Sejarah

Sebelum Portugis Datang Ke Melaka, Orang Melaka Dah Pernah Pergi Berperang, Siap Pakai Meriam Lagi!

Bukan sahaja sebelum kedatangan penjajah Barat, telah berlakunya perang untuk mempertahankan tanah air ini terutama di semenanjung.

Di Kedah Tua, berlaku perang mempertahankan tanah air pada abad ke-11.

Begitu juga di Gangga Negara dan Melaka, juga di wilayah-wilayah Alam Melau yang lain, telah berlakunya perang mempertahankan tanah air.

Sebagai contoh, sebelum kedatangan Portugis, kerajaan Pajajaran dan kerajaan Majapahit serta beberapa kerajaan-kerajaan yang Alam Melayu yang lain, telah berperang dan diserang oleh kerajaan Denmark.

Ini bermakna, orang Melayu ini bukan pertama kali mereka berperang dengan Portugis.

Mengikut pencatatan Portugis, apabila berperang dengan Melaka, orang Melaka sudah pandai menggunakan meriam, sudah pandai menggunakan senapang, malah sangat mengejutkan kalau kita membaca pencatatan Portugis, Portugis sendiri menulis bahawa Melaka ini ada penembak tepat.

Maknanya, sejak dulu lagi telah ada penembak hendap seperti yang kita katakan sebagai snipper yang menyorok di teres-teres dan di bumbung-bumbung dan atap rumah.

Mereka ini memberi ancaman kepada pihak musuh.

Mengikut Portugis lagi, begitu terancamnya strategi perang orang Melayu di Melaka.

Bukan sahaja mereka mempunyai serang hendap, Orang Melaka menggunakan taktikal perang secara gerila, mereka membakar sampan dan menghanyutkan sampan itu untuk mengelirukan pihak musuh.

Yang ini juga menjadi ancaman dan menjadi ketakutan kepada bala tentera Portugis.

Apa yang lebih mengagumkan, kalau kita mengkaji tentang sejarah senjata api itu, ianya memang sudah lama wujud semasa Kesultanan Melaka.

Selewat-lewatnya, abad ke-14, ilmu senjata api telah sampai ke Alaam Melayu dan orang Melayu telah belajar tentang senjata api daripada orang Arab dan orang China.

Meriam pula datangnya daripada orang Arab sehinggakan istilah-istilah persenjataan itu seperti meriam dan sebagainya berasal daripada perkataan Arab.

Maknanya, ilmu perang ini orang Melayu ini, memang sudah lama kerana sewaktu Kesultanan Melaka senjata-senjata canggih ini telah wujud dan sesetengah daripada senjata itu asing bagi orang Portugis itu sendiri.

Bukan sekadar itu sahaja, terdapat banyak lagi ilmu perang yang ada.

Contohnya, bagaimana menggunakan sumpit, bagaimana menggunakan racun, bagaimana formasi perang di laut,  bagaimana teknologi dan teknik berperang orang Melayu dan sebagainya.

Namun, ilmu-ilmu ini telah hilang dan sengaja dilenyapkan dari bumi tanah Melayu dan Alam Melayu yang lain kerana rasa terancam oleh pihak musuh.

Mereka telah membakar sebahagian kitab-kitab yang mempunyai pelbagai ilmu ini dan sebahagiannya pula mereka telah mencuri dan membawa pulang bersama mereka.

Lihat sahaja statistik yang ditemukan, lebih 20,000 manuskrip Alam Melayu berada di luar negara; di Belanda, di England dan juga di negara-negara yang lain.

Namun apa yang lebih menyedihkan, tiada insiatif yang dilakukan untuk membawa manukrip itu pulang dna juga generasi anak Melayu kini tidak diberi pendedahan yang optimum tentang perkara ini, lalu kajian-kajian manuskrip ini tidak djalankan dan seterusnya ilmu nenek moyang orang Melayu dilupakan begitu sahaja.

Ini amatlah merugikan kepada bangsa dan negara kita.

Sekian.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker