Sejarah

Salah Tafsir & Terpesong, Polis Dituduh ‘Pegawai British’ & PKM Diangkat ‘Wira Negara’!

Suatu ketika dahulu pada tanggal 21 Ogos 2011 dalam satu ceramah di Gelugor, Pulau Pinang, terdapat seorang ahli politk, Mohamad Sabu mengeluarkan satu kenyataan yang agak kontroversi.

Beliau mengatakan kononnya Muhammad Indera dan 180 anggota tentera pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) semasa Peristiwa Bukit Kepong 1950 yang selayaknya digelar ‘wira negara’.

Bukannya anggota polis yang berjuang sehingga ke titisan darah terakhir untuk mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong,

Mohamad Sabu mendakwa kononnya ke semua anggota polis semasa peristiwa penyembelihan tersebut sebagai ‘pegawai British’.

Manakala askar PKM pula dianggap ‘wira negara sebenar’ memandangkan mereka ‘menentang British’.

Ceramah tersebut, yang videonya tersebar luas di laman YouTube, telah mencetuskan kemarahan rakyat di seluruh Malaysia.

Memandangkan kenyataan tersebut dianggap sebagai satu penghinaan terhadap ahli keluarga mangsa yang terkorban.

Termasuk juga para pejuang kemerdekaan lain yang tiada kaitan dengan PKM seperti Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Dato’ Onn Jaafar.

Inilah natijahnya jika kuasa jatuh ke tangan mereka yang buta sejarah dan disalah tafsir, disebarkan pula kepada masyarakat awam dengan fahaman kebencian bersifat menghasut.

Serangan Gerila, Polis Dibunuh Dengan Kejam

Walhal, peristiwa berdarah Balai Polis Bukit Kepong yang berlaku pada subuh 23 Februari 1950 itu ialah kejadian serangan gerila komunis dengan kejam membunuh anggota polis.

Jumlah  pengganas komunis  ini sekitar 180 orang daripada Kompeni Bebas ke-4 diketuai oleh Muhammad Indera, seorang Komunis Melayu yang memimpin 2 platun komunis Melayu dan disahkan sendiri oleh Chin Peng.

Kejadian berlaku semasa keadaan darurat di Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia II sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963).

Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong.

Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak di tebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.

Dalam kejadian tersebut, sekitar 25 orang anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur.

Isteri Polis Terpaksa Angkat Senjata

Dua orang isteri anggota polis turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.

Dalam kejadian ini, 19 orang anggota polis telah terkorban yang lainnya cedera parah dan sejumlah 40 tentera komunis turut mati ditempat kejadian.

Ia berakhir dengan tragis dalam pertumpahan darah di mana gerila komunis ini membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ.

Sebenarnya pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka sekiranya menentang perjuangan Komunis.

Balai polis itu sebelumnya diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin.

Namun, ketika serangan ke atas balai polis tersebut, beliau telah lama ditukarkan. Jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah.

Di mana hanya terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri.

Selain itu, tiga konstabel polis khas dan empat polis tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.

Kedudukan Lokasi Jadi Kesukaran

Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama bantuan tiba agak lewat.

Selain bantuan penduduk dari sebuah perkampungan kecil yang terpencil berdekatan.

Februari 2022 ini genaplah 72 tahun kita mengenang peristiwa sejarah ini di mana seramai 22 orang anggota Polis dari Balai Polis Bukit Kepong, bermati-matian mempertahankan Balai dan Berek mereka dari serangan lebih dua ratus orang pengganas komunis.

Seramai 18 orang dari mereka Syahid dan empat tercedera termasuk beberapa orang kampung yang turut terbunuh dan cedera.

Merekalah wira-wira sebenar, dengan semangat waja dan semangat kental mereka, keberanian dan kegagahan mereka mempertahankan Tanah Air ini.

Sehingga kini dan selama-lamanya menjadi sumber inspirasi seluruh pegawai dan anggota Polis DiRaja Malaysia serta seluruh rakyat negara ini.

Al-Fatihah(dibaca) buat semua para Syuhada.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker