Perubatan

Sebelum Wujud ‘Ketaksuban’ Kepada WHO, Orang Melayu Miliki Kepakaran Etno Sains!

Rakyat bertanya kepada menteri, menteri jawab sudah rujuk pakar agama, rakyat bertanya pakar agama, pakar agama jawab sudah rujuk pakar kesihatan, rakyat tanya pakar kesihatan, pakar kesihatan jawab sudah rujuk WHO.

Apa ini WHO? WHO dalam bahasa Melayunya merujuk kepada Organisasi Kesihatan Dunia dan secara umum organisasi ini memiliki kekuasaan untuk mencadangkan, mengekang dan mengarahkan.

Segaris dengan kekuasaan organisasi ini, nama Big Pharma yang merujuk kepada industri farmaseutikal global boleh dilabelkan sebagai ‘rakan karib’ atau ‘isi dengan kuku’.

WHO tak boleh berkembang tanpa Big Pharma dan Big Pharma tak boleh menjalankan bisnes perubatannya secara global tanpa WHO untuk masuk ke pintu setiap negara yang dibuka oleh kerajaan masing-masing.

Orang Melayu Tak Perlukan Perubatan Barat, Kita Ada Etno Sains!

Sebelum orang-orang berjawatan atau berkuasa dalam kerajaan atau yang diangkat sebagai pakar kesihatan menerusi sistem yang ditetapkan oleh mereka, orang-orang Melayu memiliki kepakaran dalam etno sains.

Etno sains merujuk kepada perubatan yang menggunakan kaedah secara alami, menyakini sumber alam dan alam semula jadi memiliki khasiat secara langsung kurniaan Allah SWT.

Misalnya kaedah mandi bunga, penggunaan daun ketum, akar kaduk, campuran madu asli, rawatan homopati dan banyak lagi yang langsung disembunyi daripada pengetahuan generasi hari ini.

Namun disebabkan elemen etno sains berkait dengan gabungan kerohanian dan teknik rawatan secara alami, pendukung ilmu perubatan moden menolak cabang ilmu ini kerana menganggap ia karut.

Di Negara China & India Misalnya Mengekal & Mengangkat Etno Sains

Melihat contoh beberapa negara seperti China dan India misalnya, kedua-dua negara ini dengan bangganya mengangkat ilmu etno sains untuk diwarisi dan diperkembangkan.

Paling menarik di universiti tempatan mereka misalnya, selain ada fakulti yang menawarkan pendidikan mengenai perubatan moden, fakulti yang mendidik pelajar berkait etno sains turut diwujudkan.

Bahkan kalau di Malaysia sekali pun, paling tidak di setiap daerah pasti akan ada kedai-kedai perubatan yang kita gelar ‘kedai tabib Cina’ beroperasi namun ‘kedai doktor Melayu’ boleh dikatakan pupus.

Kalau ada pun mungkin tinggal pusat rawatan berasaskan homopati, rawatan sakit tulang serta urutan dan beberapa lagi yang tidak begitu popular dalam pengetahuan masyarakat.

Takkan Nak Akui Kehebatan Etno Sains

Kalaulah pendukung ilmu perubatan moden mengiyakan keabsahan perubatan etno sains, bagaimana Big Pharma mahu menjual produk-produk perubatan mereka?

Sebab itu jugalah fungsi WHO sebagai organisasi dunia amat penting untuk membentuk kepercayaan ini dan membolehkan kawalan minda, rasa takut dan trauma boleh dipupuk.

Akhirnya, masyarakat yang lemah jati diri akan termakan dengan dakyah ini dan menerima bulat-bulat saranan WHO tanpa mengkaji dan mengabaikan sumber alam yang Allah SWT kurniakan.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker