Sejarah

Pusat Penyebaran Ilmu Terawal Sejak 1910, Masjid Pelangai Di Kuala Pilah ‘Terbuang Waktu’!

Di Negeri Sembilan pada tahun 1910, pernah wujud sebuah masjid yang cukup hebat kerana ia berfungsi sebagai pusat penyebaran ilmu yang terawal kepada orang-orang Melayu.

Masjid yang terletak di Kampung Pelangai Ulu, Kuala Pilah itu diusahakan ulama terhebat Negeri Sembilan, Lebai Maadah bin Layang sekali gus turut menjadi imam besar di situ.

Disebabkan luasnya ilmu dan pengalaman Lebai Maadah bin Layang, tokoh feminis, nasionalis dan pejuang Tanah Melayu sebelum dan selepas merdeka 1957, Shamsiah Fakeh (1924-2008) yang juga dikenali sebagai ‘Ratu Rimba Malaya’ pernah menuntut ilmu dunia dan akhirat di masjid ini.

Antara kehebatan masjid ini adalah mampu berfungsi sebagai pusat ilmu yang mengajar hal-hal yang berkait dengan bahasa Arab, tasawwuf, usuludin, sejarah tempatan dan sejarah dunia, pidato serta banyak lagi.

Namun demikian, masjid bersejarah ini bagaikan terbuang oleh waktu setelah pewarisnya, orang-orang yang menerima ilmu di situ tidak kembali mengimarahkannya.

Masjid yang penuh dengan nilai sejarah ini juga akhirnya tidak terlepas daripada menjadi mangsa zaman setelah tiada lagi sebarang kegiatan di masjid ini.

Tahun 2022 menyaksikan bangunan masjid ini tinggal 45 peratus masih dalam keadaan baik termasuk lantai manakala atap, dinding serta mimbar kebanyakannya sudah rosak.

Bagi pencinta sejarah, mereka berpendapat masjid ini seharusnya diselamatkan dan dibangunkan semula sebagai pusat ilmu seperti di Masjid Lama Kampung Terusan, Juasseh dan Masjid Kuala Serdang di negeri yang sama.

Di mana lagi lokasi bersejarah yang dimusnah zaman yang anda tahu? Kongsikan bersama Demi Malaiu dengan cara tinggalan pesanan pada imbox Facebook Page Demi Malaiu.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker