Kajian demografi ke atas 200 negara mendapati populasi umat Islam yang berjaya direkodkan pada tahun 2009 adalah seramai 1.57 bilion orang.
Jumlah ini secara tidak langsung mewakil 23 peratus populasi manusia daripada 6.8 bilion orang yang ada di permukaan bumi.
Menurut Pusat Penyelidikan Pew, daripada 1.57 bilion umat Islam, 87 – 90 peratus terdiri daripada Islam Sunni dan 10 – 13 peratus Islam Syiah.
Kebanyakan Syiah pada awalnya berasal daripada Iran, Pakistan, India serta Iraq dan kini penganut fahaman Syiah merebak ke negara lain.
Portal askanydifference.com pula mendedahkan hampir di seluruh negara adanya umat Islam berfahaman Sunni.
Namun bagi fahaman wahabi, penganutnya cuma ada lima peratus sahaja dan fahaman ini mula ditemui di Arab Saudi pada awal kemunculannya.
Maka tidak hairanlah mengapa Arab Saudi sejak akhir-akhir ini agak terbuka dalam melaksanakan program hiburan secara besar-besaran.
Selain itu sejarah juga menunjukkan di Arab Saudi pernah berlaku kejadian melampau daripada ekstremis berfahaman wahabi.
Jika di Malaysia pula, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-106 pernah menjelaskan tentang kedudukan wahabi.
Antara keputusan yang dicatat adalah muzakarah bersetuju memperakukan rumusan penyelidikan bahawa dari segi perundangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah mazhab rasmi negara Malaysia.
Aliran Syiah serta Salafi Wahabi pada masa kini sedang memberi ancaman serius kepada survival Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Kedua-dua aliran pemikiran ini boleh mendatangkan perbalahan dan perpecahan kepada masyarakat Islam di Malaysia.
Lebih kukuh, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996 telah memutuskan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah, syariah dan akhlak.
Join group Whatsapp Demi Malaiu