Durasi: 1:20:34
Lokman Hakiem Abd Samad (moderator) = (1:17 – 2:40)
Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera diucapkan kepada penonton setia perbincangan rakyat Demi Malaiu. Baik, pada malam ini kita akan membincangkan topik yang agak menarik, iaitu berkenaan dengan pejuang tanah air, sejarah mereka bagaimana kerana hari ini, bulan ini merupakan bulan kemerdekaan dan antara perjuangan mereka perlu kita kenang terutamanya dalam kalangan generasi muda. Baik. Jadi, tanpa melengahkan masa, pada malam ini, pertama sekali, kami ingin memperkenalkan antara barisan panel yang akan terlibat bagi membincangkan topik yang akan diutarakan. Yang pertama, kita ada Prof. Dr. Supyan Hussin yang merupakan Mantan Profesor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Yang Dipertua Persatuan Ekskavasi dan Akreditasi Warisan Malaysia. Seterusnya, kita ada Prof. Madya Dr. Rohaidah Kamaruddin, yang merupakan Ketua Laboratori, Etnomatematik dan Didaktik, Institut Penyelidikan Matematik, Universiti Putra Malaysia. Panel yang seterusnya, kita juga bersama dengan Ustaz Hasanuddin Yusof, yang merupakan Pengarah Maktab Penyelidikan Tamadun Alam Melayu dan Islam. Selamat datang diucapkan kepada para panel sekalian. Assalamualaikum.
Para panel = (2:43 – 2:44)
Waalaikumussalam.
Lokman Hakiem Abd Samad (moderator) = (2:46 – 4:05)
Baik. Prof. Dr. Supyan dapat bersama dengan kami atau terputus hubungan Internet di sana? (jeda) Okey, nampaknya seperti Prof. Dr. Supyan mengalami gangguan Internet. Jadi kalau tidak keberatan, mungkin kita bermula dengan Prof. Madya Dr. Rohaidah untuk bercakap tentang topik pada malam ini. Kalau kita lihat, ada isu-isu tentang pejuang tanah air ini semakin kurang mendapat perhatian dalam kalangan generasi muda. Dari segi kajian Prof., mungkin Prof. boleh kongsikan kerana di Alam Tanah Melayu ini, nama Hang Tuah itu cukup terkenal, cukup besar, namun tidak ramai yang mengetahui, apa sumbangan Laksamana Hang Tuah ini kepada bangsa Melayu dari segi sejarah lebih terperincinya? Dari segi kajian Prof., sejauh mana Laksamana Hang Tuah ini dihormati dan negara mana lagi yang mengakui kewujudan Laksamana Hang Tuah? (jeda) Okey, nampaknya Prof. Madya juga terkeluar daripada Streamyard. Okey, sebentar. (jeda) Prof. Madya Dr. Rohaidah?
Prof. Madya Dr. Rohaidah Kamaruddin (ahli panel) = (4:06 – 4:08)
Ya, saya dengar.
Lokman Hakiem Abd Samad (moderator) = (4:09 – 4:10)
Silakan.
Prof. Madya Dr. Rohaidah Kamaruddin (ahli panel) = (4:11 – 4:58)
Okey. Assalamualaikum wbt. Saya terlebih dulu mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur kerana sudi mengundang saya. Soalan pertama tentang Laksamana Hang Tuah. Apakah jasa Laksamana Hang Tuah ini, rasa macam, “Eh, Hang Tuah ini ada jasa ke? Dia tak terlibat zaman kemerdekaan Malaysia pun. Masa Melaka dijajah Portugis, tak ada dengar cerita pun Hang Tuah ini bawa keris atau pedang berlawan dengan sultan.” Betul atau tidak?
Lokman Hakiem Abd Samad (moderator) = (4:59 – 5:00)
Dari segi sejarah, begitu.
Prof. Madya Dr. Rohaidah Kamaruddin (ahli panel) = (5:01 – 6:28)
Ha, begitu! Jadi, saya pun sebenarnya tengah hold ketaksuban saya kepada Hang Tuah ini. Sebab saya bimbang, saya lari daripada nilai-nilai murni sebagai hamba Allah. Yang sepatutnya saya taksub ialah perjuangan Rasulullah dan ahlul bait, bukan Hang Tuah. Tetapi apabila saya baca, saya buat kajian semula, baca semula Hikayat Hang Tuah, pelajar saya dan saya berpendapat bahawa kita kena fikir Hang Tuah dari sudut kebijaksanaannya. Kalau kita tengok, kita kembali kepada takrif Imam al-Ghazali, Imam al-Ghazali membuka empat fakulti pendidikan ini. Kita sering berbangga dengan taksonomi. Kita tidak fikir pun dari sudut Islam. Imam al-Ghazali telah memberi banyak contoh ahlul bait kepada kita, sifat-sifat yang perlu kita contohi dalam teori Imam al-Ghazali ini. Boleh saya sebut satu per satu?
Lokman Hakiem Abd Samad (moderator) = (6:29 – 6:30)
Boleh, silakan.
Prof. Madya Dr. Rohaidah Kamaruddin (ahli panel) = (6:31 – 6:46)
Rasa seronoklah dapat bercakap. Dah lama tidak masuk mengajar, kan. Jadi, teori kebaikan Imam al-Ghazali ini kita bahagi kepada empat, ya. Betulkan saya, Ustaz Hasanuddin, kalau saya salah, ya.
Ustaz Hasanuddin Yusof (ahli panel) = (6:47 – 6:48)
Ya, ya.
Prof. Madya Dr. Rohaidah Kamaruddin (ahli panel) = (6:49 – 15:40)
Pertama, tiga cara yang melalui Imam al-Ghazali ialah pembiasaan, pembelajaran dan kemurahan hati Ilahi. Okey, itu sangat penting. Jadi, kalau empat kebaikan utama Imam al-Ghazali ini, biasanya kita tengok dari kriteria Imam al-Ghazali ini tidak pernah diketengahkan dalam sistem pembelajaran kita, iaitu kebijaksanaan, keberanian, kesederhanaan dan keadilan. Okey, kita tengok satu per satu perjalanan Hang Tuah. Saya anggap Hang Tuah ini sebagai duta bangsa atau kerajaan Melaka. Semasa di Majapahit, perjalanannya sangat bagus, ya. Kali pertama beliau pergi ke Majapahit menaiki Mendam Berahi. Utusan kali pertamanya adalah untuk meminang anak Seri Betara Majapahit. Itu kerja Hang Tuah. Baru kerja di Melaka, sudah kena pinang anak Raja Majapahit. Kemudian, beliau menaiki Mendam Berahi. Kali kedua, pinangan Hang Tuah diterima, Raja Melaka datang untuk berkahwin dengan anak Seri Betara Majapahit. Jadi, terjalinlah hubungan diplomatik antara kerajaan Melaka dengan Majapahit. Di Majapahit, Hang Tuah telah mengharumkan nama Melaka kerana telah membunuh ramai perajurit Majapahit yang mengamuk ketika itu. Ada cerita di sebalik kisah kenapa orang itu mengamuk di Majapahit, ya. Saya dan pelajar saya tengah menyiapkan satu buku bertajuk Hang Tuah dari Perspektif Generasi Y. Kami akan mengupas Hikayat Hang Tuah yang sebanyak 28 bab ini kepada pembacaan yang mudah untuk generasi muda. Generasi muda tidak akan membaca Hikayat Hang Tuah, terlalu tebal dan bahasa yang digunakan agak sukar. Saya pun susah tetapi apabila dipermudahkan pembacaan, “Bestnya cerita Hang Tuah ini. Oh, rupanya begini!” Jadi, saya nak memudahkan pembacaan. Insya-Allah, dalam tempoh enam bulan, buku itu akan diterbitkan. Okey, kemudian, selain telah membunuh perajurit Majapahit yang mengamuk, Hang Tuah telah membunuh juga Si Taming, tuan empunya Taming Sari. Ini ada cerita di sebaliknya. Nama pahlawan itu hanya Taming. Nama tukang empuh keris ialah Sari. Jadi, kita yang tidak mengetahui cerita, kita terus fikir, “Oh, nama perajurit Majapahit, Taming Sari!” No. Dua nama berbeza. Betulkan saya, Prof. Supyan, ya. Satu Taming (pahlawan), satu Sari (tukang empuh keris yang kini disimpan di istana kerajaan negeri Perak). Jadi, Taming ini, kata seorang sahabat yang membuat kajian tentang Taming Sari ini, semasa Hang Tuah sampai di Majapahit, keris ini belum siap. Taming ini terlalu marah. Dia berazam untuk membunuh Hang Tuah, wakil Raja Melaka yang pandai-pandai hendak meminang puteri raja Majapahit. Jadi, apabila kita tidak membaca Hikayat Hang Tuah itu berulang kali dan kita hanya bergantung pada buku dan tidak pergi ke tempat kejadian, ilmu kita sangat cetek. Jadi, saya mengambil iktibar supaya ilmu yang disampaikan kepada generasi muda itu tidaklah secetek air yang dengkal yang ikan pun boleh mati, kena mesti cetek sedalam laut Selat Melaka, 90 meter ke bawah, ya. Jadi, kena pergi ke Majapahit, dengar cerita daripada orang tua di Majapahit, apa sebenarnya berlaku kisah Taming Sari ini. Baru sedap. Jadi, baru kita tahu cerita, “Oh, begini, begini!” Kemudian, Hang Tuah dari Majapahit, beliau ditugaskan ke Benua Keling ataupun ke Benua India. Dalam buku hikayat itu, hendak dipermudahkan, dalam buku Bijaya Nagara, kami potong apa dalam buku hikayat itu, “‘Hai, mamak bendahara! Adapun pada bicara kita, kita hendak mengutus ke Benua Keling kepada saudara kita. Apa bicara bendahara dan temenggung dan laksamana?’ Maka, sembah bendahara, ‘Ya, tuanku Shah Alam! Pada bicara patik, baik juga tuanku mengutus ke Benua Keling pada paduka adinda itu kerana baginda itu raja besar. Lagi pula tuanku pun seteru dengan Majapahit supaya adalah mahu segala raja-raja dan kepada duli yang dipertuan.’ Maka titah baginda, ‘Hai, mamak bendahara! Siapakah baik kita suruhkan ke Benua Keling itu?’ Maka sembah bendahara, ‘Pada bicara patik, siapakah lagi selain daripada laksamana kerana laksamana itu tahu bahasa Keling dan tahu perintah segala raja-raja.’” Ini pun dalam Hikayat Hang Tuah, 1966, muka surat 399. Jadi, saya hendak memberi pendapatlah sebagai seorang guru kepada yang mendengar ini. Baca, jangan baca satu kali. Baca berkali-kali. Sedangkan, kita kena ambil iktibar. Surah yang pertama Allah bagi pada kita melalui Nabi Muhammad, “Bacalah!” Sampai demam Rasul kita, kena peluk oleh malaikat Jibrail. Bacalah! Bacalah! Bacalah! Jangan ambil, dengar cerita tetapi bacalah. Sedangkan saya, science student. Saya tidak baca Hikayat Hang Tuah. Saya tidak faham pun bahasa yang digunakan dalam Hikayat Hang Tuah. Saya lagi suka membaca hikayat bahasa Jepun. Sebab saya Master Degree in Japanese. I can understand Japanese language better than Hikayat Hang Tuah. Tetapi sebab sudah terjebak mengkaji Hang Tuah, kena baca juga hikayat itu. Apabila membaca hikayat itu, rasa macam tidak puas hati. Kena baca Alfonso de Albuquerque. Sebab orang kata, Sultan Alauddin, Sultan Mansor Shah mati cepat. Tetapi dalam Tom Pierre dan dalam Alfonso de Albuquerque, Sultan Alauddin, Sultan Mansor Shah, semua umurnya panjang. Jadi, saya mengambil kesempatan dalam buku Bijaya Nagara saya, saya sertakan keratan tentang Alfonso dan cerita tentang kerajaan Melaka ini supaya yang membaca buku, yang membeli buku itu faham apa terjadi di Melaka. Hang Tuah ini memang berjasa tetapi jasanya dari segi keperibadiannya. Bukan menghunus pedang atau menembak, tidak. Sifat Imam al-Ghazali yang ada di sisi Hang Tuah. Okey, moderator. Sekian, terima kasih.
Lokman Hakiem Abd Samad (moderator) = (15:41 – 16:22)
Baik. Terima kasih diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Rohaidah Kamaruddin atas perkongsian tentang Hang Tuah. Baik. Seterusnya, kita hendak mengajukan soalan kepada Prof. Dr. Supyan. Baik. Prof., daripada sedikit yang dikongsikan oleh Prof. Madya sebentar tadi, mungkin Prof. Dr. Supyan boleh kongsikan dari segi definisi, apa yang dimaksudkan dengan pejuang tanah air? Kenapa sesebuah negara itu perlu ada pejuang tanah air? Dari segi di Alam Melayu ini, mengapa pejuang tanah air itu bangkit? Mungkin Prof. boleh kongsikan dari sudut sejarah. Silakan.
Prof. Dr. Supyan Hussin (ahli panel) = (16:23 – 28:33)
Ya, terima kasih. Assalamualaikum wbt. (doa pembuka bicara) Saudara pengacara, sahabat saya, Dr. Hasanuddin dan sahabat saya juga, Prof. Madya Dr. Rohaidah tadi, tidak sempat bersama dengan kita. Tetapi kita teruskanlah, ya. Terima kasih kepada soalan tadi. Pertamanya, saya kira mungkin kita perlu lihat definisi tanah air itu dahulu kerana dengan memahami konsep tanah air, kita dapat menyelami lagi apa sebenarnya yang berlaku di tanah air kita, khususnya di Alam Melayu. Jadi, pertamanya, kalau kita melihat pada teori geologi ataupun geosains menyatakan bahawa apabila bumi ini dijadikan, mengikut pandangan mereka, bahawa bumi ini tidak terjadi sepertimana yang kita nampak pada hari ini. Mengikut teori geosains menunjukkan bahawa apabila dijadikan bumi ini, tanah itu ialah sekeping. Kemudian, dengan sebab berlakunya perubahan-perubahan iklim, perubahan-perubahan bawah air dan juga pergerakan-pergerakan bumi, maka pecahlah tanah-tanah ini menjadi suku-sukuan. Jadi, katalah daripada sekeping tanah itu, pecah empat, maka jadi empat benua. Kemudian, apabila berlaku lagi perubahan geologi, maka pecah lagi dan pecah lagi. Maka, sampailah pada hari ini, kita nampak apa yang ada pada hari ini. Itulah bumi Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo dan seumpamanya. Lebih kurang 60 000 tahun dahulu, kita dimaklumkan bahawa tanah-tanah ini ialah tanah besar yang berada di atas Pentas Sunda. Apabila berlaku gempa bumi, banjir besar, sebahagian daripada tanah ini telah tenggelam. Apabila tenggelam, maka terbentuklah Semenanjung Tanah Melayu, terbentuklah pulau-pulau seperti Sumatera dan lain-lain. Memang kita telah pun diberitahu oleh pakar-pakar arkeologi sejarah bahawa pernah berlaku banjir besar, bah besar yang menenggelamkan sebahagian daripada bumi. Ada atlantik yang tenggelam, ada bumi-bumi di dataran ini yang telah ditenggelami. Jadi, menunjukkan bahawa apabila berlaku perubahan-perubahan geosains ini, memang akan terjadilah landskap perubahan-perubahan itu. Di Nusantara ini, yang menariknya ialah apabila berlaku pergerakan bawah air dan terjadinya letusan gunung berapi dan gempa bumi, kemudian terbentuklah apa yang kita nampak pada hari ini. Pada asalnya ialah satu benua, iaitu Benua Sunda ataupun kita sebut Pentas Sunda. Penduduk-penduduk induk di tempat ini merupakan orang yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Misalnya, kulit sawo matang. Mereka bercakap menggunakan bahasa yang sama ataupun akar kata itu daripada akar kata bahasa Melayu atau rumpun Melayu. Mereka makan makanan yang sama. Mereka mempunyai budaya yang sama. Jadi, apabila berlaku pecah tanah-tanah ini, maka mereka membawa diri masing-masing di tempat masing-masing tetapi menyimpan ataupun melestarikan bahasa, budaya, makanan, pakaian dan seumpamanya yang menunjukkan jati diri Melayu. Baik, oleh sebab mereka ini daripada satu tanah yang besar, apabila terpecah, terpisah oleh air, lautan, teluk dan seumpamanya, mereka masih lagi bermain di kawasan tanah dan juga air. Mereka bergerak dari satu tanah daratan ke satu daratan yang lain menggunakan air. Begitulah disebut tanah air. Jadi, kalau negara lain, tidak disebut tanah air. Kita di Nusantara ini disebut sebagai tanah air kerana persekitaran kita ialah persekitaran maritim. Maritim menunjukkan bahawa terdapat kehidupan manusia di darat dan juga di air. Jadi, apabila disebut tanah air, apabila disebut tentang pahlawan-pahlawan tanah air, maka kita dapat lihat bagaimana penduduk-penduduk di tempat masing-masing, di daerah masing-masing di Benua Sunda ini telah pun menerima Islam lebih awal dulu. Kita tidak mahu bercakap tentang sejarah bila Islam sampai tetapi kita bercakap tentang Hang Tuah ini sekitar abad yang ke-13, abad yang ke-14. Selepas itu, kita sampailah kepada tahap abad yang ke-19, iaitu kita sudah pun merdeka dan seumpamanya. Maka lahirlah, pesantrean-pesantrean, pondok-pondok, para ulama yang telah pun mendidik masyarakat tentang ilmu-ilmu Islam. Sebelum datang ilmu-ilmu baharu, kitab-kitab daripada ulama-ulama ini telah ditulis secara komprehensif. Misalnya, ilmu falak tidak berpisah dengan ilmu matematik. Ilmu sains ataupun ilmu alam tidak berpisah dengan ilmu-ilmu yang lain. Misalnya, hari ini kita sebut anatomi. Dalam al-Quran, terdapat ilmu-ilmu yang telah disusun begitu komprehensif sehingga ulama-ulama dahulu telah pun mengadunkan ilmu-ilmu dalam bentuk-bentuk yang mudah dilihat. Tetapi apabila Barat datang, mereka telah memisah-misahkan, kotak-katikkan ilmu-ilmu ini menjadi ilmu-ilmu yang khusus. Jadi, kita ada ilmu sains, ada ilmu hisab, ada ilmu perubatan dan sebagainya. Tetapi dahulu hanyalah satu. Jadi, ulama-ulama inilah sebenarnya yang menyampaikan ilmu. Apabila Barat datang, kalau kita fahamlah, mereka tidaklah dikatakan technically menjajah kerana mereka tidak mengambil kuasa daripada sultan tetapi mengambil kuasa pengurusan dan pentadbiran negeri di tiap-tiap negeri. Pada masa dahulu, negeri-negeri yang kita faham hari ini, disebut sebagai negara, bukan negeri. Hanya apabila sampai kepada kemerdekaan, dikatakan Persekutuan Tanah Melayu, barulah digabungkan negara-negara menjadi Persekutuan Tanah Melayu ataupun Malay State. Baik. Secara teknikalnya, orang-orang Inggeris yang datang ke Tanah Melayu dahulu telah bersepakat dengan raja-raja untuk mengambil alih pengurusan dan pentadbiran. Kononnya, untuk membantu pengurusan dan pentadbiran, meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran. Jadi, raja-raja kita telah bersetuju tetapi Inggeris menggunakan jawatan Residen Inggeris itu, mereka telah melanggar hak-hak orang-orang yang tinggal di Tanah Melayu. Antaranya termasuklah merampas tanah-tanah dan mengenakan cukai-cukai kepada penduduk induk di negara kita menyebabkan para ulama bangkit menyatakan protes tidak setuju kerana mereka merampas tanah watan. Jadi, apabila para ulama, para pejuang yang disebut sebagai nasionalis… saya kurang bersetuju dengan perkataan nasionalis ini kerana mereka bukan nasionalis tetapi mereka ialah penduduk induk yang mahu mempertahankan tanah watan daripada dirampas oleh Inggeris. Maka, mereka meniupkan semangat untuk menentang penjajah-penjajah ini yang secara umumnya kita sebut penjajah walaupun mereka tidak merampas kuasa sultan. Antaranya, kita sebut, misalnya, di setiap negeri itu ada pahlawan-pahlawannya sendiri. Misalnya, kalau di Kedah… saya hari ini ada di Yan, Kedah. Di Kedah, kita ada Tuan Hussein, antara orang yang menentang penjajah yang cuba merampas hak orang watan. Kalau di Kelantan, kita ada Tok Janggut. Tok Janggut juga bangkit menentang penjajahan dalam bentuk merampas tanah dan juga mengenakan cukai kepada rakyat dengan cara yang agresif. Apabila tidak dibayar, maka penduduk itu telah pun dihukum, didera, ditangkap dan seumpamanya. Hal ini menyebabkan penduduk induk bangkit untuk menentang penjajah. Maka, orang-orang ini disebut sebagai penentang. Kita dengar nama-nama lain seperti Tok Kenali di Kelantan, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Tuan Haji Abbas di Terengganu, Tok Ku Paloh di Terengganu. Mereka ini ialah pahlawan-pahlawan yang disebut sebagai pahlawan Melayu yang bangkit menentang kezaliman penjajah yang cuba merampas tanah watan dan menangkap serta mendera dan membunuh. Sebahagian daripada ulama ini telah pun dibuang negeri atau disebut dibuang daerah termasuklah Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong yang dibuang, kononnya dihantar ke Makkah. Sebenarnya, dibuang daerah. Kemudian, kita dengar nama Tuan Haji Panglima Dol Said, iaitu panglima Naning juga bangkit menentang penjajah. Dato Bahaman Semantan, Orang Kaya Semantan, Tok Gajah dan juga Mat Kilau. Ini semua satu kumpulan. Mereka ialah sekumpulan pesilat dan juga pahlawan yang bersama-sama menentang penjajah. Apabila saya sebut penjajah, saya gambarkan mereka ini ialah orang Inggeris yang merampas urusan tanah, cukai dan juga urusan kehidupan manusia di sebelah sini. Kita juga dengar nama-nama lain. Misalnya, selepas merdeka, Tuan Haji Kiai Haji Salleh dengan selempang merah dan juga parang terbangnya. Ini pada zaman Jepun. Itu penjajah jugalah. Jadi, secara umumnya, nama pahlawan-pahlawan Melayu ini tidaklah begitu popular dalam buku-buku sejarah kita. Kita hanya mendapat cerita-cerita ini daripada sumber-sumber lain, tiada di sekolah tetapi dapat daripada pondok-pondok, daripada kuliah-kuliah agama, daripada pesantrean ataupun kita dapat daripada fakulti-fakulti yang mengajar tentang akidah, tentang Islam. Tetapi dalam buku sejarah kita tiada nama-nama ini. Nama-nama yang ada mungkin Kamal Altartuk, misalnya, Lopez de Sequeira dan nama-nama Inggeris yang menulis buku-buku sejarah. Baik. Jadi, mereka mempertahankan tanah dan mempertahankan air. Air dan tanah ialah satu kawasan permainan kehidupan orang di Nusantara ini. Jadi saya fikir, kita perlulah memberikan tempat kepada mereka yang kita sebutkan nama tadi supaya generasi hari ini memahami bahawa ada banyak sumbangan yang telah diberikan oleh mereka dan mereka juga yang mempertahankan akidah umat Islam. Kalau tidak, mungkin lebih ramai antara orang Islam yang terpengaruh dan murtad kerana pengaruh-pengaruh daripada penjajah yang masuk ke dalam negara kita. Terima kasih.
Lokman Hakiem Abd Samad (moderator) = (28:34 – 29:06)
Baik. Jadi seterusnya, soalan ini ditujukan kepada Ustaz Dr. Hasanuddin. Kita sudah mendengar antara penjelasan daripada Prof. Madya Dr. Rohaidah dan Prof. Dr. Supyan. Ada satu soalan besar yang sering bermain dalam fikiran generasi muda. Bilakah kebangkitan para pejuang di Tanah Melayu ini mula tercetus? Adakah pada saat Belanda, Portugis, British masuk ke Tanah Melayu, ke Kota Melaka atau sebelum itu sudah pernah ada kebangkitan-kebangkitan ini? Mungkin ustaz boleh jelaskan.
Ustaz Dr. Hasanuddin Yusof (ahli panel) = (29:14 – 42:14)
Bismillahirrahmanirrahim. (doa pembuka bicara) Terima kasih pertama sekali saya ucapkan kepada penganjur kerana menjemput saya. Berdasarkan soalan yang diberikan kepada saya, adakah orang Melayu mula mempertahankan tanah air ataupun mula berperang ketika penjajah Barat masuk ataupun sebelumnya lagi telah berperang? Orang Melayu ini sebenarnya telah berperang sudah lama, sebelum kedatangan penjajah pun orang Melayu sudah mahir dalam ilmu-ilmu peperangan. Pencatatan tentang perang Melayu antara yang terawal dicatatkan dalam Batu Bersurat Kedudukan Bukit. Pada batu bersurat ini, ditulis bahawa pengasas kerajaan Srivijaya yang namanya Gapuntha Yangjayanasra telah membawa 20 000 orang bala tenteranya bergerak dari sebuah tempat yang namanya Minametanbal. Sebahagian besar ahli sejarah menyatakannya di Candi Muara Takus. Candi Muara Takus ini di Riau. Beliau bergerak dari Riau pergi ke Kedudukan Bukit di Sungai Musi. Di tepi Sungai Musi itu, beliau berperang di sana, menawan tempat itu dan mengasaskan, menubuhkan kerajaan Srivijaya. Ini berlaku pada abad ke-7 Masihi. Ini ialah pencatatan yang terawal tentang perang yang berlaku di Alam Melayu. Kemudiannya, kita juga ada kisah perang yang masyhur berlaku di Kedah Tua. Dalam inskripsi ataupun pencatatan Tanjore telah dicatat pada batu bersurat atau pada dinding tentang kisah seorang raja di selatan India, Raja Indra Chola namanya. Sekitar tahun 1017, dia datang ke Kedah Tua dan menyerang kerajaan Maharaja Srivijaya. Pada ketika itu, Kedah Tua merupakan pusat pemerintahan Srivijaya yang nama rajanya ialah Wijaya Tungga Warman. Wijaya Tungga Warman ini diserang oleh Raja Indra Chola. Pada zaman itu, tentera di Kedah Tua, orang-orang Melayu di Kedah Tua, bersemangat, bersungguh-sungguh telah mempertahankan tanah air mereka daripada dijarah oleh tentera Chola dari selatan India ini. Sehinggakan dalam pencatatan Tanjore itu, telah dicatatkan bagaimana sengitnya peperangan ini. Maknanya, orang Kedah pada zaman itu, bukan mudah-mudah hendak menyerahkan tanah kepada Chola. Mereka berperang dengan begitu bersungguh-sungguh sehinggakan Raja Indra Chola merasakan perang ini sangat susah, sangat sengit. Dia melihat pada zaman itu, betapa gemilangnya Kedah Tua sehinggakan berdasarkan pencatatan daripada Tanjore itu, tentera Chola dan juga Maharaja Chola melihat bahawa pintu gerbang kerajaan Kedah Tua ini dibuat daripada permata. Begitu kayanya kerajaan Kedah Tua pada zaman itu. Pada zaman itu, jika dia serang Kedah Tua, bangkitlah orang-orang Melayu di Kedah Tua. Ini zaman sebelum Islam, zaman Hindu-Buddha. Kemudiannya, antara kisah yang masyhur juga, pada zaman yang sama, selepas Raja Chola menyerang Kedah Tua, dia juga menyerang sebuah kerajaan yang hari ini terletak di Perak, Gangga Negara. Nama rajanya ialah Raja Gangga Shah Johan. Berlaku juga perang yang dicatatkan oleh Sulalatus Salatin sebagai Raja Suran, sebenarnya dia ialah Chola. Berlaku pada zaman yang sama. Selepas dia menyerang Kedah Tua, dia menyerang Gangga Negara. Sama juga, penduduk tempatan, orang-orang Melayu di Gangga Negara telah bangkit mempertahankan tanah air daripada dijajah atau dijarah oleh Raja Chola. Kemudiannya, setelah tertubuhnya kerajaan Islam di Alam Melayu ini, antara pencatatan terawal tentang jihad, tentang perang di Alam Melayu ini, dicatatkan oleh Ibnu Battuta. Ibnu Battuta telah mencatatkan dalam Rehlah, ketika beliau sampai di sebuah kerajaan Islam di Alam Melayu ini, Samudera Pasai, yang terletak di utara Acheh. Ibnu Battuta menyatakan, ketika beliau sampai di Samudera Pasai ini, beliau bertemu dengan seorang sultan yang soleh. Namanya, Sultan Malik Al-Zahir Thani. Sultan Malik Al-Zahir ini seorang sultan yang dermawan, yang alim, yang mencintai para fuqaha dan juga mencintai majlis ilmu, banyak menganjurkan majlis ilmu. Hal ini menggambarkan bahawa suasana Islam itu telah wujud dan kuat di Samudera Pasai. Ibnu Battuta menyatakan, Sultan Malik Al-Zahir ialah seorang sultan yang sangat mencintai jihad. Bukan sahaja baginda mencintai jihad, rakyatnya juga mencintai amalan berjihad. Malah, Ibnu Battuta mencatatkan dalam Rehlah tentang keberangkatan Sultan Malik Al-Zahir ini bersama-sama tentera Samudera Pasai berjihad berlawan dengan kerajaan yang pada ketika itu bukan Islam, iaitu kerajaan Murjawa. Selain itu, berlaku juga zaman Kesultanan Melayu Melaka sebelum sampainya Portugis, orang-orang Melayu telah berperang dengan Siam. Pada zaman Sultan Muzaffar Shah, telah berlaku dua kali peperangan. Pertama, pada tahun 1446, berlakunya peperangan yang diketuai oleh Tun Perak berlawan dengan angkatan tentera Siam yang diketuai oleh panglima Siam, Panglima Awi Cakri, di mana tentera Melaka menang. Kemudian, 10 tahun selepas itu, pada tahun 1456, pada zaman Sultan Muzaffar Shah juga, berlakunya peperangan sekali lagi antara tentera Melaka dengan tentera Siam. Kali ini dipimpin oleh panglima Siam, Awi Bicu namanya kerana Awi Cakri telah terkorban. Tentera Melaka sekali lagi menang. Perang pertama pada tahun 1446 itu berlaku di Pahang, sebelum sampainya orang Siam ke Melaka. Orang Melaka telah bertahan di Siam. Perang yang kedua ini berlaku di Batu Pahat kerana kerajaan Ayodya pada zaman itu terletak di atas sikit. Saya, alhamdulillah, sudah sampai ke Ayodya itu, pusat pemerintahan kerajaan Siam. Dari tempat itu, mesti belayar melalui Selat Tebrau dahulu sebelum sampai ke Melaka, kalau melalui jalan laut. Dengan itu, sebelum dia sampai ke Melaka, mereka ini, tentera Siam ini bertapak dahulu di Batu Pahat. Ketika di Batu Pahat inilah tentera Melaka diketuai juga oleh Tun Perak dan Tun Perak menghantar panglima perangnya, Tun Omar untuk menghuru-harakan, mengkucar-kacirkan tentera Siam. Daripada kisah ini juga, terlihatnya kebijaksanaan Tun Perak dalam ilmu perang. Beliau telah menyusun jamung-jamung api di pantai sehinggakan Siam begitu takut melihat jamung api begitu banyak. Itu ialah sebuah strategi perang Melaka secara psikologinya menyebabkan tentera Siam pun telah kalah. Bermakna, bukan sahaja sebelum kedatangan penjajah Barat, maknanya sebelum penjajah Barat, telah berlakunya perang untuk mempertahankan tanah air ini terutama di semenanjung. Macam saya katakan tadi, di Kedah Tua, berlaku perang mempertahankan tanah air pada abad ke-11. Begitu juga di Gangga Negara, berlakunya perang mempertahankan tanah air. Begitu juga di Melaka pada abad ke-15. Kalau kita pergi ke Alam Melayu yang lain, di Pulau Jawa juga, macam itu juga. Sebelum kedatangan Portugis, kerajaan Denmark pernah berperang dengan kerajaan Pajajaran, pernah berperang dengan kerajaan Majapahit dan juga kerajaan-kerajaan yang lain. Bermakna, orang Melayu ini, kalau nak ikut, bukan pertama kali berperang dengan Portugis. Sebelum itu, sudah berperang. Oleh sebab itu, mengikut pencatatan Portugis, apabila berperang dengan Melaka, orang Melaka sudah pandai menggunakan meriam, sudah pandai menggunakan senapang, malah sangat mengejutkan kalau kita membaca pencatatan Portugis, Portugis sendiri menulis bahawa Melaka ini ada penembak tepat. Maknanya, pengendap, kita katakan sebagai snipper yang menyorok di teres-teres rumah, di bumbung-bumbung. Mereka ini memberikan ancaman. Kalau kita lihat juga pencatatan Portugis ini, begitu terancamnya strategi perang orang Melayu di Melaka. Bagaimana mereka ini ada serang hendap, ada perang secara gerila, ada sampan yang diapikan, sampan itu dibakar, mengeluarkan api dan dihanyutkan. Yang ini juga menjadi ancaman ataupun menjadi ketakutan kepada bala tentera Portugis. Kalau kita mengkaji tentang sejarah senjata api itu, memang sudah lama. Selewat-lewatnya, abad ke-14 senjata api telah sampai dan orang Melayu telah belajar tentang senjata api daripada orang Arab dan orang China, tentang meriam daripada orang Arab sehinggakan istilah-istilah itu, meriam dan sebagainya daripada perkataan Arab. Maknanya, sudah lama. Maknanya, ilmu perang ini orang Melayu ini, sudah lama. Bukan sekadar itu sahaja, banyak lagi ilmu perang yang ada. Bagaimana menggunakan sumpit, bagaimana menggunakan racun, bagaimana formasi perang di laut, ini boleh kita bahaskan dalam bab yang khas. Bagaimana teknologi, teknik berperang orang Melayu. Setakat itulah.
Lokman Hakiem Abd Samad (moderator) = (42:15 – 43:08)
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Hasanuddin atas perkongsian itu. Maknanya, ilmu yang dimiliki oleh orang-orang di Kota Melaka itu bukan terbentuk pada waktu itu. Awal lagi telah ada. Baik. Kita hendak tanyakan kepada Prof. Madya Dr. Rohaidah. Tadi ada menyebut tentang Laksamana Hang Tuah ini, beliau memberikan jasa sumbangan dari segi keperibadian. Baik. Bagaimana keperibadian itu boleh menyuntik semangat jati diri dalam kalangan orang Melayu? Adakah keperibadian yang pernah dipamerkan oleh Laksamana Hang Tuah itu masih relevan, masih dipraktikkan atau sudah terputus pada zaman ini dan perlu dicari semula? Silakan, Prof. Madya Dr. Rohaidah.
(jeda)
Lokman Hakiem Abd Samad (moderator) = (43:22 – 43:27)
Prof.? (jeda) Prof. Madya Dr. Rohaidah, dapat bersama dengan kami?
(jeda)
Lokman Hakiem Abd Samad (moderator) = (43:41 – 44:25)
Okey, nampaknya kita tidak dapat mendengar respons daripada Prof. Madya Dr. Rohaidah. Mungkin seterusnya kita akan teruskan dengan Prof. Dr. Supyan untuk menjawab antara ulasan pada sesi yang pertama tadi. Prof. ada menyatakan banyak nama pejuang Melayu tetapi tidak popular. Satunya, mungkin kurang dimasukkan dalam buku sejarah dan mungkin kurang dikembangkan. Jadi, bagaimana kita yang masih cakna, kita yang masih prihatin dan kita yang masih rasa nama-nama ini perlu disampaikan kepada generasi akan datang boleh berbuat sesuatu tentang perkara ini? Silakan, Prof.
Prof. Dr. Supyan Hussin (ahli panel) = (44:33 – 48:22)
Baik. Terima kasih, saudara moderator. Sebenarnya, memang ada usaha-usaha yang telah dibuat oleh beberapa pihak, termasuklah pensyarah, penulis-penulis mengenai individu-individu pejuang tanah air yang terdiri daripada pahlawan-pahlawan Melayu. Memang ada. Tetapi ia bersifat fragmented. Fragmented dalam erti kata lain, tidak dimasukkan dalam silibus kurikulum di sekolah-sekolah menjadikannya satu maklumat yang tidak formal dan tidak dianggap sebagai satu pengiktirafan. Jadi, dalam hal ini, kita yang sudah mulai sedar tentang pahlawan-pahlawan Melayu, ulama-ulama pada zaman silam yang telah mempertahankan akidah umat Islam sehingga kita umat Islam terus bersama dengan akidah Islam, bersama dengan kehidupan Islam, bersama dengan peraturan-peraturan kehidupan Islam ini, haruslah bersyukur bahawa mereka inilah orang-orang yang lebih awal, yang telah mempertahankan negara kita, tanah air kita, akidah umat Islam. Jadi, memang patutlah kita menjadikan nama-nama yang disebut tadi sebagai satu korpus ilmu yang harus diletakkan dalam konteks yang lebih formal. Mungkin elok kalau setiap tahun menjelang kemerdekaan ini, nama-nama mereka dipaparkan dalam televisyen, dipaparkan dalam media arus perdana supaya generasi yang baru memahami bahawa terdapat sumbangan-sumbangan yang mungkin mereka tidak pernah dengar dalam media arus perdana tetapi telah mula mendapat tempat. Jadi, saya percaya hal-hal ini boleh dilakukan sekiranya ada kesedaran dalam kalangan pemimpin negara sendiri kerana apabila ada political will, apabila ada kekuatan jihad politik, maka hal ini boleh dilakukan. Tetapi apabila tiada kekuatan jihad politik dalam mengangkat martabat ulama-ulama Islam, para pejuang Melayu yang awal, maka akan terus terpinggir. Jadi, malam ini umpamanya kita bercakap sesuatu yang mungkin tidak berada dalam arus perdana tetapi berada dalam suasana yang terpinggir. Apabila menjelang merdeka, baru kita dengar. Tetapi kalaulah perkara ini dimasukkan dalam kurikulum dan dijadikan hari-hari istimewa, misalnya Hari Pahlawan Melayu. Kalau kita ada Hari Pahlawan, dalamnya dimasukkan juga unsur pejuang-pejuang awal kemerdekaan atau prakemerdekaan termasuklah pada zaman penjajah sama ada zaman Portugis, zaman Belanda mahupun zaman Inggeris dan selepas itu, barulah tentang pejuang atau pahlawan-pahlawan yang mempertahankan negara daripada ancaman komunis. Jadi, selagimana hal ini tidak dijadikan satu korpus ilmu yang formal, selagi itulah mereka akan terus terpinggir. Kita bimbang generasi dari semasa ke semasa, khususnya generasi Alpha, selepas generasi Z ini, langsung tidak mengenali nama-nama yang disebut itu. Kalau kita buat kuiz, tanya pada mereka, kita dapati memang mereka tidak mengetahui dan tidak pernah mendengar nama-nama itu. Kita mengharapkan webinar seperti ini dan juga sesi-sesi yang lain dapat memaparkan, mengangkat nama-nama ini supaya sentiasa disebut-sebut di bibir anak-anak, orang-orang di negara kita, khususnya dalam kalangan penduduk peribumi, iaitu orang Melayu Islam. Terima kasih.
Lokman Hakiem Abd Samad (moderator) = (48:23 – 48:55)
Baik. Jadi, kita hendak berhubung semula dengan Prof. Madya Dr. Rohaidah. Prof. dapat mendengar suara saya? Kalau dapat dengar, mungkin boleh tekan button unmute. (jeda) Prof. Madya? (jeda) Okey, kita tengah menunggu respons. (jeda) Okey, sebentar ya. Kita tengah menunggu respons daripada Prof. Madya Dr. Rohaidah. Okey, kita jemput… (jeda)
Prof. Madya Dr. Rohaidah Kamaruddin (ahli panel) = (48:56 – 48:59)
Saya dengar dengan jelas, insya-Allah.
Lokman Hakiem Abd Samad (moderator) = (49:00 – 49:02)
Silakan. Okey, Prof. Jadi, kita nak tanyakan…
Prof. Madya Dr. Rohaidah Kamaruddin (ahli panel) = (49:02 – 49:04)
Boleh dengar suara saya?
Lokman Hakiem Abd Samad (moderator) = (49:05 – 49:51)
Ha, yang ini kita dengar. Sebentar ya. Okey, yang ini kita dengar. Baik, Prof. Kita hendak tanya. Tadi Prof. ada menyebut tentang Laksamana Hang Tuah. Antara sumbangannya adalah dari segi keperibadian. Baik. Jadi, bagaimana keperibadian itu menjadi satu bentuk jati diri kepada bangsa Melayu dan adakah keperibadian yang dipamerkan oleh Laksamana Hang Tuah itu masih ada dalam diri generasi hari ini atau telah terputus? Jika telah terputus, bagaimana kaedah atau pendekatan yang kita yang masih cakna tentang perkara ini boleh ambil? Silakan, Prof.
(jeda)
Prof. Madya Dr. Rohaidah Kamaruddin (ahli panel) = (50:01 – 52:36)
Boleh dengar suara saya dengan jelas? (jeda) Okey, saya mungkin… (jeda) saya bukanlah yang tegar dengan Hang Tuah ini. (jeda) Tapi saya… apabila Prof. Hashim mengajak saya untuk membuat kajian ini… (jeda) Hati saya terdetik untuk baca dan baca. Itu yang saya sebut tadi. (jeda) Tetapi saya dapat, dapatan saya banyak dari luar negeri dan ada satu dapatan yang paling menarik ialah orang Melaka ini, di hatinya ialah… (jeda) Muhammadan, dan di tangannya al-Quran. (jeda) Maksudnya, orang Melaka pada zaman dahulu sangat mementingkan al-Quran dan sunah Rasul. Jadi, kita sebenarnya kena kembali, back to the first. Bak kata ustaz… (jeda) Boleh dengar, ya? Kata Ustaz Ayen Welles dari Afrika Selatan, “We have to go back to the first one. The first one that mean to Allah.” Jadi, dalam pendidikan kita, semasa saya belajar di Jepun, dia ada sistem… Kokugo itu bahasa jati orang Jepun. And then… kita kena belajar, kami yang Dunia Jepun ini belajar Kokugo dahulu, belajar bahasa jati orang Jepun. Oleh sebab itu, kalau di Malaysia ini, kita kena bahasa jati kita, bahasa Melayu itu dahulu, baru kita boleh bahasa Inggeris. Orang Jepun mula belajar bahasa Inggeris, umur mereka 15 tahun. Gagal bahasa Inggeris sebab yang penting, faham bahasa jati mereka dahulu.
(jeda)
Lokman Hakiem Abd Samad (moderator) = (52:52 – 52:53)
Prof., masih bersama dengan kami?
(jeda)
Lokman Hakiem Abd Samad (moderator) = (53:01 – 🙂
Baik, kita macam terputus…
Prof. Madya Dr. Rohaidah Kamaruddin (ahli panel) = (53:04 – 53:20)
Nabi mengamalkan nilai-nilai Islam. Nilai Islam mulia termasuklah soleh, kemurahan hati, bersyukur, kepuasan, rendah diri. Kemudian, ihsan, kesucian…
(jeda)
Lokman Hakiem Abd Samad (moderator) = (53:30 – 53:57)
Baik, kita seperti terputus untuk sementara. Kita sedang menunggu sambungan Internet daripada Prof. Madya Dr. Rohaidah sebab kita dapat lihat dari segi connection, beliau masih bersambung tapi kita tidak dapat mendengar suaranya. (jeda) Prof., dapat dengar suara kami?
Prof. Madya Dr. Rohaidah Kamaruddin (ahli panel) = (53:56 – 54:11)
Rasanya macam… Okey. (jeda) Saya dengar-dengar. Macam tidak cukup saja sesi kita. Kena banyak lagi sesi ini sebab kita membincangkan pendidikan.
Lokman Hakiem Abd Samad (moderator) = (54:12)
Betul.
(jeda)
Lokman Hakiem Abd Samad (moderator) = (54:21 – 54:23)
Daripada pihak kami…
Prof. Madya Dr. Rohaidah Kamaruddin (ahli panel) = (54:23 – 54:24)
Boleh dengar, ya?
Lokman Hakiem Abd Samad (moderator) = (54:25 – 54:31)
Tadi ada terputus-putus, Prof. (jeda) Tadi ada terputus-putus tadi.
Prof. Madya Dr. Rohaidah Kamaruddin (ahli panel) = (54:32 – 54:35)
Tak apa. Nanti kalau ada rezeki, kita berjumpa lagi.
Lokman Hakiem Abd Samad (moderator) = (54:36 – 55:28)
Baik, baik. Insya-Allah. Jadi, Prof… (jeda) Baik, nampaknya terdapat sedikit gangguan Internet di… (jeda) Okey. Nampaknya seperti ada gangguan Internet di pihak Prof. Madya Dr. Rohaidah. Baik. Seterusnya, kita hendak tanyakan kepada Ustaz Hasanuddin. Okey, tadi Prof. Madya ada menyebut bahawa dalam diri orang Melaka itu, di hatinya Muhammad dan di tangannya ialah al-Quran. Kalau kita lihat pada silang sejarah dan kita pun sering… ada membacalah, makna dikatakan dari sini, akan ada bangsa Tamim yang akan bangkit pada akhir zaman. Adakah orang Melayu menepati ciri-ciri yang akan turut serta dalam perjuangan tersebut, dari segi pandangan ustaz? Silakan.
Ustaz Hasanuddin Yusof (ahli panel) = (55:31 – 1:12:01)
Bismillahirrahmanirrahim. Tentang Bani Tamim, tentang panji hitam dari timur, ini antara hadis yang banyak diriwayatkan. Antara yang meriwayatkan ialah Ibnu Majah juga Imam al-Hakim meriwayatkan tentang panji hitam dari timur ini. (baca petikan hadis) Dalam matan hadisnya, itulah. “Akan datang munculnya, akan naiknya panji hitam dari arah timur.” Kemudian, tentang Bani Tamim, banyak juga riwayat. Antara yang masyhurnya, diriwayatkan oleh Imam al-Tabrani dalam kitab Mu‘jam al-Ausat. Ada juga diriwayatkan oleh Imam al-Suyuti dalam kitab Rihalul al-Fatawi tentang hadis, iaitu Nabi SAW ketika berjalan bersama dengan para sahabat, di kirinya ada Sayidina Ali. Maka Nabi bersabda, (baca petikan hadis) Nabi bersabda, apa yang keluar daripada lelaki ini, Nabi tunjuk kepada Sayidina Ali, tokoh yang akan mengisi keadilan, mengisi dunia ini, (baca petikan hadis) yang akan mengisi, memenuhi dunia ini dengan keadilan, merujuk kepada Imam Mahdi. Nabi bersabda, dan jika kamu mendapati orang ini, diwajibkan (baca petikan hadis) kamu wajib mencari pemuda Bani Tamim. Sama juga, (baca petikan hadis) yang datang dari arah timur. Kemudian, pada akhir hadis, Nabi bersabda, (baca petikan hadis) dan dia ialah pemegang panji Mahdi. Ini antara riwayatnya. Persoalannya, sama ada adakah orang Melayu ini ada menepati ciri-ciri yang panji dari timur? Pertama, ialah timur itu. Ada beberapa riwayat, dia kata (bercakap bahasa Arab) dari arah Khurasan. Riwayat yang disebut dalam, yang saya sebut tadi, Ibnu Majah, Imam al-Hakim, ada juga dalam al-Tabrani, dia sebut masyrik itu umum. Maknanya, timur. Pertamanya, pengalaman saya ke Indonesia, saya ada jumpa seorang tokoh. Beliau menyatakan bahawa… ini pendapat beliaulah. Beliau menyatakan bahawa ada potensinya orang Alam Melayu ini atas tiga sebab. Pertamanya, kata-kata masyrik itu. Maknanya, timur itu. Beliau berkata, kalaulah bangsa, kita tengok bangsa Islam. Bangsa Islam ini kita katakan sebagai bangsa yang sinonim dengan Islam. Contoh, bangsa Arab, kalau di Afrika, bangsa Mali ataupun bangsa, banyaklah. Bangsa Turki, bangsa Parsi, termasuk bangsa Melayu. Ini disebut sebagai bangsa Islam. Bangsa yang sinonim dengan Islam. Beliau menyebut bahawa bangsa yang paling timur, bangsa Islam yang paling timur ialah bangsa Melayu. Maknanya, selepas bangsa Melayu ke arah timur, tiada lagi bangsa yang Islam. Macam bangsa Korea, bangsa China, bangsa Jepun, tidak disebut sebagai bangsa Islam. Walaupun ada sebahagian daripada orang China, orang Korea itu beragama Islam tetapi tidak disebut sebagai bangsa Islam. Ini bangsa yang majoriti. Maknanya, sangat sinonim dengan Islam. Orang Melayulah paling timur. Yang ini mengikut pendapat beliau. Itu yang pertama. Yang kedua, orang Melayulah orang Islam yang paling ramai. Kita sebut Melayu ini, Alam Melayu lah. Orang Sumatera. Maknanya, Melayu lah. Acheh, Minang, Melayu, orang Bajau dan suku-suku yang lain, orang Jawa. Ini yang dikatakan rumpun orang Melayu. Memang kalau kita mengkaji, zaman sekarang ini, bangsa yang paling ramai itu, orang Islam yang paling ramai terdiri daripada orang Melayu. Walaupun kuantiti yang ramai ini tidak semestinya berkualiti tetapi kita tidak boleh menafikan bahawa kuantiti itu lebih relatif untuk melahirkan kualiti. Sebagai contoh, kenapa Sukan Olimpik itu selalu dimenangi oleh negara China, negara Amerika Syarikat dan Rusia? Antara sebabnya, mereka mempunyai atlet yang berkualiti. Bagaimana mereka mendapat atlet yang berkualiti? Sebab mereka memiliki kuantiti yang banyak. Daripada kuantiti yang banyak itu, boleh membentuk kualiti. Mungkinlah dari segi kuantiti yang banyak ini, memang boleh melahirkan kualiti yang baik. Ini pendapat daripada beliau, tokoh yang saya jumpa di Indonesia. Kemudian, beliau memberitahu bahawa antara keistimewaan orang Melayu ini yang tiada pada bangsa lain, yang ada ciri-ciri potensi kebangkitan, mazhabnya memang seragam. Bermazhab ahli Sunnah wal Jamaah, al-Sya‘irah dan juga bermazhab fiqh al-Syafi‘i. Seragam. Ini pendapat beliau, bukan pendapat saya. Beliau memberitahu potensi-potensi. Cuma yang saya lebih tertariknya ialah seorang ketua, Pengerusi Ulama Palestin, yang namanya Dr. Nawaf Takruri… Sheikh Nawaf Takruri datang ke Kuala Lumpur, Malaysia pada tahun 2017 di Masjid Wilayah. Boleh tengoklah, dalam berita pun ada, Berita Harian pun ada. Beliau beritahu apa? “Saya yakin bangsa Melayulah yang akan membebaskan al-Aqsa.” Ini beliau yang cakap. Pengerusi Majlis Ulama Palestin, Sheikh Nawaf Takruri tidak silap namanya. Saya pun tidak ingat. Nawaf Takruri, boleh semaklah. Pengerusi… Kalau kita semak di berita, kita akan jumpa. Pengerusi Dewan Ulama Palestin yakin Melayu akan membebaskan al-Aqsa. Beliau beritahu apa? Yang saya ingatlah, kesimpulan yang beliau cakap, orang pertama, orang Arab telah membebaskan al-Aqsa, Sayidina Umar. Kemudian, orang Qurdi, Salahudin al-Ayyubi. Salahudin al-Ayyubi bukan orang Arab. Beliau orang Qurdi. Kemudian, Allah mentakdirkan orang Qurdi pula yang membebaskan Palestin, Salahudin al-Ayyubi. Kemudian, Allah mentakdirkan bahawa orang Turki. Zaman Uthmaniah memang menjaga Palestin, menjaga Baitul Maqdis dengan sangat baik. Sheikh Takruri ini menyebut, “Saya yakin bahawa akan datang, orang Melayu yang akan membebaskan Palestin.” Wallahuaklam daripada mana beliau dapat firasat itu. Cumanya, ada seorang sahabat saya membawa jemaah pergi ke Masjid al-Aqsa. Beliau sendiri memberitahu saya. Apabila beliau membawa jemaah orang Melayu ke sana, ada seorang Arab nampak. Orang Arab itu mencium dahi beliau. Orang Arab itu memberitahu, “Aku mimpi, bangsa kamulah yang akan membebaskan Palestin.” Wallahuaklam. Saya tidak tahu. Saya mendapat penceritaan daripada sumber-sumber luar. Tetapi yang jelasnya, boleh semak Sheikh Dr. Takruri itu, Nawaf Takruri menyebut, 2017, beliau datang ke Masjid Wilayah, ada majlis. Beliau menyebut, beliau yakin, orang Melayu akan membebaskan Masjid al-Aqsa. Cumanya pada saya, kita jangan memaknai hadis itu dengan qat‘ie. Kita kata, memang yakinlah Bani Tamim ini orang Melayu, memang yakinlah. Jangan! Nabi tidak pernah menyebut spesifik bangsa mana. Kita jangan pandai-pandai sebut. Ada juga orang yang memaknai hadis itu dengan qat‘ie. Dia yakin, ini memang pastilah orang Melayu. Tidak boleh! Jangan kita memaknai tetapi kita mesti meletakkan harapan bahawa kita termasuk dalam hadis itu. Oleh itu, kita kena berusaha. Sebagai contoh, ya. Saya sangat tertarik apabila mengkaji sejarah Uthmaniah. Hadis Nabi sebagaimana yang dinukilkan oleh Imam Ahmad bin Hambal dalam Musnad Ahmad. Saya hendak masukkan di sini. (baca petikan hadis) “Akan datang satu masa, Konstantinopel akan dibuka. Dia akan dibuka oleh sebaik-baik raja dan tenteranya ialah sebaik-baik tentera.” Hadis ini telah lama, dari zaman Nabi. Kemudian, semua orang Islam zaman-berzaman, mereka berusaha. Mereka tidak memaknai hadis itu secara qat‘ie. Mereka tidak kata, pasti ini kamilah. Orang Turki juga sama. Mereka tidak kata, pasti yang dimaksudkan oleh Nabi ini, kamilah orangnya. Bukan! Mereka tidak memaknai dengan qat‘ie dan tidak memaknai apa-apa pun. Cuma mereka berusaha supaya meletakkan makhraj supaya merekalah termasuk dalam golongan itu. Oleh sebab itu, zaman-berzaman, sejak zaman Khalifah Muawiyah bin Abu Sufian, tahun 54 Hijrah, diketuai oleh anak Muawiyah, oleh Yazid bin Muawiyah, mereka berusaha untuk menakluki Kota Konstantinopel bagi menepati hadis ini. Oleh sebab itulah, sahabat Nabi, Abu Ayub al-Ansari sehingga syahid terkorban di Istanbul, di Konstantinopel pada zaman itu. Kemudian, zaman berikutnya, zaman Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik pun sama juga, digerakkan usaha Bani Umaiyyah ini. Beliau membawa panglima, Maslamah bin Malik sekitar tahun 100 lebih Hijrah, 190 kalau tidak silap saya. Beliau pun sama juga, berusaha. Eh, bukan. Khalifah Sulaiman Abdul Malik pada tahun 58, tadi Muawiyah Abu Sufian pada tahun 54. Pada tahun 58 Hijrah, Maslamah bin Abdul Malik. Mereka pun sama juga, bersungguh-sungguh pergi berusaha. Kemudian, zaman Khalifah Harun al-Basyik juga, tahun 190 Hijrah, bersungguh-sungguh pergi berusaha. Kemudian, kerajaan Turki itu seawal-awalnya daripada pengasas Turki Uthmaniah, Uthman Ghazi berusaha untuk menakluki Konstantinopel supaya termasuk dalam hadis itu. Maknanya, mereka ini sejak zaman-berzaman telah berusaha membentuk generasi supaya termasuk dalam hadis itu. Oleh sebab itulah, selepas Uthman, moyang kepada Muhammad al-Fateh, Sultan Beyazid I, pada tahun 1393, menggerakkan tentera dan mereka berjaya mengepung. Mereka sudah berjaya mengepung Konstantinopel tetapi kerana mendengar berita ada serangan daripada Mongul, dia pun pulang dan terbunuh, kena tawan dengan Mongul. Kemudian, barulah pada zaman Muhammad al-Fateh berjayanya menepati hadis itu. Maknanya, persediaan untuk menepati hadis itu bukannya berlaku pada zaman Muhammad al-Fateh tetapi zaman sebelumnya lagi. Macam itulah. Kalau kita hendak masuk dalam hadis itu, kita jangan duduk bersantai, kita memaknai. Apabila kita memaknai dengan qat‘ie, dengan betul pasti, itu yang salah. Kita pun akan bersantai. Kalau kita meletakkan pengharapan, kita akan berusaha. Dari situlah kita menggerakkan tarbiah dari segi ‘alamiyah, rohaniah membentuk bangsa. Ini generasi pembentukan bangsa. Pembentukan jati diri ini telah pun digariskan oleh ulama-ulama Alam Melayu. Apa bahan ataupun ingredient yang perlu diterapkan pada orang-orang Melayu ini yang hendak membina, supaya dapat membina generasi yang kuat? Oleh sebab itulah pada zaman penjajahan, banyak angkatan tentera perjuangan yang digerakkan oleh ulama-ulama sangat luar biasa. Kita membaca tentang jihad di Acheh. Juga perang di Jawa, juga perang paderi, juga perang di Makasar, Sultan Hasanuddin di Makasar, juga Pangeran Hidayatullah di Masih, termasuklah juga Tanah Melayu ini, Abdul Rahman Limbong dan sebagainya. Mereka ini, tentera-tentera yang digerakkan oleh ulama ini bukanlah tentera yang semberono, sewenang-wenangnya. Mereka telah mendapat tarbiah rohani yang sangat kuat, tarbiah ‘amaliyah yang sangat kuat. Oleh sebab itulah, mereka tidak terkesan dengan kehebatan, kekuatan penjajah, tidak terkesan dengan pujuk rayu ataupun dakyah-dakyah daripada penjajah. Mereka berjuang sehingga hayat yang terakhir sama ada menang atau syahid. Sekian.
