Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang berlangsung baru-baru ini jelas menunjukkan setelah 67 tahun demokrasi cuba diamalkan di Tanah Melayu, ia bukan sahaja gagal malah memalukan.
Demokrasi yang cuba diterapkan ini pertamanya jelas bercanggah syariat Islam dan unsur-unsur di dalamnya sebenarnya kurang baik kerana ia hanya mengkayakan sebelah pihak sahaja.
Pihak yang kalah akan kerugian dan mengalami kejatuhan emosi sehingga mahu beribadah dengan tenang pun menjadi sukar kerana tenggelam dengan perjuangan dunia yang bersifat sementara.