Sejarah

Raja Melayu Kirim Surat Pada Khalifah Umar Bin Abdul Aziz Untuk Tahu Pasal Islam Pada Abad ke-7 Masihi

Siapa sangka Raja Melayu pernah kirim surat pada Khalifah Umar Bin Abdul Aziz untuk tahu fasal Islam pada abad ke-7 Masihi!
Macam tak masuk akal, tapi inilah realitinya di mana orang dari Alam Melayu memang dah lama ada hubungan dengan Tanah Arab atau pemimpin Islam.

Pengirim surat tersebut yang bertarikh abad ke-7 Masihi merupakan seorang raja Melayu dari kerajaan Srivijaya iaitu Raja Sri Indravarman.

Raja Sri Indravarman meminta supaya Khalifah Umar untuk mengirimkan wakilnya supaya dapat mengajarnya tentang Islam.

Ilustrasi Raja Sri Indravar...

 

Ada pendapat mengatakan bahawa Raja Indravarman sebenarnya sudah pun memeluk Islam sebelum itu namun baginda mahu mempelajari agama itu dengan lebih mendalam.

Daripada surat ini boleh disimpulkan bahawa agama Islam telah bertapak di wilayah Alam Melayu ini sejak sebelum abad ke-7 Masihi lagi atau mungkin lebih awal daripada itu.

Petikan surat

Di Semenanjung Tanah Melayu sendiri misalnya, agama Islam sudah bertapak di sana sejak daripada abad ke-8 Masihi atau awal daripada itu, melalui Kedah Tua.

Perkara ini bukan suatu perkara yang pelik kerana Kedah Tua salah satu kerajaan yang paling tua di Semenanjung Tanah Melayu dan pernah menjadi naungan kerajaan Srivijaya pada suatu ketika dahulu.

Baca juga >> Melaka Pancung 30,000 Kepala Orang Vietnam Dalam Perang Melaka-Vietnam

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button