Baru-baru ini tular semula buku teks Super Minds untuk murid darjah 1 apabila ada ibu bapa mempertikaikan isi kandungannya yang dikatakan tidak sesuai dengan perkembangan anak-anak Melayu beragama Islam di Malaysia.
Diana Zainudin Balik dari umrah hari tu, husband tunjuk kat Didi, buku teks Super Minds yang Fateh terima untuk darjah 1.
Masa husband tanya cikgu ni buku apa? Cikgu macam teragak2 nak jawab, tapi dia jawab ni buku superhero.
Asbab tula tergerak hati nak tengok kandungan buku tu Pastu husband suruh Didi tengok isi dalam buku tu. Ada pasal Halloween, pasal Easter.
Aku macam biar betul buku teks sekolah ajar anak2 macam ni No wonder la keluar cerita Mentega Terbang tu.
Sebab kita sendiri dah terapkan benda2 macam tu dalam diri budak2 darjah 1 Dan rupanya since 2018 dah ada parents pertikaikan buku tu, tapi mungkin tak sampai pada kementerian atau tiada tindakan apa2 dari mereka ke, wallahualam.
Kandungan dari Ismaweb Terengganu (2018) http://www.ismakualaterengganu.com/…/buku-teks-bahasa… Oleh ismakualaterengganu Januari 07, 2018 Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, 20 Rabiulakhir 1439H, Ahad –
Kementerian Pendidikan digesa supaya mengkaji semula pelaksanaan penggunaan buku teks bahasa Inggeris yang diimport bagi kegunaan murid sekolah rendah khususnya Tahun Satu dan Tahun Dua.
Timbalan Ketua Biro Keluarga & Masyarakat (BKM) ISMA Gombak, Noorhafizah Ismail berkata, beliau menerima banyak rungutan daripada kebanyakan ibu bapa yang mempertikaikan keberkesanan penggunaan buku teks berkenaan.
Menurut Noorhafizah, beliau akui memuji konsep baharu yang cuba diketengahkan kerajaan melalui kandungan buku teks berbentuk santai khususnya bagi murid di peringkat sekolah rendah.
Bagaimanapun beliau akui masih berasa bimbang dengan kandungan yang dimasukkan di dalam buku teks tersebut, apabila dilihat kurang sensitif terhadap budaya masyarakat Asia khususnya orang Islam di Malaysia.
“Saya sendiri sebagai ibu yang mempunyai anak berusia 8 tahun (Darjah 2), tak menafikan kandungan buku teks itu lebih santai seperti buku cerita yang diimport.
“Namun, format santai itu juga sebenarnya tidak begitu berperanan membantu murid pandai berbahasa Inggeris, sekiranya latar belakang keluarga mereka bukan menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa pertuturan di rumah,” katanya kepada, hari ini.
Penggunaan buku teks bahasa Inggeris yang diimport itu adalah sebahagian daripada usaha kementerian melaksanakan kurikulum selaras dengan Rangka Kerja Bersama Eropah Rujukan Bahasa (CEFR), iaitu panduan yang dibangunkan oleh Majlis Eropah untuk mengukur kecekapan bahasa asing.
Penggunaan buku teks itu dimulakan dengan murid di peringkat prasekolah, murid Tahun Satu dan Tahun Dua serta Pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua.
Murid sekolah rendah akan menggunakan Super Minds dari Cambridge University Press, manakala peringkat pelajar menengah pula adalah Pulse 2 MacMillan.
Mengulas lanjut Noorhafizah berkata, seawal usia sekolah rendah, pastinya visual sangat berperanan menarik perhatian murid untuk belajar.
“Dan itu yang membimbangkan, konsep santai dengan dipenuhi visual dalam kandungan buku teks berkenaan tidak melambangkan budaya serta agama kita.
“Malah, pastinya kita perlu maklum apabila kandungan yang diimport daripada negara luar, sudah pastinya mereka tidak akan menulis mengenai budaya Malaysia. Jadi, apakah kita mahu lebih mendedahkan anak-anak kita dengan budaya United Kingdom berbanding Malaysia?,” soalnya.
Menerusi beberapa muka surat buku teks berkenaan yang dikongsikan kepada Ismaweb.net, mendapati terdapat kandungannya yang mempromosikan sambutan perayaan Barat seperti Krismas dan pesta Halloween.
Malah, kebanyakan kandungannya juga lebih memberi contoh berkaitan dengan budaya serta amalan rakyat di negara Barat.
Kesimpulannya: Bagaimanapun sehingga hari ini selepas lebih 5 tahun isu itu dibangkitkan namun masih tidak ada apa-apa tindakan dari pihak berwajib apabila silibus pembelajaran dikatakan masih menggunakan buku teks tersebut.
Contoh Agenda licik dan halus menggunakan perkataan “LIBERAL” bermaksud bebas. Persoalannya kenapa tak digunakan saja perkataan ‘bebas’ kalau bebas yang dimaksudkan mengapa pula perlu perkataan LIBERAL?