Disebabkan puak Wahabi ini telah banyak membuat kekeliruan sampai ramai orang tak tahu nak beza yang mana betul yang mana tidak, sama ada individu terebut adalah Wahabi atau tidak, ini adalah cara-cara ringkas bagaimana nak kenal mereka.
Sabda Rasulullah SAW, akan keluar di akhir zaman golongan muda yang membaca al-Quran yang tidak sampai ke hati.
Bagaikan anak panah yang terlepas daripada busurnya.
Jika kita lihat dalam sejarah, Wahabi ini telah menjatuhkan empayar Khilafah Uthmaniyah.
Mereka telah bersepakat dan mengumpulkan kekuatan untuk menjatuhkan empayar Uthmaniyah di Arab Saudi
Salah satu faktor yang terbesar ialah apabila Muhammad bin Abdul Wahab telah menubuhkan Wahabi dan menghidupkan semula ajaran Ibnu Taimiyah yang telah dimatikan oleh Mazhab pada masa itu
Secara gambaran jelas, mereka inilah yang membuat kerosakan seperti di Syria akhirnya hancur lebur kerana pemberontak berfahaman Wahabi sebelum berlaku pergolakan dan peperangan di sana, buku-buku Muhammad bin Abdul Wahab disebarkan
Ciri-ciri Wahabi
- Mereka memasukkan orang kafir kepada Islam.
2. Mengeluarkan orang Islam itu daripada agama iaitu mengkafirkan orang Islam contohnya orang yang sedang bertawassul, beristighatsah dikatakan sebagai syirik sedangkan itu bukan syirik kerana wujud ayat al-Quran dan hadis yang menyatakan bolehnya bertawassul.
3. Golongan Wahabi telah menetapkan sehingga jatuh ke lembah menjisimkan Allah iaitu Allah mempunyai tangan dan Allah turun pada sepertiga malam lalu turun memakbulkan doa. Mereka juga mentafsir ayat Allah yang berkenaan dengan tangan, mata, hidung,
3. Mereka juga menganggap bahawa Allah itu duduk di atas Arasy. Jika menganggap bahawa Allah itu duduk di atas arasy, maka rosaklah akidah itu.
4. Wahabi juga gemar melakukan pembunuhan karakter sehingga perjuangan Ahli Sunnah Wal Jamaah kalau boleh disekat habis-habisan.
5. Apabila sahaja Ahli Sunnah Wal Jamaah bersuara, maka akan cepat dijatuhkan oleh Wahabi kerana mereka kuat membuka aib.
6. Mereka hanya mengikuti hadis-hadis kullu bidaah tetapi hadis-hadis yang lain mereka tolak.
7. Mereka mengaku salaf tetapi tidak mengikutinya malah mengikut ajaran-ajaran yang songsang
8. Mereka membid’ahkan perkara-perkara yang sunat.
Seperti mana kita membaca Yassin pada malam Jumaat, mereka mengatakannya bidaah.
Begitu juga dengan tahlil, mereka menganggapnya bidaah sedangkan tahlil itu membaca al-Quran untuk menyampaikan pahalanya kepada roh kerana menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah, pahala itu sampai
Maka sabda Nabi s.a.w. “Dan akan berpecah umatku, menjadi 73 golongan kumpulan. Semuanya akan dimasukkan ke dalam neraka kecuali satu sahaja iaitu yang mengikuti aku dan para sahabat Rasulullah SAW.”
Maka begitulah cara-cara nak kenal Wahabi.
Pentingnya kenal Wahabi ini supaya kita dapat melindungi diri daripada terjebak dengan ajaran mereka dan seterusnya terpedaya dan terseret masuk sekali ke kancah ajaran mereka.
Nak keluar balik dari lubang kesesatan tu bukannya senang. Maka kita kene ambil tahu supaya tidak terlambat.
Tak kenal maka tak tahu.
Selain daripada Wahabi, ada lagi ancaman lain yang boleh mengundang ketidaktenteraman agama dalam negara kita dan seterusnya memecahbelahkan umat Islam seluruh dunia.
Sebenarnya semua perpecahan faham agama Islam ini merupakan suatu perancangan daripada musuh-musuh Islam yang tidak mahu seluruh umat Islam bersatu padu seterusnya melawan mereka.
Antaranya ialah Syiah dan liberalisme.
Kalau nak kenal Syiah boleh baca di Hanya Tau Sebut Syiah, Tapi Tahu Ke Tidak Siapa Syiah Tu?
Kalau nak tau siapa puak liberalisme pula boleh baca di Liberalisme Anggap Islam Itu Kuno, Tak Sesuai Untuk Malaysia
Nota kaki:
Bertawassul ialah sesuatu yang menjadi penyebab mendekati Allah atau pengantara kepada menyampaikan hajat.
Istighatsah ialah meminta pertolongan di kala tengah mengalami kesulitan*. Istighatsah merupakan salah satu bentuk doa namun khusus dilakukan ketika tengah mengalami keadaan yang sulit seperti ketika didatangi musibah.
Hadis-hadis kullu bidaah, sila rujuk: Polemik Hadis “Kullu Bid‘atin Dalalah”: Satu Pencerahan Dari Perspektif Usul Fiqh
Untuk artikel penuh, boleh baca Kerosakan Akiah & Perpaduan Ummah: Apa Puncanya?
Kalau malas baca boleh tonton video di sini