Tahun baru, saya baru (New year, new me katanya) merupakan tema yang selalu di dengari namun sukar untuk di penuhi. Namun demikian, pernah tak anda terfikir orang-orang dahulu kala ada sambut tahun baru ke tak ye agaknya? Di sini, kita akan merungkai jawapan pada persoalan ini.
Sambutan Malam Tahun Baru sebenarnya bermula sekitar 3000 SM lagi. Sambutan ini dipelopori oleh orang di tamadun Mesopotamia. Kerana pada masa itu tidak wujudnya kalender Gregorian lagi, penanda aras bagi menandakan masuknya tahun baru bagi mereka adalah apabila matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa. Jika dikira oleh kalendar Masihi sekarang jatuh pada 20 Mac. Perayaan ini dikenali sebagai Nowruz.
Nowruz tu apa pula? Nowruz ialah tahun baru bagi orang Parsi (Mesopotamia) yang menandakan masuknya musim bunga. Ia biasanya disambut pada sekitar 21 Mac dan masih diamalkan sehingga kini di beberapa negara Timur Tengah. Sambutan ini dilakukan dengan membersihkan dan menghias rumah, serta menyediakan pelbagai makanan dan minuman.
Bukan itu sahaja, setiap negara di seluruh dunia sebenarnya mempunyai perayaan tahun baru mereka tersendiri dan berbeza-beza antara satu sama lain. Ini adalah kerana perayaan tahun baru diraikan atas sebab-sebab adanya acara besar-besaran yang berlaku.
Sebagai contoh, orang Babylon pula menyambut tahun baru dengan perayaan keagamaan berskala besar yang dipanggil “Akitu”. Merekalah yang dikatakan telah memulakan sambutan tahun baru di dunia. Bertepatan dengan nama timangan tamadun ini iaitu penyangga ketamadunan (cradle of civilization)

Perayaan selama seminggu ini menandakan permulaan penuaian tanaman barli, iaitu, bertepatan dengan bulan baru pertama selepas musim bunga; masanya yang bersesuaian kerana tempoh siang dan malamnya adalah sama.
Manakala Tahun Baru China asalnya diraikan pada setiap musim bunga. Oleh itu, ianya juga dikenali sebagai Festival Musim Bunga. Perayaan ini disambut sempena mulanya penyemaian biji benih tanaman musim bunga. Perayaan ini dikatakan telah bermula semasa Dinasti Shang (Dinasti ke-dua Cina) iaitu kira-kira tahun ke 3000 SM.
Di Mesir, tahun baru bermula dengan banjir tahunan Sungai Nil, membantu memastikan tanah ladang kekal subur untuk tahun hadapan. Perayaan ini dikenali sebagai Wepet-Renpet. Perayaan tahun baru ini, yang berlaku sekitar pertengahan Julai, orang ramai akan membawa kemenyan, lilin untuk melawat ke kuil dan pemerintah Mesir iaitu firaun pada masa itu akan membuat penampilannya di hadapan rakyat.
Kebanyakan perayaan yang disambut ada kena mengena dengan kalendar tamadun tersebut. Kalender setiap tamadun kebiasaannya saling berkaitan dengan pusingan musim yang berlaku di tempat mereka. Contohnya, musim bunga, musim sejuk, musim menuai dan sebagainya.
Persoalannya, tamadun Alam Melayu purba agak-agaknya ada ke tak ye sambutan tahun baru mereka?