“Tahun lepas saya ada menyelar bekas Naib Presiden MUDA yang mendakwa adanya polisi perkauman dalam soal kemasukan ke Universiti Awam,””ujar Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Ts. Ahmad Thibri Mashri menerusi satu hantarannya di facebook.
Menurutnya, semalam, Pemimpin DAP, P. Ramasamy pula menerusi hantaran di Facebook miliknya membuat dakwaan polisi perkauman menyebabkan kaum bukan bumiputera tidak mendapat tempat di sektor perkhidmatan awam negara ini.
Beliau berkata, Ramasamy juga membuat dakwaan yang dangkal dan seolah sengaja menutup mata kepada fakta yang ada demi meraih populariti yang menjejaskan keharmonian.
Pertamanya, walau perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan bagi kaum bumiputera adalah termaktub di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, hakikatnya pengambilan dan pelantikan kakitangan dalam sektor awam tidak membabitkan sebarang kuota sebaliknya dibuat berasaskan merit dan kompetensi calon.
Perkara ini, telahpun dijelaskan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin ketika DAP membentuk kerajaan persekutuan kali pertama pada tahun 2019 dahulu. Pada tahun 2022 yang lepas, sekali lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Latiff Ahmad mengesahkan hal yang sama apabila ditanya wakil DAP, Teresa Kok di Dewan Rakyat.
Tambah beliau, Ramasamy juga mendakwa bahawa wujudnya diskriminasi langsung dan tidak langsung dalam soal kenaikan pangkat kepada kaum bukan bumiputera. Dakwaan ini, bukan sahaja salah malah berniat jahat.
Ahmad Thibri berkata, jika kita lihat kepada statistik, peratusan penjawat awam secara keseluruhan daripada kaum Cina dan India ialah 5.91% dan 3.85%. Namun peratusan mereka dalam kategori Gred 56 ke atas adalah hampir dua kali ganda daripada peratusan keseluruhan iaitu 9.42% dan 5.86%.
Maksudnya, kadar ätau kebarangkalian kaum Cina dan India berada di peringkat tertinggi dalam sektor perkhidmatan awam adalah jauh lebih baik daripada kaum bumiputera.
Maka, “adakah fakta dan nombor ini membenarkan dakwaan diskriminasi Ramasamy?”soalnya.
“Saya percaya dakwaan dangkal seperti ini pastinya merimaskan Perdana Menteri yang sedang cuba memanifestasikan falsafah MADANI yang beliau bawakan,”katanya.
Anwar Tolak Cadangan Ramasamy Reformasi Perkhidmatan Awam
Terbaru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak cadangan Ramasamy untuk mengurangkan dominasi Melayu dalam perkhidmatan awam.
Anwar berkata, kerajaan tidak akan mempertimbangkan cadangan supaya reformasi dilakukan untuk mengurangkan dominasi Melayu dalam perkhidmatan awam.
Jelasnya, kerajaan tidak menganggap dominasi kaum Melayu dalam sektor itu sebagai masalah ketika ini.
“Perkara ini kita tidak buka saluran untuk kita pertimbangkan kerana keadaan sekarang saya tidak berfikir itu satu masalah, Katanya,