Orang Laut mempunyai sejarah yang panjang dalam diaspora Melayu.
Kewujudannya seiring dengan kewujudan kerajaan kerajaan melayu seperti Srivijaya, Kesultanan Melaka dan Kesultanan Johor Riau.
Orang Laut merupakan orang yang sangat taat kepada sesiapa yang percayai.
Maka tidak hairanlah apabila kerajaan Srivijaya itu mulai merosot mereka tidak teragak agak untuk mengikut Parameswara yang akhirnya mengasaskan Kesultanan Melaka dan dengan peranan yang dimainkan oleh orang laut akhirnya Melaka muncul menjadi sebuah empayar yang hebat.
Setelah terpecahnya empayar Johor Riau orang laut seolah olah hilang dalam radar dunia melayu.
Ke manakah mereka menghilang? Dan sekiranya mereka itu berhijrah ke satu tempat lain…Ke manakah arah tujuan akhir mereka?
Persoalan ini akan disingkap satu persatu.
Orang Laut sebenarnya telah berasimilasi dengan masyarakat melayu di persisiran pantai dan pulau-pulau luar persisir di selatan Semenanjung Malaysia, timur Pulau Sumatera serta pulau-pulau dan muara sungai di Kepulauan Riau-Lingga, Kepulauan Batam, Pulau Tujuh dan Pulau Singapura.
Kebanyakan suku-suku Orang Laut yang pernah wujud suatu ketika dahulu kini tidak lagi wujud pada zaman sekarang.
Ada juga orang Laut yang telah memeluk agama Islam dan berasimilasi dengan masyarakat Melayu melalui perkahwinan.
Situasi ini boleh dilihat di Singapura dimana masyarakat Orang Laut di pulau tersebut telah ‘lenyap’ akibat proses asimilasi dengan orang Melayu.
Namun ramai yang tidak tahu sebenarnya orang Laut telah bergerak-gerak secara berperingkat ke Brunei , Sabah dan Kepulauan Sulu.
Mereka juga merupakan sebahagian daripada sejarah Kesultanan Sulu dan Kesultanan Brunei. Sikap taat setia kepada pemimpin telah membawa ramai orang laut ke pulau Borneo.
Di sana mereka dikenali sebagai orang Bajao. Juga disebut sebagai Sama atau Samal. Bajao atau Sama berasal dari Bahasa Melayu yang bermaksud Berjauh atau Sama-sama.
Maksudnya ialah berjauh dengan daratan kerana kosmos hidup mereka hanyalah di atas perahu lepa-lepa diatas laut.
Mereka juga bergerak secara nomad dan bersama sama mengiringi Ahlul Bait ke Sulu dan Mindanao.
Kedatangan paling awal orang Laut atau disebut Bajao ada dicatatkan dalam Salsilah Brunei bahawa orang Laut datang ke Brunei setelah Sultan Brunei yang pertama Awang Alak Betatar memeluk agama Islam dan berkahwin dengan puteri sultan Johor (Johor lama @Temasek) sekitar 1368.
Nama Islamnya ialah Sultan Muhammad Shah (Sultan Brunei pertama 1363 – 1402).
Atas perintah Sultan Johor Orang Laut telah mengiringi Sultan Brunei masuk ke Brunei.
Namun terdapat dua pendapat tentang pergerakan Orang Laut ke Sulu .
Pendapat pertama mengatakan bahawa mereka telah berlayar ke Brunei dahulu kemudian barulah beregerak ke Sulu.
Pendapat kedua mengatakan mereka terus bergerak ke Sulu dalam kumpulan yang besar .
Namun orang Laut tidak mungkin akan bergerak ke satu satu tempat tanpa pimpinan.
Persoalan siapakan pemimpin yang diikuti oleh Orang Laut.
Sebenarnya mereka telah bergerak ke Sulu bersama sama dengan Sayyid Abu Bakar pada tahuan 1450.
Beliau adalah antara pengasas awal Kesultanan Sulu yang memakai gelaran Sultan Syariful Hashim.
Ada juga catatan sejarah yang mengatakan bahawa beliau telah membawa kitab Al-Durr Al-Manzum (karangan Abu Ishak As-Syirazi) ke Melaka semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah.
Namun ada juga pendapat yang mengatakan Orang Laut datang ke Sulu buat pertaa kalinya kerana mengiringi Syeikh Karimul Makhdum seorang pendakwah.
Syeikh Karimul Makhdum adalah berupakan bapa kepada beberapa orang wali Songo.
Ada yang mengatakan beliau merupakan seorang yang amat tinggi karamahnya.
Seterusnya Orang Laut datang ke sulu kerana menemani Sayyid Muhammad Kabongsuan (adik beradik Sayyid Abu Bakar lain ibu).
Beliau juga antara pengasas awal Sultan Maguindanao.
Bonda Sayyid Kabongsuan juga adalah kerabat Diraja Johor (Johor Lama @ Temasek).
Kedatangan ini tiada perselisihan di kalangan ahli Sejarah.
Semakin hari populasi Orang Laut di sulu semakin besar.
Kemungkinan juga setelah terpecahnya empayar Johor Riau semakin ramai Orang Laut yang berhijrah ke sulu.
Di sulu mereka dikenali sebagai Bajao dan mula berasimilasi dengan oring tempatan.
Maka wujudlah suku suku bajao yang baru iaitu Suku Bajao Balangingi, Bajao Kaulungan, Bajao Lama Mapun, Bajao Simunul, Bajao Tanduh Bas, Bajao Umus Matata, Bajao Tabawan, Bajau Balimbing, Bajau Sibutu,Bajao Pala`o.
Di Sabah pula dikelanali sebagai Bajao Kata Belud dan Bajao Semporna.
Hanya Bajao Pala`o yang masih mengekalkan tradisi mereka hidup di dalam perahu lepa lepa.
Kaum Bajao Kota Belud adalah keturuann pahlawan yang bayak membantu Paduka Mat Salleh ketika menentang SBUB di Sabah.
Meraka sangat mahir menunggang kuda, Malahan mereka memainkan peranan yang besar dalam serangan ke atas Pulau Gaya.
Mungkin dengan penjelasan ini dapat merungkai tentang ke mana lenyapnya Orang Laut dalam Radar dunia Melayu….
Oleh Nasri Abidin…