Isu SemasaSejarah

Rahsia Terbesar Kenapa Melayu Tak Maju Sampai Sekarang

Tak mustahil Melayu hilang di Tanah Melayu dalam masa 30 tahun lagi

Pernah tak anda terfikir kenapa orang Melayu ini susah benar hendak bersaing dengan banga-banga asing yang lain?

Bukan sebab Melayu malas, tidak mungkin kerana hal itu, sebabnya kalau kita lihat sekarang ini, lambakan orang Melayu yang telah menceburi bidang-bidang perniagaan telah meningkat dengan banyak jika kita bandingkan dengan 10, 20 tahun dahulu.

Namun begitu, untuk mengejar taraf yang sama dengan bangsa lain bukanlah sesuatu yang mudah kerana orang Melayu itu sudah lama ketinggalan dan perlukan masa yang lama untuk duduk di tempat yang sama bersama yang lain.

Jadi apa sebabnya orang Melayu ini begitu tertinggal jauh di belakang? Tentu ada sebab dan faktor yang amat besar yang menyebabkan hal ini berlaku.

Prof. Zaharah Sulaiman telah mendedahkan suatu dapatan kajian beliau bagaimana pendatang asing di Tanah Melayu dahulu boleh berjaya mendapatkan tanah dan seterusnya cemerlang dalam perniagaan.

Perkara inilah yang menyebabkan mereka berpeluang untuk menjadi orang kaya segera dan juga mendapat peluang dalam melakukan perniagaan.

Beliau mendapati bahawa dalam dokumen yang dahulunya yang telah diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia, dianggap sebagai ‘Top Secret‘, dokumen yang tidak dibenarkan untuk ditatap sesiapa pun (tapi sekarang dah dibenarkan untuk orang awam tengok la), telah menunjukkan bagaimana British telah membelanjakan RM100 juta pada tahun 1952! Nilai itu pula berjumlah bilion ringgit pada masa kini.

Apa yang menyakitkan hati, wang-wang tersebut merupakan wang yang diperoleh daripada Tanah Melayu sendiri, wang yang terhasil daripada rompakan hasil-hasil yang ada di Tanah Melayu dan mereka sewenang-wenangnya membelanjakan wang tersebut digunakan untuk kepentingan mereka sendiri.

Tambahan pula, wang itu telah digunakan untuk memajukan bandar-bandar yang diduduki oleh kaum pendatang dan juga dibelanjakan untuk diberikan kepada mereka sebagai modal perniagaan! Namun orang-orang mlayu pula telah ditindas ke kawasan pendalaman dengan sifar pemodenan yang dilakukan oleh pihak British.

Dasar pecah dan perintah British bukan sahaja setakat tidak mahu kaum-kaum di Tanah Melayu ini bergaul sesama mereka, namun perancangan mereka lebih mengecewakan daripada itu.

Tujuan dasar pecah dan perintah mereka sebenarnya lebih kepada menindas orang Melayu supaya mereka tidak ada kuasa dalam kawasan mereka sendiri. Mereka sengaja membiarkan orang Melayu terkapai-kapai atas tanah mereka sendiri sambil merompak hasil-hasil bumi yang ada.

Bukan itu sahaja, mereka juga sengaja memajukan bangsa asing di Tanah Melayu supaya orang asal di tanah Melayu tidak akan berdaya untuk berbuat apa-apa untuk melawan mereka. Ini merupakan suatu konspirasi orang British! Propaganda mereka untuk menolong dan  membantu orang-orang Melayu daripada kegelapan, itu semua propa!

Di dalam rekod itu juga menyatakan bahawa British telah memberikan sejumlah tanah yang berprestij tinggi  kepada 1 juta warga imigran tersebut termasuklah lombong-lombong bijih timah, emas dan lain-lain lombong mineral yang berharga, tanah-tanah pertanian dan sebagainya.

Persefahaman tentang tanah ini telah di buat semasa rundingan kemerdekaan di London, antara Tan Cheng Lock dan pihak British, tanpa pengetahuan Tunku Abdul Rahman

Pendatang-pendatang yang diberi tanah itu kemudiannya menggadaikan tanah tersebut kepada bank OCBC dan sesetengah daripada mereka sekali gus menjadi jutawan. Kemudiannya mereka memulakan perniagaan mereka.

Bukan itu sahaja, anak kepada Tan Cheng Lock (MCA), iaitu Tan Siew Sin telah mengetuai dan mengendalikan pelupusan tanah di Melaka dan telah memberikan kelulusan kepada kesemua 1430 permohonan.

Dengan cara inilah mereka mempunyai modal untuk berniaga, manakala orang melayu pula meneruskan hidup mereka sebagai petani dan nelayan, bukan untuk dijual pun, untuk menyara hidup sehari-hari.

Kementerian Negeri dan Penempatan pada waktu itu telah mengeluarkan geran hak milik pegangan pajakan untuk tempoh tahun berbeza dari 10 hingga 99 tahun kepada pemohon dengan alasan kerana terlalu ramai pemohon, kesemua permohonan terpaksa diiyakan. 

Lagi satu hal, tempoh geran tahan itu pula sepatutnya akan berakhir pada tahun 2035, tertakluk kepada yang jenis pajakan, kiranya apabila habis tempoh pajakan itu, tanah itu boleh diambil semula oleh kerajaan. 

Kerajaan sepatutnya membuat suatu perancangan untuk mendapatkan kembali tanah-tanah yang bakal habis tempoh itu, namun sepanjang lebih daripada 60 tahun kemerdekaan tidak pernah terdengar sedikit pun apa-apa rancangan yang telah dikemukakan oleh mereka.

