Raja-Raja

Ramai Yang Tak Tahu ‘Sistem Ini’ Takkan Wujud Di Malaysia Jika Tiada Institusi Beraja!

Dalam menganalisis kepentingan institusi beraja, tidak sukar untuk mencari sebab mengapa ia tetap relevan buat Malaysia sehingga hari ini.

Menurut Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Prof. Datuk Dr. Shamrahayu Ab. Aziz, ia menjadi relevan kerana institusi beraja berkait dengan sistem demokrasi negara.

“Kalau tidak ada institusi beraja, itu bermaksud raja-raja Melayu tidak mahu berkongsi atau menurunkan sedikit sebanyak kuasa kepada sistem demokrasi.

“Jika keadaan itu berlaku, Malaysia tidak akan menikmati sistem demokrasi dari segi aspek pemerintahan kerana sistem demokrasi itu pasti tidak akan wujud,” katanya.

Shamrahayu berkata demikian dalam Perbincangan Rakyat Demi Melayu menerusi tajuk persoalan adakah ‘Parti Politik Memperjuangkan Institusi Beraja?’.

Demokrasi Juga Tanggungjawab Rakyat

Kata Shamrahayu lagi, biar pun sistem demokrasi adalah sistem baharu namun ia menjadi tanggungjawab rakyat untuk memastikan Yang Dipertuan Agong (YDPA) menjadi pemeritah tertinggi.

“YDPA diangkat sebagai ketua utama negara atau diterjemahkan sebagai head of federation iaitu ‘kepala utama negara’ selain meletakkan baginda sebagai ketua agama Islam.

“Hal ini sekali gus menjadikan agama Islam mempunyai tunjang atau pasak yang sangat kuat dan kukuh menerusi institusi beraja,” ujar Shamrahayu.

Sehubungan itu seluruh rakyat Malaysia harus mengakui institusi beraja sebagai institusi utama negara dan merupakan identiti negara yang perlu dipelihara.

Dalam masa sama, institusi beraja perlulah ditaati pada setiap masa selagi mana ia berlandas kepada undang-undang menurut Perlembagaan Persekutuan.

Membina Silah Atau Tautan Antara Demokrasi Dan Institusi Beraja

Demokrasi membenarkan para pemimpin boleh dipilih dalam kalangan rakyat selain membuktikan demokrasi jelas membawa suara rakyat.

Jika diperhalusi dimensi ini, masyarakat seharusnya melihat rakyat tetap bersama dengan raja sekali gus mengiyakan pepatah ‘rakyat dan raja, berpisah tiada’.

Maka sistem demokrasi dan institusi beraja harus bergerak seiring untuk memastikan kemakmuran, kebahagiaan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

Justeru, demokrasi perlu sentiasa menjulang dan menjamin kedudukan institusi beraja dalam aspek pentadbiran dan terus menghormati peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker