Sejarah

Rencong Wujud 700 SM Sebelum Berkembangnya Zaman Ashoka (269 – 232 SM)

Selain aksara jawi dan rumi, orang-orang Melayu pada zaman purba pernah menggunakan beberapa aksara lain seperti rencong, pallava dan kawi.

Namun jika menurut garis masa, aksara pallava ditemui pada abad ke-4 Masihi manakala aksara kawi yang juga dikenali sebagai aksara Jawa kuno ditemui pada abad ke-8 hingga abad ke-16 Masihi.

Bagi orang-orang dari negara India terutamanya Tamil Nadu pula, mereka mendakwa rencong bukan sekadar tulisan yang berasal daripada aksara Tamil kuno malah merupakan tulisan terawal di dunia.

Sedangkan jika melihat perkembangan tamadun India, kepesatannya cuma bermula pada zaman Ashoka sekitar 269 SM hingga 232 SM.

Walau bagaimanapun, seorang pengkaji sejarah daripada sebuah institut pengajian tinggi awam memaklumkan, tulisan rencong sebenarnya sudah digunakan sejak 700 SM yang memberi mesej jelas, ia sudah wujud dan digunakan lebih awal daripada zaman Ashoka.

Dalam alam Melayu, tulisan rencong diangkat daripada elemen cabang, ranting, potongan kayu dan juga bentuk aliran sungai yang berada dalam persekitaran orang-orang Melayu.

Perlu dijelaskan juga kepada orang-orang dari negara India terutamanya Tamil Nadu bahawa apabila menyebut alam Melayu itu, jangan dipandang daripada Johor hingga ke Perlis.

Namun pandanglah pada zaman ketika orang-orang Sumatera bebas bergerak sehingga ke Tanah Melayu, orang-orang dari Tanah Melayu bebas berlayar sehingga ke Pulau Kokos dan pelbagai lagi rantau yang ada untuk menjalani aktiviti sosial seperti ekonomi, komuniti dan teknologi.

Aspek ketamadunan Melayu harus dipandang dengan lebih luas pada zaman sebelum datangnya Belanda, Portugis, Jepun serta British kerana tamadun Melayu purba juga memiliki sistem komunikasi yang tersendiri sama seperti tamadun-tamadun lain mengikut garis zaman-zamannya.

Kesimpulannya, dakwaan orang-orang dari negara India terutamanya Tamil Nadu bahawa rencong berasal daripada aksara Tamil kuno boleh ditolak kerana rencong sudah wujud sebelum aksara Tamil Kuno digunakan.

Apa pendapat anda? Ingin tahu lebih lanjut mengenai kisah-kisah menarik tentang agama, sejarah dan fitnah ke atas bangsa Melayu? Klik pada poster di bawah:

DAFTAR SINI> Sertai Seminar Eksklusif Agama | Sejarah | Fitnah Ke Atas Bangsa Melayu

MISI CAPAI 100,000 LIKE SEBELUM 31 DISEMBER 2022

[wpdevart_like_box profile_id=”100109992115173″ stream=”hide” connections=”show” width=”320″ height=”130″ header=”medium” cover_photo=”show” locale=”en_US”]

Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button