Bagaimana pula tanah-tanah yang diberi geran sebagai mutlak? Memang tak kan dapat balik la.

Oleh sebab itu, 60% ekuiti tanah telah hilang di Malaysia ini kepada banga asing. Ironinya, di dalam  perlembagaan sendiri menyatakan bahawa 50% tanah rizab Melayu tidak boleh diusik, manakala jika tanah yang diambil itu atas tujuan kemajuan, tanah yang sama nilainya perlulah diberikan kembali secara total.

Tapi apa yang dah jadi? Adakah diberi semula tanah yang telah diambil?

Kalau ada yang diberi ganti pun tanah-tanah itu tidak sama nilainya.

Tanah-tanah yang berprestij dan bernilai tinggi seperti tanah-tanah di kawasan Kuala Lumpur telah diganti dengan tanah-tanah di pinggir bandar.

Kata Prof. Zaharah lagi, hanya tinggal 1% sahaja tanah rizab Melayu yang ada di Kuala Lumpur ini dan 0% di Pulau Pinang.

Kawasan tanah rizab yang tertinggal Kuala Lumpur hanyalah ada di kawasan Kampung Baru, namun kawasan itu tidak boleh dimajukan kerana telah diwartakan sebagai kawasan pertanian.

Tanah-tanah rizab Melayu sebahagian besarnya juga telah diambil balik oleh pihak kerajaan daripada empunya tanah kerana tanah-tanah tersebut mempunyai potensi dan nilai tinggi sebagai perlombongan mineral,

Dijual pula kepada syarikat-syarikat bukan syarikat bukan orang Melayu.

Kenapa tak jual dekat orang Melayu? Masa tu mana ada syarikat Melayu, orang Melayu semuanya miskin masa tu.

Ada lagi cerita ni.

Pada tahun 1953 ialah apabila orang Melayu telah memohon dana kepada taiko-taiko Cina untuk membina pusat latihan untuk orang Melayu. RM 500,000 telah diberi, walaupun dipersetujui bahawa jumlah tersebut bukanlah had yang akan diberi. Kira orang Melayu pula yang terpaksa ‘minta sedekah’ dekat mereka. 

Di sekolah kita da belajar kan yang ada kongsi gelap dekat KL masa zaman British tu selalu buat onar dan bergaduh sesama sendiri.

Nak tahu kenapa mereka ni selalu bergaduh?

Sebab nak rebut tanah-tanah bijih timah atau emas yang ada kat Tanah Melayu ni la, macam yang terjadi antara Yap Ah Loy dan Chong- Chong di Kuala Lumpur.

Begitu la serba ringkas apa yang sebenarnya telah terjadi, namun tidak ada seorang pemimpin pun berani untuk buka cerita atau mereka pun tidak tahu.

Hingga ke hari ini, orang Melayu dimomokkan dengan Melayu pemalas, sampai orang Melayu sendiri pun lama-lama rasa perkara itu betul.

Terus rasa tiada semangat nak memajukan diri walhal itu semua bohong!

itulah penjajah mahu kita fikir, kita ni pemalas, tak tahu apa-apa supaya kita ni iyakan aja apa yang mereka kata, sebabnya senang la mereka nak gunakan kita.

Namun ada satu perkara yang boleh dibuat untuk dapatkan kembali tanah-tanah yang telah hilang ini.

Prof. Zaharah memberitahu bahawa tanah-tanah rizab Melayu ini telah diiktiraf oleh PBB, ianya tidak boleh diusik, dijual atau dibuat apa-apa sekalipun seperti yang ada dalam perlembagaan.

Jadi, beliau menegaskan bahawa kita perlu memberi tekanan kepada kerajaan untuk mengambil semula tanah-tanah ini.

Beliau juga menekan kerajaan supaya memulangkan kembali tanah rizab Melayu dalam masa terdekat.

Orang melayu perlu bersatu untuk menyelesaikan masalah ini, beri tekanan kepada kerajaan supaya mereka ambil balik tanah yang akan tamat tempoh tak lama lagi, jika tidak, perkara ini boleh disuarakan ke PBB.

Contoh tanah rizab yang telah dijual kepada orang bukan Melayu

P/S: Orang Cina telah mengatakan bahawa orang Melayu tidak seharusnya menyalahkan mereka di atas masalah ekonomi sebaliknya menyalahkan British. Dan, berbanggakah lagi anda dengan penjajah dan pengkhianat British?

Sekarang barulah kita tahu detik bila jurang kekayaan itu bermula. Jurang kekayaan tidak pernah berakhir dengan baik.

Orang Melayulah sebenarnya telah berkorban untuk memberi kehidupan yang lebih baik kepada kaum pendatang pada masa itu.

Ianya adalah sesuatu yang harus diingati dan dihormati sewajarnya oleh semua orang di Malaysia.

Hak DEB dan Bumiputra diwujudkan diatas sebab-sebab tertentu.

Orang kulit hitam di Amerika juga dilindungi oleh undang-undang kerana mereka tidak bermula pada kadar langkah yang sama.

Dan tidak ada negara di dunia yang pernah hidup aman diperintah oleh minoriti.

Bukan Bangsa yang kita tolak, tetapi IDEOLOGI mereka.

MISI CAPAI 100,000 LIKE SEBELUM 31 DISEMBER 2022

[wpdevart_like_box profile_id=”100109992115173″ stream=”hide” connections=”show” width=”320″ height=”130″ header=”medium” cover_photo=”show” locale=”en_US”]

Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker