Sejarah

Raja Melayu, Bina Candi Angkor Watt, Orang Khmer Dapat Nama?

Angkor Watt adalah sebuah kuil yang dibina oleh Raja Suryavarman II, seorang raja berketurnan Melayu dari Kerajaan . Angkor Watt terletak di dataran Angkor di Kemboja di mana terletaknya banyak binaan kuil lain.

Namun, Angkor Wat merupakan kuil yang paling terkenal di dataran itu. Dibangunkan pada pertengahan abad ke-12 dan telah mengambil masa lebih kurang 30 tahun untuk disempurnakan.

Angkor Watt dibina sebagai kuil Hindu yang didedikasikan untuk dewa Wisnu, kemudian berubah menjadi kuil Buddha pada abad ke-13. Ianya merupakan struktur keagamaan terbesar di dunia menurut Guinness World Records. Ukuran candi ini seluas 162,6 hektar (1.626.000 m²) di kota Angkor, ibu kota Khmer kuno.

Raja Suryavarman II merupakan tokoh penting yang membina Angkor Watt. Baginda merupakan raja Empayar Khmer dari 1113 Masihi 1145-1150 Masihi.

Baginda juga berjaya menyatukan kerajaan Khmer yang berpecah belah dan menjadi seorang penakluk yang besar dan baginda jugalah yang telah memulakan hubungan diplomatik dengan negara China.

Suryavarman II telah membina Angkor Watt berdasarkan kepercayaan Hindu yang menganggap Gunung Meru sebagai tempat tinggal dewa-dewi Hindu.

Oleh kerana binaan ini merupakan binaan di dalam Kerajaan Khmer, apakah Raja Suryavarman II juga merupakan orang Khmer?

Terdapat pendapat lain mengatakan sebenarnya susur galur Raja Suryavarman II sebenarnya berasal daripada orang Melayu.

Kerajaan Khmer, Chenla, pernah diserang oleh Empayar Melayu Srivijaya melalui Dinasti Sailendra. Ketika Chenla berada di bawah pemerintahan Srivijaya, seorang putera raja bernama Jayavarman II telah dibawa ke Pulau Jawa dan membesar di sana.

Menurut Coedes, seorang sejarawan Barat, Jayavarman merupakan putera Khmer yang dibesarkan di Jawa di bawah jajahan raja-raja Melayu Sailendra.

Namun terdapat juga pandangan lain yang disokong oleh pengkaji sejarah dari Jepun yang menulis buku ‘History of Srivijaya’, Professor Suzuki Takashi dari Universiti Kobe. Beliau mengatakan sebenarnya Jayavarman II merupakan orang Melayu yang memerintah Kemboja dan Khmer serta mewakili Empayar Melayu Srivijaya di sana.

Kemudian Jayavarman II berjaya membebaskan kerajaannya daripada Empayar Srivijaya dan membina kerajaan Angkor di Kemboja hari ini.

Baca juga>> Fo-Lo-An: Pelabuhan Penting Alam Melayu Abad ke-10 M

Kemudian terdapat seorang lagi raja iaitu Suryavarman I yang dipercayai adalah orang Melayu yang memerintah Kemboja. Baginda dikatakan berasal dari Tambralingga, sebuah kerajaan Melayu Segenting Kra.

Ayahnya, Sujita merupakan Raja Tambralingga, mengahwini seorang wanita dari kerabat raja Khmer. Daripada susur galur Suryavarman I inilah ratusan tahun kemudian, lahirnya seorang raja yang hebat iaitu Suryavarman II, si pembina Angkor Watt.

Jadi tidak hairanlah jika terdapat seni bina di Angkor Watt terdapat ukiran yang berunsurkan Melayu Dinasti Sailendra dan juga Champa.

Malah kesan seni bina berunsurkan Melayu sudah dapat dikesan sejak zaman Jayavarman II lagi. Terdapat beberapa candi dan wat di Thailand dan Kemboja yang memaparkan unsur Melayu seperti Ubosoth yang memiliki keris seperti hulubalang-hulubalang Melayu ketika era Angkor.

Menurut penulis buku ‘Cambodian Architecture: Eight to Thirtieth’, Jacques Durmacay menyatakan seni bina awal Khmer banyak dipengaruhi unsur Kerajaan Melayu Champa dan Jawa.

Raja Suryavarman II merupakan raja Melayu meninggalkan warisan yang tak ternilai melalui Angkor Watt yang hingga kini menjadi salah satu warisan dunia UNESCO dan kebanggaan Kemboja.

Melalui kebijaksanaan, kepemimpinannya yang kuat serta pengetahuannya dalam seni bina yang banyak diinspirasikan dari Dinasti Melayu Sailendra, Raja Suryavarman II berhasil membawa Kerajaan Khmer ke puncak kejayaan dan meninggalkan warisan yang terus dikenang sepanjang masa.

Angkor Wat tetap menjadi salah satu monumen paling menakjubkan di dunia, mencerminkan kejayaan masa lalu orang Melayu kuno yang juga menjadi inspirasi banyak watt di sekitar Kemboja dan juga Thailand. NAmun sayang, ramai yang tidak menegtahui bahawa pembinaan hebat ini merupakan produk daripada susur galur Melayu. 

Menarik: PEDANG NABI DARI KEDAH? SATU PERSOALAN? (PROF.DATO.DR. MOKHTAR SAIDIN)

Lihat lagi

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker