Isu Semasa

Sampai Bila Kita Mampu Berpura-Pura Simpati Melihat Kekejaman Rejim Zionis?

Bukan Satu Anekdot!

Setujukah? Jika dalam sejarah peradaban dan ketamadunan dunia dicatatkan bahawa rejim Zionis serta seluruh pasukan ketenteraannya adalah terpaling bacul di dunia. Manakala, kita semua serta keseluruhan penduduk dunia pula adalah pihak yang terpaling mampu berpura-pura melihat kekejaman rejim Zionis.

Buktinya, walaupun seluruh dunia menyedari kalau rejim Zionis ini telah lama melanggar limitasi sejagat. Namun apa tindakan yang telah dilakukan untuk menghentikan kekejaman itu?

Rejim Zionis ini hanya berani bertindak kejam terhadap warga emas, kaum wanita yang lemah dan kanak-kanak serta orang awam yang tidak bersenjata.

Sebaliknya, mengelak dan gementar jika berhadapan terus dengan Mujahidin Islam yang walaupun kekurangan peralatan persenjataan canggih namun mundur dari bertempur adalah mustahil kerana kunci dan cita-cita mereka adalah syahid di medan jihad.

Perbezaan amat ketara ini juga sudah cukup membuktikan bahawasanya, rejim Zionis merupakan satu entiti yang tidak sepatutnya dibiarkan terus wujud di muka bumi ini. Tetapi setakat ini lagak “kita” sebagai manusia di dunia ini hanya mampu mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan itu.

Melihat misi regim Zionis ini bertempur jelas hanyalah untuk menjarah dan menjajah demi meraih kemenangan memperebutkan hak orang lain walau dengan apa cara sekalipun.

Sebaliknya, berlainan dengan misi tentera jihad Mujahidin yang bertempur semata-mata untuk mendapatkan syahid di medan pertempuran bagi mempertahankan dan membebaskan negeri mereka dari diceroboh oleh rejim Zionis.

Dari dua misi perbezaan ini saja maka seisi dunia sudah dapat melihat bertapa lekeh dan bacul nya rejim Zionis yang dengan tanpa maruah membuat pembantaian tanpa belas kasihan terhadap semua golongan rakyat awam di Palestin.

Inilah antara puak yang terkejam dengan berteraskan nafsu kebinatangan. Bayangkanlah, sedangkan rimba belantara pun patuh dengan hukum alamnya yang tersendiri. Makhluk jenis apa sebenarnya rejim Zionis ini yang dilihat lebih hina dari iblis dan seangkatannya.

Seisi dunia perlu lebih tegas, bukan setakat mengecam dan mengutuk segala tindakan kejam rejim Zionis ini sebaiknya bersatu padu bertindak lebih agresif dari semua sudut bagi menghentikan rejim ini dari terus berleluasa.

Apakah masyarakat dunia terus menerus mahu menyokong tanpa sedar kekejaman yang dilakukan ke atas Palestin. Sampai bilakah kita mampu tidur lena dan berpura-pura simpati melihat perlakuan kejam ini saban hari yang dipaparkan di media massa antarabangsa.

Tidak adakah seorang pemimpin yang hidup di dunia pada zaman ini yang dapat menghentikan jenayah yang telah dilakukan secara terang-terangan oleh rejim Zionis ini. Ke mana perginya suara-suara pejuang hak asasi kemanusiaan? Telah terbungkam kah semuanya?

Bukankah, semakin majunya teknologi maka sepatutnya semakin maju pula adab dan peradaban dunia ini. Tidakkah sepatutnya penjajahan ke atas mana-mana negara dan manusiawi sudah tidak relevan lagi pada zaman ini.

Mengapa seisi dunia masih tergamak membiarkan penindasan dan kekejaman terus berlaku terhadap kemanusiaan seperti yang dialami di Palestin hari ini.

Mengapa Organisation of Islamic Cooperation (OIC), Liga Arab mahupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang sepatutnya memainkan peranan proaktif dalam menangani isu Palestin ini tidak terus meletakkan titik noktah bagi mengakhirinya.

Kemana perginya penyokong “Avengers”, mengapa tidak didesak seluruh pasukan “superhero” ini untuk segera bertindak menghapuskan pengganas rejim Zionis ini? Apakah kewujudan wira-wira ini adalah palsu? Jika palsu mengapa terus di idolakan perkara yang mustahil wujud itu?

Semangat rakyat Palestin tidak perlu dipertikaikan lagi, sudah pasti mereka tidak akan berlutut dan menyerah, selain akan tetap teguh di tanah mereka dalam menghadapi pencerobohan kejam ini.

Bukankah, rejim Zionis ini telah melanggar batas dan garis sempadan kemanusiaan, apa lagi bukti yang perlu ditampilkan untuk seluruh dunia bersatu dan bertindak menghentikan agenda penindasan dan kerakusan ini.

Berbezakah kita dengan mereka jika hanya mampu berpura-pura simpati dan hanya bisa mengharapkan bantuan dari “superhero” yang tidak wujud?

Semoga segala kekejaman yang dimulai oleh rejim Zionis ini tidak terus dibiarkan berlaku tanpa ada pembelaan seluruh masyarakat dunia yang cintakan keamanan dan kedamaian sejagat.

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button
Sertai Komuniti Demi Malaiu
Kongsi cerita anda dengan kami dan dapatkan kemaskini semua kandungan dari semua platform media sosial Demi Malaiu