Budaya

Santai Alam Melayu Di Muzium Sultan Azlan Shah Gamit Rasa Kecintaan!

Bertempat di Muzium Sultan Azlan Shah, Seskyen 14, Shah Alam, Persatuan Penggiat Seni Alam Melayu (Pernilam) telah bawakan program Santai Alam Melayu kepada masyarakat awam.

Dalam program berkenaan, pengunjung bukan sahaja boleh mendapat informasi secara terus daripada pempamer yang terlibat malah turut berpeluang merasai nostalgia dahulu kala.

Sebaik sahaja melangkah masuk ke ruangan Dewan Raja Lumu, pengunjung yang hadir dengan busana lengkap berpeluang untuk merakamkan gambar kenang-kenangan di studio yang disediakan.

Kemudian di sebelah kiri, terdapat pameran dan jualan produk eksklusif berkait dengan dunia Melayu seperti keris, pedang, tanjak, kain songket serta barang-barang klasik.

Menyusuri perjalanan, pengunjung berpeluang melihat baju besi seberat 14kg dan senjata seperti pedang yang dipamerkan oleh kumpulan Sukan Pedang Pahlawan.

Di sebelah kanan pula, terdapat pameran mengenai wau serta jualan buku-buku yang menceritakan perihal mengenai dunia Melayu untuk pembelian dan bacaan umum.

Pada sudut hujung Dewan Sultan Lumu, penganjur menyediakan segmen makanan tradisional dan antara makanan yang disajikan adalah seperti pulut kuning, lempeng, ubi kayu serta banyak lagi.

Ternyata apabila dapat menikmati makanan tradisional sambil bersila memberi memori yang tersendiri kepada pengunjung yang berkesudian hadir.

Selain aktiviti pameran, jualan dan diskusi, pengunjung diturut dihiburkan dengan demostrasi silat seperti silat pulut 100 hari, silat gayong, silat liang paduka dan sebagainya.

Menariknya, rata-rata pengunjung yang hadir ke program Santai Alam Melayu memakai busana Melayu tradisonal lengkap baik daripada kanak-kanak mahu pun orang dewasa.

Jika lelakinya tampil kacak bergaya dengan tanjak atau semutar di kepala, wanita pula anggun dengan songket, kebaya, baju kurung serta kelubung sebagai fesyen. – DEMI MALAIU

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Sertai Komuniti Demi Malaiu
Kongsi cerita anda dengan kami dan dapatkan kemaskini semua kandungan dari semua platform media sosial Demi Malaiu