Isu Semasa

Rakyat Cabar Semua Pemimpin Melayu Berbusana Ketika Sidang Parlimen Dan DUN

Selalunya di dalam Sidang DUN dan Parlimen, para pemimpin politik adalah antara mereka yang mempunyai kredibiliti dalam mengkritik atau membahaskan sesuatu perkara.

Keberanian dan ketegasan mereka tidak perlu dipertikaikan dari sudut berkata-kata dengan fakta dan auranya.

Walaupun disebalik kekuatan itu, mereka mempunyai kelemahan dalam penampilan dari sudut praktikal apa yang diucapkan. Tidak seiring.

Mana tidaknya cakap saja nak memperjuangkan Melayu tapi cara berpakaian pun dah barat. Mana mau nya!

Dari situ pun dan terang-terang nampak wayangnya.

Jika benar-benar memperjuangkan Bangsa Melayu sudah tentu bukan sahaja dari segi kata-kata, malah perbuatan, tindakan dan keterampilan juga perlu selari.

Barulah mencerminkan pemimpin sejati. Malangnya hal itu belum berlaku sepenuhnya. Tapi belum terlewat untuk diubah.

Sebenarnya permulaan perkara yang diperhatikan rakyat adalah cara penampilan mereka berpakaian.

Apa yang rakyat mahu lihat ialah keberanian pemimpin ini membuat pembaharuan pada diri mereka sendiri terlebih dahulu iaitu dari segi tatacara berpakaian.

Pernahkah kita terbayang setiap pemimpin Melayu di dalam setiap sidang Parlimen dan DUN mengenakan busana Melayu yang lengkap.

Bukan sahaja pejuang dan pencinta seni budaya Melayu ini akan merasakan aura kebangkitan bangsa Melayu.

Bahkan, sudah pasti seluruh rakyat tanah air ini akan turut merasakan kebanggaan dan keseriusan para pemimpin.

Sudah tentu sejarah ini akan tercipta, dan boleh saja dicatat di dalam Malaysia Book of Records jika mereka mahu. Ia adalah permulaan kepada skala yang besar.

Seluruh MP berbusana ketika sidang Parlimen dan DUN. Siap berselempang dan bertanjak, lengkap dengan baju layangnya dan berkeris. Bercekak Musang lengkap bersongkok dan bersamping. Wow hebat!

Kita lihat pakaian busana Melayu ini sebenarnya jauh lebih baik berbanding pakaian barat dengan kot, tai yang menjadi antara punca mereka akan berteriak, bertengkar dan bertelagah.

Namun percayalah ketika anda berbusana Melayu lengkap secara automatik sikap dan sifat kebinatangan itu akan lenyap dengan sendiri. Cubalah, kalau tak percaya.

Sopan dan santun tutur katanya malah keterampilan dalam kepimpinan akan turut terserlah.

Pemimpin negara atau golongan vip inilah yang paling layak memulakan dahulu perubahan ini di dalam institusi penting.

Boleh saja mereka berbusana lengkap dan dibudayakan agar menjadi amalan kebiasaan ketika bersidang di Parlimen dan DUN.

Mari kita lihat negeri mana yang akan mulakan dahulu dan siapakah pemimpin yang mahu menyahut cabaran dari rakyat ini.

Mengapa tidak pakaian dari barat ini pula dikesampingkan saja, tak penting pun. Mengapa nak diwajibkan?

Tidak ada yang pelik pun membuat perubahan ini malah ia sudah tentu akan mendapat pujian dan ikutan rakyat jelata dalam memartabatkan busana Melayu dan pakaian kebangsaan ini.

Landskap dan persepsi terhadap politik tanah air juga akan turut berubah ke arah yang lebih positif.

Ekonomi pengusaha busana pun dapat ditingkatkan. Sekaligus sudah mengurangkan pengangguran dan kemiskinan.

Baru berbusana pun secara automatik peratusan ekonomi orang Melayu sudah meningkat.

Nampak tak betapa luar biasa kesannya!

Berbusana sebagai rutin mungkin dianggap janggal seolah-olah dari planet asing dan mungkin sesuatu yang payah tetapi ia bukan jenayah.

Walhal, bukanlah sesuatu yang mustahil kerana busana inilah yang mencerminkan identiti asal dan jati diri bangsa yang bertamadun.

Cuba sajalah jangan banyak difikirkan sangat. Di dalam parlimen sekarang kita ada hari berkot dan bertai, ada hari berbatik.

Cuma tambahkan saja hari berbusana, bukan pelik pun tapi bertambah segak dan menarik.

Sebenarnya budaya bertai dan berkot itu hanyalah trend fashion masyarakat barat malah itulah pakaian harian mereka.

Sampai bila pakaian orang nak dibawa masuk ke parlimen sendiri dan pakaian sendiri disimpan di dalam peti.

Bukankah Parlimen yang sepatutnya mempunyai daulatnya sendiri. Tapi nampak macam dijajah lagi adalah, di mana merdekanya?

Busana Melayu ini lebih bernilai estetik dan bervariasi dari segi makna dan falsafah dan amat sesuai digayakan oleh seorang pemimpin yang berwibawa.

Sudah tentu penghormatan yang diberikan oleh rakyat juga akan lebih asli.

Serius, cubalah, tak cuba mana nak tahu, MP tak nak ke buat rekod Malaysia beramai-ramai!

Sesekali viral lah dengan perkara yang positif, apa ada hal! Kan ini negara kita, kitalah atur hala tujunya.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker