Sejarah

Salah Guna Kuasa Semasa Campur Tangan Pentadbiran, Ini Balasan Kepada British!

Dalam sebuah buku berjudul Rising Sun World War II, terdapat sekeping gambar yang menunjukkan pegawai British yang ditugaskan campur tangan pentadbiran telah salah guna kuasa.

Pegawai yang popular dengan gelaran tuan orang putih memaksa pemuda Melayu yang bertubuh kecil mengendongnya untuk menyeberangi sungai agar tidak basah.

Disebabkan penghinaan inilah Dato Maharajalela menikam hingga mati JWW Birch di Sungai Perak sementara Dato Dol Said mengisytiharkan perang terbuka dengan British sewaktu Perang Naning.

Sejarah ini mungkin dilupakan kerana tidak banyak gambar-gambar sebegini disiarkan dalam buku teks pendidikan nasional dengan tujuan untuk mencuci otak serta ingatan baharu.

Adakah bangsa Melayu yang beragama Islam mahu urusan pentadbiran tanah air ini dicampur tangan oleh ‘orang luar’ sehingga rosak seluruh sistem dan sukar diperbaiki.

Ini bukan sembang politik yang ditujukan kepada BN, PN, PH atau Bebas namun turut ditujukan kepada semua pemimpin tanpa mengira tahap dan kedudukan semasa.

Memang ada sesetengah orang Melayu menghasut anak bangsanya agar mengangkat bangsa pendatang sebagai tuan, sebagai ketua, kerana sedikit imbuhan dan pangkat.

Namun ingatlah wahai orang Melayu, sejarah para pejuang Melayu Islam, ramai yang berkorban harta, nyawa demi melihat Islam dan bangsa Melayu bermaruah di Tanah Melayu.

Maka usahlah kita termakan pujuk rayu syaitan yang dibisikkan, kita sama-sama didik anak bangsa Melayu agar kembali ke pangkal jalan demi kebaikan agama, bangsa dan tanah air.

Kredit : Panji Hitam

➡️ Sertai Group Telegram Demi Malaiu

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button