Isu Semasa

Rumah Bertiang Bukti Orang Melayu Dahulu Genius, Sedia Hadapi Banjir!

Musim tengkujuh bukanlah sesuatu yang asing di rantau ini namun orang Melayu dahulu kala boleh dikatakan sentiasa sedia hadapi banjir.

Lihat sahaja pada teknologi pembinaannya, boleh dikatakan hampir semuanya bertiang sehingga banjir yang melanda sejak dari dahulu bukan satu isu besar.

Ini kerana rumah orang Melayu dahulunya paling kurang terdiri daripada 3 bahagian yang merangkumi rumah ibu, rumah tengah dan rumah dapur.

Rumah ibu mempunyai ruang tamu yang luas bagi melayan tetamu, rumah tengah difokuskan untuk bilik tidur dan rumah dapur dikhususkan bagi tujuan memasak.

Paling menarik, entah bagaimana geniusnya orang Melayu kerana mahu kukuhkan ketiga-tiga bahagian ini untuk didirikan di atas 6 tiang serambi dan 6 tiang panjang.

Bercakap tentang tiang, rumah orang Melayu dahulunya bukan sahaja mempunyai sistem pengudaraan yang baik sama ada pada waktu siang atau malam.

Malah direka khas untuk menghadapi musim tengkuh sekiranya air naik setelah hujan turun dengan lebat yang boleh mengakibatkan banjir kilat atau banjir termenung.

Namun demikian, teknologi pembinaan rumah berkonsepkan kemelayuan ini dihapuskan dan diganti dengan pembinaan rumah moden yang berasaskan simen, batu dan zink / asbestos.

Pada sudut zahir, rumah moden memang permudahkan urusan pemaju kerana ia boleh disiap dalam tempoh yang cukup pantas dengan kos yang begitu rendah.

Namun apabila dibuka jualanya dalam pasaran, harganya pada zaman ini rata-rata sekitar RM250K – RM300K dan boleh mencecah sehingga jutaan ringgit.

Lebih menyedihkan, pemaju-pemaju moden juga tidak begitu berminat untuk menzahirkan rumah moden menggunakan simen, batu dan zink / asbestos kepada pembeli.

Bayangkan jika pasaran menawarkan rumah batu tetapi bertiang dan pemaju menawarkan ia selamat daripada banjir dan bencana alam, sudah pasti ia mampu jadi satu berita gembira!

 

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker