Sejarah

Sebelum Wujudnya Cecair Penghakis Karat, Orang Melayu Hanya Cuma Perlu Gunakan Limau!

Apabila orang Melayu mencuci bilah keris yang diperbuat daripada besi menggunakan limau, generasi hari ini berkata ia satu perbuatan tahyul.

Namun dari sudut saintifiknya, betapa tingginya ilmu orang Melayu sejak daripada dahulu adalah mereka sudah tahu limau itu bersifat menghakis.

Jadi untuk memastikan bilah keris tidak berkarat, limau adalah bahan semulajadi terbaik yang boleh digunakan tanpa sebarang kos dan sukar dicari.

Hanya tanam limau di tepi rumah, petik apabila sudah masak dan selain boleh digunakan untuk menghakis karat pada bilah keris, boleh juga dibuat minum.

Sehubungan itu dinasihatkan kepada generasi hari ini sebelum bercakap tentang tahyul, bidaah dan sebagainya, tolonglah kaji terlebih dahulu.

Istilah ‘mandikan keris’ guna limau ini serupa sahaja dengan ayat yang kita sebut seperti ‘mandikan kereta’ atau ‘mandikan motorsikal’ dengan guna sabun.

Kenapa kita tak kata pusat cucian kereta (car wash) sebagai sesat, tahyul dan bidaah? Kan mereka guna sabun untuk ‘mandikan kenderaan’ kita sampai nampak berkilat!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker