Isu Semasa

Sajian Makanan Orang Melayu Dianggap Paling Sempurna, Lima Elemen Ini Jadi Buruan!

Makanan orang Melayu disifatkan sajian paling sempurna di dunia kerana secara tradisinya, semua makanan orang Melayu apabila dihidangkan mengandungi lima elemen.

Kelima-lima elemen tersebut merangkumi rasa pedas, manis, masin, pahit serta masam dan gabungan rasa ini adalah sesuatu yang jangan sesekali dipisahkan.

Sebab itulah kalau lihat pada sajian tengahari orang Melayu misalnya, kita sediakan nasi (manis), sambal (pedas), ikan kering atau telur asin (masin), ulam-ulaman (pahit) dan penggunaan asam jawa atau limau (masam).

Dek kerana kesempurnaan ini, tidak hairanlah mengapa orang luar yang menginap di Tanah Melayu ini jatuh cinta apabila menikmati masakan dari air tangan orang Melayu.

Hal ini demikian kerana sampai dalam budaya memasak pun, ada elemen warisan dan tradisi yang kita cakupi sehingga ia masih kekal dinikmati sehingga ke hari ini.

Kesimpulannya, sajian yang lengkap dengan elemen lima rasa itu layak diangkat sebagai sajian sempurna orang-orang Melayu dan pengetahuan ini harus disebar luas kepada seluruh bangsa Melayu!

➡️ KLIK SINI: Sertai Group Whatsapp Demi Malaiu

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker