Seorang pengguna Facebook, Zulkifli Muhamed menyifatkan umat Islam Malaysia yang berpegang kepada manhaj ahli sunnah wal jamaah adalah sesat.
Selain itu, sambutan Maulidur Rasul atau hari kelahiran Nabi Muhammad SAW dianggap sebagai usaha untuk mendapatkan sokongan kepada ajaran sesat.
“Puak sesat bukan nak sambut maulud sangat. Maulud adalah cara mereka dapatkan sokongan kepada ajaran sesat mereka.
“Sama seperti shiah (syiah) memuja Sayyidina Ali.. hanya untuk merosakkan umat Islam,” tulisnya secara tegas dan terbuka dalam group Facebook Kesesatan Golongan Batiniyah.
Zulkifli mengeluarkan komen berkenaan menyokong status yang ditulis Ale Utuh Asamjawa yang merujuk kepada maksud sebenar ‘Kepala Butuh Ahli Sunnah Wal Jamaah’ secara tersirat.
Namun demikian, perkara ini tidak dipandang serius kebanyakan umat Islam di negara ini terutamanya generasi muda kerana masing-masing tidak mengetahui maksud ahli sunnah wal jamaah.
Bagi mereka, kenyataan seperti di atas bukan satu penghinaan dan hanya badan bukan kerajaan (NGO) sahaja layak membuat laporan polis jika merasakan ia penghinaan kepada Rasulullah SAW.
Dakwaan sesat itu kepada siapa?
Apabila Zulkifli mendakwa umat Islam yang berpegang kepada manhaj ahli sunnah wal jamaah al’asyairah wal maturidiyah sebagai sesat, dakwaan itu ditujukan kepada siapa?
Hal ini demikian kerana Maulidur Rasul bukan disambut oleh satu orang, ia disambut oleh majoriti umat Islam termasuk Sultan serta Raja-Raja Melayu yang semuanya beragama Islam.
Maka dakwaan itu sudah tentu ditujukan kepada majoriti umat Islam termasuk Sultan serta Raja-Raja Melayu dan masyarakat melihat sudah munculnya golongan berani menderhaka secara terbuka.
Terdahulu, Buletin Utama TV3 misalnya merujuk kepada Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad bahawa 19 ajaran sesat termasuk syiah, wahabi dan hizbut tahrir dibanteras Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) dalam tempoh 10 tahun.
Ahli sunnah wal jamaah merujuk kepada cara umat Islam mencari jalan untuk mencintai Nabi Muhammad SAW dan Allah SWT menerusi al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qias.
Namun rata-rata umat Islam hari ini (lulusan silibus buku teks untuk peperiksaan awam negara) mendakwa cukuplah menjalani kehidupan sebagai seorang manusia berlandaskan al-Quran dan hadis sahaja semata-mata.
Merujuk kepada beberapa kes lepas, sesiapa mempunyai maklumat atau mengenali mana-mana individu yang menghina agama melalui laman sosial boleh malaporkan kepada SKMM.
Individu yang membuat hantaran menghina agama boleh disiasat di bawah Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
Tidak tahulah sejauh mana hantaran di atas menyebabkan atau berkemungkinan menyebabkan ketakutan atau kebimbangan orang awam berdasarkan Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu (No.2) 2021.
MISI CAPAI 100,000 LIKE SEBELUM 31 DISEMBER 2022
[wpdevart_like_box profile_id=”100109992115173″ stream=”hide” connections=”show” width=”320″ height=”130″ header=”medium” cover_photo=”show” locale=”en_US”]Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!