Diriwayatkan bahawa Nabi Nuh A.S juga berpuasa selama tiga hari setiap bulan sepanjang tahun, seperti puasanya Nabi Adam A.S.
Nabi Nuh A.S juga memerintahkan kaumnya untuk menyembah Allah dan berpuasa ketika mereka berbulan-bulan hidup terapung-apung di dalam perahu besar di tengah banjir yang luas dan memerintahkan mereka terus menerus bertaubat kepada Allah.
Nabi Daud A.S juga melaksanakan puasa, bahkan baginda berpuasa dalam waktu yang cukup lama iaitu setengah tahun, di mana baginda berpuasa satu hari dan berbuka satu hari sepanjang tahun.
Nabi Ibrahim A.S juga terkenal dengan kegemarannya berpuasa, terutama pada saat hendak menerima wahyu dari Allah, yang kemudian dijadikan suhufnya yang rasmi. Ajaran Nabi Ibrahim A.S tentang puasa ini turut dilaksanakan oleh anaknya Nabi Ismail A.S yang terkenal taat beribadat dan ia diikuti juga oleh Nabi Ishaq A.S iaitu anak Nabi Ibrahim A.S dari isterinya Sarah.
Anak Nabi Ishaq A.S iaitu Nabi Ya’kub A.S yang juga seorang Rasul di mana baginda gemar berpuasa terutama ketika mendoakan keselamatan putera-puteranya.
Baca Juga >>> sejarah-puasa-umat-terdahulu
Kitab Karya Ulama
Imam Al-Qurthubi R.A dalam kitabnya al-Jami’ li Ahkamil Qur’an (2/274) menyebutkan bahawa Allah telah mewajibkan ibadat puasa kepada bangsa Yahudi (umat Nabi Musa A.S) selama 40 hari, kemudian kepada umat Nabi Isa A.S selama 50 hari.
Tetapi kemudian mereka merubah waktunya sesuai nafsu mereka iaitu jika bertepatan dengan musim panas mereka menundanya hingga datang musim bunga. Hal itu mereka lakukan demi mencari kemudahan dalam beribadat. Hal itu jelas bercanggah dengan ajaran asal agama mereka.
Hal ini juga menggambarkan betapa umat Yahudi dan Kristian sesat kerana selalu menghindarkan diri untuk melaksanakan ibadat dengan sempurna sesuai dengan aturan Tuhan.
Mereka mahu puasa dilaksanakan pada musim dingin atau musim bunga yang siangnya lebih pendek dari malam, berbeza dengan puasa pada musim panas, di samping suhu yang panas, siangnya juga lebih panjang dari malam hari. Itulah kesesatan umat Yahudi dan Kristian.
Baca Juga>>> 5-sejarah-yang-tidak-boleh-di-lupakan-dalam-bulan-ramadhan
Kesimpulan
Umat Islam hari tidak pernah melakukan perubahan begitu kerana itu adalah bercanggah dengan keputusan Allah dan RasulNya. Di samping itu, mereka juga sedar tentang hikmah Allah memerintahkan puasa berdasarkan perjalanan bulan bukan matahari agar puasa dirasakan pada semua musim dan semua cuaca. Sebab, jika puasa berdasarkan perjalanan matahari, maka ibadat puasa akan selau berada dalam satu keadaan.
Jika tahun ini, puasa di mulai pada musim panas, maka selamanya puasa akan berada pada musim panas. Berbeza dengan perjalanan bulan yang selalu berubah, di mana jika tahun ini, puasa dilaksanakan pada musim panas, maka tahun depan atau beberapa tahun kemudian puasa akan dilaksanakan pada musim dingin dan seterusnya.
Baca Juga >>> sejarah-puasa-para-nabi-a-s-dan-umat-terdahulu -Bahagian 1
MISI CAPAI 100,000 LIKE
Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!
untuk lebih banyak bacaan sila lawati lamanweb demimalaiu.com