Sejarah

Layak Ke Orang Sabah Dan Sarawak Dapat Status Bumiputera?

Asal usul kaum-kaum di Malaysia barat; Sabah dan Sarawak, telah menjadi topik kontroversi sebelum ini, disebabkan ada sesetengah individu yang telah mempertikaikan status bumiputera mereka ini.

Individu-individu terbabit telah menyatakan bahawa  mereka ini adalah pendatang dan bukan orang asal di bumi Borneo.

Namun malang sekali bagi mereka, kenyataan ini ternyata tidak berasas dan semberono kerana bukti-bukti sejarah telah membuktikan kaum-kaum di Sabah dan Sarawak ini juga layak digelar sebagai Bumiputera.

Apa yang lebih menarik, penduduk-penduduk di Borneo ini adalah salah satu etnik dan saudara yang sealiran dengan rumpun bangsa Melayu.

Untuk memahami tentang fakta ini, anggap sahaja orang-orang di Kepulauan Melayu ini bersaudara sama seperti orang-orang yang ada di Eropah.

Bukankah orang-orang di Eropah, yakni orang Jerman, orang British, dan orang-orang di Eropah ini datangnya daripada satu leluhur yang sama, namun, semasa era selepas perang dunia ke-2, mereka telah di asingkan mengikut sempadan negara.

Sama juga situasi dengan orang-orang di Kepulauan Melayu, termasuklah kaum-kaum yang berada di Sabah dan Sarawak, dan termasuk juga Brunei, Filipina dan hingga kepulauan-kepulauan yang ada di lautan Pasifik, semuanya bersaudara yang telah terpisah disebabkan konsep negara bangsa.

Tidak hairanlah, budaya orang-orang di Kepulauan ini hampir sama, begitu juga  dengan ciri-ciri fizikal mereka.

Jadi, persoalannya disini, mengapa orang-orang di Eropah ini berjarak beribu kilometer ini diterima sebagai datang daripada leluhur yang sama, namun apabila orang-orang di kepulauan Melayu ini dikatakan bersaudara, ramai pula yang melenting.

Ada kajian bahasa yang telah membuktikan bahawa bahasa-bahasa yang digunakan oleh kaum-kaum di Borneo adalah induk kepada bahasa-bahasa Austronesia termasuklah bahasa Melayu itu sendiri.

Aktiviti cari gali manusia purba di Gua Niah, Sarawak

Dengan kata yang mudah, Bahasa Melayu ini datangnya daripada bahasa Austronesia, di mana lokasi asal-usul bahasa Austronesia ini berasal daripada kepulauan Borneo dan seterusnya bahasa ini telah berkembang hingga ke seluruh Alam Melayu yang lain termasuklah Semenanjung Tanah Melayu, Indonesia, Thailand dan Filipina.

Bahasa-bahasa yang ada di kepulauan Borneo adalah bahasa-bahasa yang digunakan oleh orang-orang Proto-Malay (orang-orang pada zaman selepas orang purba).

Tambahan pula, kerajaan-kerajaan yang telah memerintah Borneo juga merupakan kerajaan-kerajaan Melayu, yang telah wujud daripada kurun ke-7 Masihi dan kebanyakan kerajaan-kerajaan ini kebanyakan beribu pusat di Brunei.

Kerajaan-kerajaan awal yang memerintah di Borneo

Dalam Undang-undang Taraf Kebangsaan Brunei (UUTKB) 1961, telah menyatakan bahawa ada terdapat 7 etnik yang telah di wartakan sebagai kaum Melayu jati iaitu Belait, Bisaya, Melayu Brunei, Dusun Kedayan, Murut dan Tutong, di mana sesetengah daripada kaum ini kaum yang boleh ditemukan di Sabah dan Sarawak juga.

Selain itu juga, kajian yang telah dilakukan ke atas DNA orang-orang di Borneo mengandungi DNA orang Melayu iaitu sejenis DNA yang bernama Haplo group B4a1a1a, malahan, jenis DNA ini juga dikongsi bersama-sama dengan orang-orang yang berada di Semenanjung Malaysia, Indonesia, sesetengah kaum di Filipina, Kemboja, Patani dan juga orang-orang di kepulauan Pasifik

Maka, dengan adanya bukti-bukti yang amat jelas, ianya amatlah tidak adil dan tidak wajar untuk menuduh orang-orang di Sabah dan Sarawak ini tidak layak untuk mendapatkan status bumiputera di negara ini.

Mereka juga dikatakan menjadi induk kepada orang-orang di Kepulauan Melayu di mana mereka ini yang dahulunya melarikan diri kerana banjir besar dan bencana alam yang lain daripada Pentas Sunda, ke kepulauan Borneo dan seterusnya menjadi hub penyebaran bahasa ke seluruh Kepulauan Melayu.

Ada baiknya sekiranya sudut pandang ini dimasukkan ke dalam buku-buku teks sekolah supaya pelajar-pelajar di sekolah mendapat sedikit sebanyak pencerahan tentang asal-asul dan sejarah di Borneo.

Sekian.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Dapatkan Kandungan Demi Malaiu Sekarang!
Terima Notifikasi Setiap Kali Kami Siarakan Kandungan Baru