Kembara Kenali Borneo menyaksikan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama keluarga serta rombongan menjelajah Sabah dan Sarawak sejauh 2,154 kilometer (km).
Bermula dari Tawau, Sabah pada 3 September 2023, selepas merentasi pelbagai sempadan selepas 11 hari, Kembara Kenali Borneo melabuhkan tirainya di Teluk Melano, Sarawak pada 13 September 2023.
Berdasarkan pemerhatian selama 11 hari hari, pendekatan Kembara Kenali Borneo yang dilakukan Al-Sultan Abdullah mendapat sambutan yang cukup luar biasa dan tidak terjangkau dek akal.
Lebih-lebih lagi apabila Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berserta rombongan menjadi keluarga Agong pertama yang bertemu rakyat Sabah dan Sarawak.
Biar pun Kembara Kenali Borneo sudah berakhir, bahangnya masih terasa di media sosial dan warga Semenanjung amat terharu melihat kecintaan rakyat kepada Agong.
Selepas Al-Sultan Abdullah, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dijangka akan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk penggal yang baharu.
Jika Sultan Ibrahim juga meneruskan idea Kembara Mahkota Johor kepada Kembara Kenali Borneo dengan jentera-jenteranya, mungkin ia akan jadi satu lagi fenomena yang luar biasa!