Di dalam satu video yang merakam KH Marzuki Mustamar, Pengasuh Pesantren Sabilur Rosyad, di Jawa Timur, beliau juga adalah Ketua Pengurus Wilayah Nahdlatul Ulama Provinsi Jawa Timur, telah menyuarakan tentang kebenaran yang tidak diduga ramai ini.
Kata beliau, kitab-kitab hadis seperti Sahih Bukhari dan Muslim yang wujud pada zaman ini, sebahagiannya bukanlah kitab yang aslinya, malah ianya kitab yang telah diubah suai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Kejadian yang menjadi anjakan paradigma pada tahun 1924 di Arab Saudi telah menyaksikan berlakunya pemberontakan puak Wahabi untuk menguasai Arab Saudi. Mereka menang kerana disokong oleh Inggeris dan Perancis.
Setelah kemenangan mereka, kitab-kitab tafsir seperti Bukhari Muslim, telah dimusnahkan dan kemudiannya mereka mencetak kitab tafsir yang sama dengan kandungan yang telah diubah.
Hasilnya, ada dua versi kitab yang wujud, yang betul-betul mengikut versi yang asli dan ada juga kitab yang telah berubah, sebahagian dalilnya telah di padam.
Sesetengah ulama Indonesia yang tinggal di Arab Saudi pada masa itu seperti Hasyim Asy’ari, Abdul Wahab Hasbullah, Bisri Syansuri, Syaikhona Muhammad Kholil, Hasan Genggong, Muhammad Ridwan Blitar, Muhammad Munawwir Krapyak, Zubair Dahlan dan yang lain-lain telah berjaya menyelamatkan kitab-kitab tafsir yang asli dan seterusnya membawa mereka pulang ke Indonesia.
Kata beliau lagi, kitab-kitab tafsir yang asli ini seperti Ibn Kathir, Bulughul Maram dan Subulus Salam versi asli yang tidak diubah masih wujud masih lagi dijaga rapi di Indonesia.
Jika benar apa yang dikatakan oleh beliau, maka orang Islam dalam bahaya.
Kitab-kita yang telah diselewengkan telah menjadi rujukan kepada orang Islam di seluruh dunia ini boleh memesongkan akidah semua umat Islam tanpa disedari disebabkan sikap mereka yang tidak bertanggungjawab.
Antara contoh-contoh perkara yang telah diselewengkan di dalam kitab-kitab tafsir dan hadis ini adalah Sahih Muslim siri 272, di dalam kitab yang asli telah mengatakan bahawa Nabi Muhammad melakukan qunut pada rakaat kedua semasa solat Subuh.
“Kalau mengatakan (qunut) tidak ada dalilnya, bohong. Bohong! Itu Sahih Muslim,” kata Kiai Marzuki.
Namun, pihak penganut Wahabi sering sahaja menyoalkan dalil tentang perkara ini kerana mungkin mereka mengetahui bahawa perkara ini tidak boleh dijumpai dalam sesetengah kitab tersebut (kerana telah dipadamkan daripada kitab aslinya).
Selain itu, beliau juga lantang membantah tentang ketiadaan dalil tentang pembacaan wirid dengan kuat selepas usai solat.
Menurut beliau, bacaan wirid dengan lantang oleh imam selepas solat itu sebenarnya adalah bertujuan untuk melatih orang-orang awam yang tidak berpendidikan dari madrasah untuk berbuat demikian dan sekali gus akan menghafalnya jika berbuat demikian setiap hari mengikut imam.
Adakah nabi membaca wirid dengan lantang? Ya. Zikir dibaca dengan kuat, selepas solat fardu, di mana tradisi itu sudah ada sejak pada zaman nabi lagi. Ianya tercatat dalam Bukhari 324.
Ini adalah daftar kitab-kitab yang telah diseleweng dan dipalsukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
- Dalam Kitab AL-IBANAH karya Imam Abu Al Hasan Al Asy’ari terdapat tulisan yg secara tersurat dan tersirat menyokong TAJSIM dan TASYBIH maka kitab tersebut dianggap palsu.
- Dalam kitab Shahih Bukhori, tentang Al-Ma’rifah dan bab Al-Madholim tidak ada/hilang, maka dapat dipastikan kitab tersebut adalah palsu kerana Imam Ibnu Hajar Al Asqolani dalam Fathul Bari menjelaskan adanya perkara tersebut.
- Perkara tentang penziarahan kubur Nabi Muhammad SAW di dalam kitab Riyadh al-Solihin berubah kepada perkara penziarahan Masjid Nabi SAW, maka kitab tersebut adalah palsu.
- Di dalam kitab Diwan Asy Syafi’i mukasurat 47, ada bait yg berbunyi “Faqihan wa Shufiyyan Fakun Laisa Wahidan” yg artinya “Jadilah ahli fiqh dan shufi sekaligus,jangan hanya salah satunya….”, bila bait ini hilang maka kitab tersebut adalah palsu.
- Apabila Hadis Fadhail Maryam, Asiyah, Khadijah dan Fatimah hilang dari kitab Sahih Muslim maka kitab ini adalah palsu.
- Apabila hadis tentang Nabi SAW mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar, serta mempersaudarakan dirinya dengan Sayidina Ali tidak terdapat di dalam Musnad Imam Ahmad, maka Musnad tersebut adalah palsu.
- Apabila perkara khusus mengenai Wali, Abdal, Solihin & Karamah, tidak ada di dalam Hasyiah Ibnu ‘Abidin yang bermadzhabkan Hanafi, maka boleh dipastikan kitab tersebut adlah palsu.
- Apabila adanya perkara tentang Wahabi adalah jelmaan Khawarij yang telah merosakkan penafsiran Al-quran dan As-sunnah, suka membunuh kaum muslimin… di dalam kitab Hasyiyah Ash Shawi ‘ala Tafsir Jalalain karya Syeikh Ahmad bin Muhammad Ash Shawi al-Maliki di halaman 78 tidak ada, maka kitab tersebut adalah palsu.
- Di dalam kitab Al Fawaid Almuntakhobat karya Ibnu Jami Aziz Zubairi, halaman 207 menyatakan bahawa Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab adalah Taghut yang besar, apabila tulisan ini tidak ada maka kitab tersebut adalah palsu.
- Apabila bab istighosah pada kitab Al-Mughni karya Imam Ibnu Qudamah al Hanbali tidak ada, maka kitab itu adalah palsu.
Para agamawan yang hanya berdasarkan dalil daripada kitab-kitab tanpa merujuk kepada guru yang memiliki sanad ilmu dan salasilah sehingga kepada Rasulullah s.a.w., kemungkinannya akan menyebabkan ilmu yang disampaikan itu mergukan kesahihannya dan boleh menyebabkan keraguan fakta agama.
Perkara ini bukan perkara yang main-main dan perkara kecil. Ini melibatkan kepercayaan seseorang umat muslim ke atas sesuatu perkara dan mereka akan mengamalkan perkara itu seumur hidup mereka. Jika tidak diperbetulkan, maka bagaimana ibadah mereka nanti?
Tambahan lagi, guru yang sebenar tidak hanya terbatas dengan ilmunya yang hanya berdasarkan kitab sahaja. Perkara yang tidak ada di dalam kitab pula dianggap sebagai bid’ah dan tidak betul . Ini adalah tanggapan yang kurang sesuai di dalam zaman di mana wujudnya kitab-kitab yang telah diubah isinya kerana guru yang sebenar dapat mengenal pasti bahawa sesuatu kitab itu betul atau tidak kerana ilmunya yang tidak hanya terbatas kepada rujukan kitab-kitab sahaja.
Islam itu sendiri diwar-warkan daripada mulut ke mulut dan bukannya melalui pembacaan dari mana-mana risalah atau manuskrip atau mana-mana bentuk tulisan pada permulaan perkembangannya.
Islam sewaktu permulaannya hanyalah berdasarkan lisan-lisan kemudian barulah ianya dibukukan oleh para sahabat.
Belajar berguru memastikan sanad ilmu itu diturunkan dengan cara yang betul dan bukannya hanya terbatas kepada pembacaan tanpa guru.
Apabila budaya sanad salasilah tidak dijaga, maka apabila sesuatu kitab itu dibaca, seseorang itu tidak dapat memastikan kefahaman yang benar yang disepakati oleh para ulama sepanjang zaman.
Maka itu lah peri pentingnya kitab yang dipelajari wajib di selusuri dengan adab berguru untuk memastikan kesahihan sesuatu kitab itu.
Akal yang digarisi oleh adab dan didasari oleh wahyu adalah hakikat ilmu yang sebenar.
>> https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0fQ9JqxJkEEyQEmbz2bVJGCTwHnbNVxnbwpaydRpF12mMtBo4TygB9UoJj8G66LpKl&id=1245132500
>> https://youtu.be/2uR0jB5llpM