adalah lebih utama ketika itu. Ini bertepatan dengan apa yang disebut oleh Salamah bin Awka’i:

Dahulu kami ketika di bulan Ramadhan pada zaman Sayyiduna Rasulullah ﷺ, barangsiapa yang ingin berpuasa maka boleh berpuasa, dan barangsiapa yang ingin berbuka maka dia memberi makan seorang miskin, sehingga turun ayat Allah.

Kemudian sampai kepada fasa kedua barulah menjadi wajib untuk berpuasa apabila turun ayat berikutnya namun diberi pengecualian bagi beberapa keadaan. Firman-Nya:

(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan- penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang haq dan yang batil).

شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهۡرَ فَلۡيَصُمۡهُۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٖ فَعِدَّةٞ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُكۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ

Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.

(Al-Baqarah: 185)

Pada permulaannya kaum Muslimin berpuasa adalah lebih lama daripada kebiasaan kita berpuasa kerana sejurus selepas mereka berbuka,mereka akan kembali berpuasa selepas menunaikan solat Isya’. Ada juga sahabat yang tertidur sebelum makan (berbuka puasa) atau sesudah menunaikan solat Isya’ maka dia hendaklah berpuasa iaitu tidak boleh makan, minum, dan bersetubuh sehingga hari berikutnya.

Baca Juga >>>sejarah-puasa-para-nabi-a-s-dan-umat-terdahulu-2

Kemudian barulah turun ayat berikutnya yang membolehkan untuk makan dan minum serta bergaul dengan isteri hingga waktu fajar dan hendaklah menyempurnakan puasa daripada terbit fajar sehinggalah ke waktu terbenamnya matahari dalam surah Al-Baqarah ayat 187.

Kata Ibnu Kathir R.A dalam tafsirnya, diperbolehkan untuk makan dan minum sehingga fajar adalah dalil disunnahkan untuk bersahur serta kita sangat dituntut untuk melakukan sunnah yang besar ini. Bahkan sahur tidak pernah ditinggalkan oleh baginda dan para sahabatnya.

Sabda Baginda ﷺ yang bermaksud:

“Bersahurlah kerana di dalam sahur itu adalah berkat.” (HR Bukhari: 1923)

Kesimpulan

Semoga puasa di Bulan Ramadhan kita pada tahun ini meskipun masih berada dalam keadaan yang bergolak ini akan menjadi sebaik-baik puasa. Juga diharapkan agar dapat memperbanyakkan amalan dan melupakan kemungkaran di bulan yang penuh barakah.

Di antara keistimewaan berpuasa, Allah menggandakan pahala orang yang berpuasa berbanding amalan lain yang kadarnya hanya Allah yang mengetahuinya.

Rasulullah ﷺ bersabda :  “Segala amal anak Adam di lipat gandakan sepuluh kali ganda, hingga tujuh ratus kali ganda.”

Allah SWT berfirman:

“Selain puasa itu untukku, dan aku sendiri yang membalasnya, maka mereka meninggalkan syahwat dan makanan untukku.” Kerana kamu mendapat nikmat berlipat ganda bertemu dan berbau busuk (dari mulut orang yang berpuasa).

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya pahala akhirat lebih besar bagi orang yang berpuasa. Kerana sehebat mana pun nikmat dalam hidup ini, ia tidak boleh menjadi nikmat yang sedikit pun di Akhirat.

Nabi ﷺ bersabda:
Sesungguhnya di dalam syurga itu ada satu pintu yang bernama Ar-Rayyan, yang di dalamnya orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat akan masuk ke dalamnya, tetapi tidak seorang pun dapat masuk. 

 

Antaranya ialah hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi ﷺ bersabda:

وَلِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا: إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ بِفِطْرِهِ، وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ

Maksudnya: “Dan orang yang berpuasa itu akan memperoleh dua kebahagiaan: Apabila berbuka, dia berbahagia dengan berbukanya, dan apabila berjumpa Rabb-nya, dia bahagian dengan (pahala) puasanya.

Riwayat al-Bukhari (1904) dan Muslim (1151)

SUMBER:

1.Hamka, Tafsir Al-Azhar, Singapura:Pustaka Nasional, 1990. 2.Abu Fida Ismail Ibn Umar Ibn Kathit, Tafsir Ibnu Kathir.

3. Sarip Bin Abdul, Panduan Amalan Di Bulan Ramadhan, Putrajaya:JAKIM, 2015.

4. Sejarah Disyariatkan Puasa Ramadhan, Darul Ulum Ihya Ulumuddin, http://ulumnabawiahmakh.blogspot.com/2012/07/sejarah-disyariatkan-puasa- ramadhan.html

MISI CAPAI 100,000 LIKE 

Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!

untuk lebih banyak bacaan sila lawati lamanweb demimalaiu.com

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker