Isu Semasa

Ramai Anak Melayu ‘Segan’ Balik Malaysia Lepas Keluar Negara

Pada tahun 2022, seramai 54,440 orang pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di luar negara, sama ada secara persendirian mahupun tajaan. Statistik ini dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi.

Sudah berdekad lamanya pelajar Malaysia menuntut ilmu di luar negara ke peringkat yang tinggi. Sebahagiannya pulang semula ke tanah air dan ada juga yang terus menetap di negara itu dan bekerja di sana.

Namun apakah sebabnya para pelajar Malaysia  khususnya pelajar Melayu memilih untuk menetap dan bekerja di negara luar berbanding pulang semula ke Malaysia?

Duit atau gaji antara sebab utama mereka tidak mahu pulang ke sini. Di luar negara, bekerja sebagai tukang cuci dan pemetik buah pun gajinya lebih lumayan dari orang kerja pejabat di sini. Mereka dapat menyimpan duit walaupun sudah berbelanja bulanan dan beri duit pada ibu bapa. 

Mana yang suka melancong, lebih mudah bagi mereka untuk melawat negara lain jika bekerja di luar negara. Katanya harga tiket lebih murah dan tak perlu bayar mahal untuk mengelilingi negara-negara Eropah.

Baca juga>> Mansuhkan Sistem Beraja, Bukan Ada Gunanya!- Melayu Anti-Monarki

Ingin merasa budaya luar dan tidak mahu terperuk di dunia sendiri juga antara alasan lain yang diberikan mereka. Mereka ingin menimba pengalaman bekerja di luar negara sebelum kembali berkhidmat di tanah air. Selain itu, mereka mengatakan persekitaran kerja di Malaysia toksik dan tidak ada keseimbangan antara kerja dan rehat.

Tapi yang lebih mengecewakan ada yang di antara ini adalah mereka yang berjaya menyambung pelajaran ke luar negara atas biasiswa kerajaan. Kononnya mengharapkan mereka ini akan berbakti semula pada negara tapi sebaliknya berlaku. Pelbagai alasan diberikan apabila diminta pulang berkhidmat di Malaysia.

Bukan kerajaan tidak buat apa-apa usaha untuk menarik minat golongan begini. Talentcorp melaksanakan pelbagai insentif untuk mereka ini seperti pengecualian cukai untuk bawa pulang semula kereta. Pelbagai usaha dilakukan berdekad lamanya oleh kerajaan untuk membawa pulang pakar namun masih lagi ramai yang pilih untuk menetap di luar negara.

Mungkin sudah masanya kerajaan seharusnya mengehadkan menghantar pelajar cemerlang ke luar negara. Universiti di dalam negara juga tak kurang hebatnya malahan ramai pelajar luar negara yang datang belajar di sini. Langkah seperti memberi peluang kepada pelajar kurang cemerlang juga dapat memastikan para pelajar kita membantu semula negara mengikut kepakaran masing-masing. 

Menarik juga:

Dilema Melayu Adalah bangsa yang bermasalah

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker