Teknologi

Risau Perubatan Moden Barat Terjejas, British Haramkan Ganja Di Tanah Melayu

Pokok ganja merupakan antara herba yang sangat efektif dalam dunia etno-sains perubatan alam Melayu suatu masa dahulu dan manfaatnya diakui dunia luar dalam pelbagai kajian.

Namun berdasarkan sejarah, setelah British cuba campur tangan dalam pelbagai urusan dan ekosistem watan, segala yang bertentangan dengan agenda British akan dianggap sebagai kesalahan.

Pahlawan Melayu menentang sistem cukai British, agenda Bristish menghapuskan kuasa raja-raja Melayu, memurtadkan orang Melayu, dituduh pengkhianat dan pembelot.

Penciptaan senjata-senjata kuno orang Melayu yang terlalu dahsyat kesannya, diharamkan British namun orang Melayu boleh membeli senjata yang diimport British kalau nak sangat.

Hatta khasiat yang ada pada pokok ganja yang menggugat kedudukan perubatan moden barat (artificial synthetic drugs) dianggap sebagai beracun dan dimasukkan ke dalam Akta Dadah Berbahaya 1952.

Akta Dadah Berbahaya 1952? Ketika itu British belum keluar sepenuhnya dan Malaysia dalam proses mengambil alih semula pentadbiran yang seharusnya ditadbir urus orang Melayu sendiri.

Tujuan British berbuat demikian pada ketika itu adalah untuk menjaga industri perniagaan perubatan moden barat dan selepas Tanah Melayu diambil alih semula, agenda British tidak dihapuskan.

Sehubungan itu sekitar tahun 60-an dan 70-an, terdapat individu yang selesa dengan dakyah dan agenda British menjadi orang tengah yang bersungguh-sungguh mengharamkan sebarang hal yang berkait dengan ganja.

Tanah Melayu Mampu Hasilkan Pokok Ganja Berkualiti Dunia

Selain dari tujuan komersial, perkara-perkara yang datang daripada pokok ganja mempunyai banyak nilai perubatan dan Tanah Melayu mempunyai spesis ganja paling berkualiti dalam dunia.

Begitu juga ketum, ketum yg tumbuh meliar di Malaysia adalah ketum gred terbaik dunia sehingga mendapat permintaan tinggi dari luar negara.

Thailand telah jauh meninggalkan kita Malaysia apabila menghalalkan ganja dan ketum terutamanya untuk tujuan perubatan.

Baca Juga: Fitnah Terhadap Ketum, Ternyata Ia Boleh Disangkal Dengan Kajian-Kajian Berikut!

Jika kerajaan Malaysia fokus pada kajian watan mengenai ketum dan ganja yang hidup subur di Tanah Melayu ini, masalah penagihan dadah sintetik seperti pil kuda, syabu dan dadah moden berbahaya pasti akan pupus.

Namun demikian, kekuatan herba dalam etno-sains perubatan alam Melayu ini mampu memberikan impak kepada industri perubatan moden dan tidak menguntungkan mereka.

Kalaulah kerajaan Malaysia mungkin tidak gentar kepada kuasa luar, sudah pasti etno-sains perubatan alam Melayu berjaya dikomersilkan dengan lebih jitu.

Rugi ada pelajar yang mahir dalam membuat kajian tentang herba tempatan namun akhirnya akur kepada pemain industri kesihatan global yang mendominasi dunia kerana kedudukan tertinggi dalam politik.

Hari ini orang-orang Melayu menjadi saksi kerajaan Malaysia boleh pula menandatangani MoU dengan P.R. China bagi menjalankan kerjasama perubatan tradisonal.

Namun berpuluh-puluh tahun selepas British meninggalkan Tanah Melayu dan berpuluh-puluh tahun pakar etno-sains perubatan alam Melayu memohon pengiktirafan, ia bagaikan kekal dianak tiri sehingga kini.

Lelaki Parkinson Menjadi Tenang

Suatu ketika dahulu, video di bawah yang memaparkan seorang lelaki yang menghidap penyakit parkinson menjadi tenang setela diberikan ganja menggemparkan dunia.

Namun video ini cuba disorok banyak pihak terutamanya yang terlibat dengan perubatan moden dengan mendakwa, herba sudah tidak relevan dengan pemodenan zaman.

 

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker