Allah berfirman yang ertinya:
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa
(Surah al-Baqarah, 2:183).
Terdapat dua perkara yang disentuh di dalam ayat tersebut, pertamanya, puasa adalah ibadat lama. Ia diwajibkan ke atas umat-umat lampau. Justeru, jika merujuk kepada sejarah, kita akan dapati hampir setiap bangsa di dunia ini mengamalkan puasa di dalam kehidupan mereka, walaupun mungkin ianya berbeza dari segi tujuan dan niat masing-masing.
Dalam mentafsirkan maksud: orang-orang sebelum kamu, kita dapati ulamak telah berbeza pendapat, antaranya:
Ada yang mengatakan bahawa ia bermaksud: orang-orang Nasrani sahaja.
Ada pendapat mengatakan, mereka adalah Ahl al-Kitab (iaitu orang Nasrani dan Yahudi).
Baca Juga >>>sejarah-puasa-umat-terdahulu
Pandangan Ilmuan Terdahulu
Ada pendapat lain mengatakan bahawa ia bermaksud seluruh umat terdahulu yang menjadikan puasa sebagai amalan dalam kehidupan mereka sama ada kerana tuntutan keagamaan, kemasyarakatan atau kerana menolak sesuatu bencana dan sebagainya.
Berdasarkan pembacaan saya, didapati bahawa bangsa-bangsa lama seperti India, China, Jepun, Parsi, Mesir Purba, Greek, Rom, Yahudi, Nasrani dan Arab Jahiliyyah, masing-masing telah mengamalkan puasa pada hari atau bulan tertentu dalam setahun.
Persoalan yang menarik adalah Allah menyebut bahawa diwajibkan berpuasa sepertimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum itu. Maka, adakah umat terdahulu sudah berpuasa?
Jawapannya Benar , Imam Al-Tabari R.A menyebutkan bahawa puasa yang paling terawal adalah puasa Nabi Nuh A.S dan kaumnya setelah mereka telah selamat daripada banjirbesar yang telah menenggelamkan umat Nabi Nuh A.S yang tidak beriman. Kemudian, Nabi Daud A.S juga sudah berpuasa sejak dahulu lagi. Ini dapat dipastikan kerana Nabi Muhammad ﷺ bersabda yang maksudnya:
Kemudian, Nabi Daud A.S juga sudah berpuasa sejak dahulu lagi. Ini dapat dipastikan kerana Nabi Muhammad ﷺ bersabda yang maksudnya:
“Sebaik-baiknya puasa adalah puasa Daud, iaitu sehari berpuasa dan sehari berbuka.”(HR Muslim: 1159).
Sejarah Puasa Para Nabi A.S Dan Umat Terdahulu
Walaupun dalam al-Quran atau hadith tidak dijelaskan bagaimana bentuk puasa generasi terdahulu, tetapi ada petunjuk-petunjuk bahawa agama-agama yang dibawa oleh para rasul terdahulu itu adalah agama monotheisme yang mengajarkan kepercayaan pada keesaan Allah.
Ahli sejarah Islam, Ibnu Kathir R.A mengatakan bahawa ibadat puasa sudah ada sejak zaman Nabi Adam A.S dan Hawa A.S Menurutnya, Adam berpuasa selama tiga hari setiap bulan sepanjang tahun.
Diriwayatkan bahawa Nabi Adam A.S apabila sampainya di bumi setelah diturunkan dari syurga akibat kesalahan yang dilakukan, baginda bertaubat kepada Allah SWT dan baginda berpuasa selama tiga hari setiap bulan.
Itulah yang kemudian dikenal dengan puasa hari-hari putih iaitu pada setiap tanggal 13, 14 dan 15 setiap bulan di mana ia juga sunnah untuk dikerjakan oleh umat Nabi Muhammad ﷺ.
Baca Juga >>> 5-sejarah-yang-tidak-boleh-di-lupakan-dalam-bulan-ramadhan
Ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa Nabi Adam A.S berpuasa pada 10 Muharam sebagai rasa syukur kerana bertemu dengan isterinya, Hawa, di Arafah. Ada juga yang lain berpendapat, Nabi Adam A.S berpuasa sehari semalam pada waktu dia diturunkan dari syurga oleh Allah SWT.
Ada juga yang mengatakan Nabi Adam A.S berpuasa 40 hari 40 malam setiap tahun. Ada pendapat yang mengatakan Nabi Adam A.S berpuasa dalam rangka mendoakan putera-puterinya supaya berada dalam kebaikan.
Selain itu, ada yang mengatakan, Nabi Adam A.S berpuasa pada hari Jumaat untuk mengenang peristiwa penting iaitu baginda dijadikan oleh Allah dan diturunkan ke bumi olehNya dan diterima taubatnya pada hari Jumaat. Dalam hadith disebutkan:
”Sesungguhnya Allah menjadikan Adam pada hari Jumaat, diturunkannya ke bumi pada hari Jumaat, baginda bertaubat kepada Allah atas kesalahannya memakan buah larangan pada hari Jumaat dan baginda wafat pun pada hari Jumaat.” (Riwayat Bukhari).
Baca juga>>> sejarah-puasa-para-nabi-a-s-dan-umat-terdahulu-Bahagian 2
MISI CAPAI 100,000 LIKE
Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!
untuk lebih banyak bacaan sila lawati lamanweb demimalaiu.com