Lokman Hakiem Abd Samad (moderator) = (1:12:02 – 1:13:39)
Baik. Terima kasih diucapkan kepada ustaz. Seterusnya, sebagai kesimpulan untuk topik pada malam ini, Jasamu Dikenang: Perjuanganmu Diteruskan dan kita boleh mengambil kira antara kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan sebelum ini. Tetapi sebelum itu, kita hendak baca dahulu antara komen daripada pembaca dan juga penonton Demi Malaiu. Okey, pertama daripada Yayasan Al Jenderami Rasmi, “Benar, Dr. Melayu hebat dan mula digeruni bila mana tauhid bangsa Melayu ampuh ibarat besi khursani.” Dan seterusnya, daripada Yayasan Al Jenderami juga, “Kami di sini mengadakan Festival Bahtera Merdeka sempena kemerdekaan bagi mengikat generasi-generasi baru, jasa-jasa ulama silam Melayu.” Menarik. Dan daripada Said Bajerai, “Ustaz Hasanuddin, Bani Jawi ini akan jadi pembebas Masjid al-Aqsa. Apakah kerana sifat mereka yang lemah lembut, punya rasa kasihan belas sesama insan?” Tadi, ustaz ada sebut bahawa berpotensi tetapi kena berusaha untuk ke arah itu. Baik, jadi kita hendak buka kepada Dr. Supyan untuk merumuskan topik pada malam ini yang tadi kita dapat lihat bahawa bangsa Melayu ini sudah ada ilmu perang, ilmu pertahanan sebelum datangnya Portugis, Belanda, British dan ditakdirkan berpotensi kerana di timur ini, bangsa Islam yang ada di Malaysia, Indonesia, Borneo. Silakan, Dr.
Prof. Dr. Supyan Hussin (ahli panel) = (1:13:43 – 1:16:18)
Baik. Terima kasih. Pertamanya, kita perlu memahami bahawa sejarah perlulah ditulis semula. Kalau kita hendak katakan jasamu dikenang ini, sekadar mengadakan majlis-majlis sahaja tidak mencukupi kerana selepas majlis, ertinya seperti one off event. Tetapi yang penting ialah apa yang hendak dibawa balik oleh para peserta, para pendengar dan seumpamanya. Jadi, itulah yang perlu dibawa balik. Itulah bahan yang boleh dipegang, disentuh, dibaca dan dilihat, sama ada dalam bentuk audio, video mahupun dalam bentuk tulisan. Kalau yang zaman hari ini, kita yang sedang berwebinar ini, kita ada audio dan juga video. Tetapi kita perlukan juga bahan-bahan yang bersifat penulisan ilmiah dan juga penulisan separa ilmiah. Kalau ilmiah itu terlalu tinggi untuk dibaca oleh orang ramai tetapi mungkin separa ilmiah, lebih mudah dibaca dan difahami oleh umum. Jadi, kalau kita mahukan jasa dikenang ini, tidak cukup dengan kita mengadakan majlis memberi pingat, menyatakan kita mengenang mereka dan seumpamanya tetapi lebih lama kalau kita dapat mengingati melalui tulisan-tulisan. Saya kagum dengan Ustaz Hasanuddin. Beliau sebenarnya banyak merakamkan penulisan mengenai ulama-ulama Islam, raja-raja, para ulama di Alam Melayu. Hal-hal begini sebenarnya perlu disebarkan, perlu menjadi bahan rujukan, bahan pendidikan di sekolah-sekolah. Barulah kita dapat merasai apa yang dimaksudkan dengan jasamu dikenang. Kalau tidak, hanya menjadi dalam bahasa tol, dikatakan touch and go. Tidak lagi menjadi sesuatu yang kekal pada hari seterusnya. Saya juga kagum dengan usaha-usaha yang dibuat oleh Demi Malaiu yang cuba mengangkat kesedaran, meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap hal ini. Kita harap pada suatu hari nanti, peningkatan kualiti dalam memartabatkan jasamu dikenang ini boleh dibuat dalam bentuk yang lebih agresif, tidak hanya berlaku secara touch and go sahaja. Jadi, insya-Allah, kita akan terus bersama dengan Demi Malaiu bagi membantu usaha-usaha ini. Sekian, terima kasih.
Lokman Hakiem Abd Samad (moderator) = (1:16:19 – 1:16:28)
Baik. Kesimpulan daripada Ustaz Dr. Hasanuddin tentang tajuk Jasamu Dikenang, perjuangan adakah akan diteruskan? Silakan.
Ustaz Hasanuddin Yusof (ahli panel) = (1:16:33 – 1:19:47)
Ya, saya sangat bersetuju dengan Prof. Dr. Supyan sebutkan tadi. Kita kena selalulah mengadakan majlis-majlis untuk mengenang, mengingati jasa pejuang-pejuang yang terdahulu. Kita bukan mengingati jasanya sahaja, malah perlu merenung inti pati perjuangan, apa cara-cara mereka berjuang. Maknanya peristiwa yang berlaku itu, apakah yang dilakukan oleh ulama dan para pejuang? Apa amalan-amalannya? Itu yang penting supaya kita dapat menggerakkan pada zaman ini. Saya sangat tertarik dengan seorang ulama yang menggerakkan di Acheh, Sheikh Muhammad Saman atau yang masyhur dinamakan sebagai Teungku Chik Pante Kulu ini telah menulis Hikayat Perang Sabil. Dengan hikayat sahaja pun, boleh menggetarkan jiwa-jiwa orang Acheh sehinggakan diberitakan bahawa ada seorang orang tua. Orang tua pada malam itu mendengar orang membaca Hikayat Perang Sabil. Pada subuh itu, selepas subuh, dia bergerak ke Bandar Acheh dengan rencongnya diselit di kain pelekat dan dia terus menghunus rencongnya itu kepada tentera Belanda sehingga dia pun turut syahid. Sehinggakan Belanda, bukannya takut akan meriam-meriam, tidak. Yang paling ditakuti pada zaman itu ialah Hikayat Perang Sabil, sehinggakan diharamkan. Orang Melayu mengharamkan orang-orang Acheh daripada menyimpan. Bayangkan ulama, hanya mengarang hikayat, hikayat itu sahaja telah membangkitkan semangat jihad. Begitu juga dengan Sheikh Abdul Samad al-Falimbani, ketika mengetuai perang jihad di Kedah, bertarung dengan Siam, berperang dengan Siam, beliau juga membawa kitab yang dikarang tentang kelebihan berjihad, Tazkiratul Mukminin. Kitabnya, Tazkiratul Muslimin Fardu ‘il Jihad. Kitab yang dikarang oleh Sheikh Samad al-Bani. Sama juga dengan kitab itu. Dengan kitab itulah, kitab tentang kelebihan jihad itu, yang dikarang oleh Sheikh Samad al-Bani, mengangkat semangat jihad orang Kedah, berjuang bersama-sama Sheikh Samad al-Bani. Sheikh Samad pada masa itu dikatakan sangat tua, umurnya lebih 90 tahun. Bayangkan, bagaimana seorang ulama Melayu, umur lebih 90 tahun, boleh menjadi panglima perang, duduk di hadapan memimpin termasuk orang-orang muda? Yang ini yang kita mahukan. Kalau orang tua pun boleh menjadi semangat macam itu, apatah lagi orang-orang muda. Apakah rahsianya itu? Kita bukan sekadar ingat namanya, kita ingat apakah perjuangannya, apakah inti pati perjuangannya, apakah rahsia perjuangannya. Itu sahaja. Sekian dulu, setakat itu sahajalah. Terima kasih.
Lokman Hakiem Abd Samad (moderator) = (1:19:48 – 1:20:27)
Baik. Jadi, terima kasih diucapkan kepada Prof. Dr. Supyan dan juga Ustaz Dr. Hasanuddin atas perkongsian untuk topik pada malam ini, Jasamu Dikenang. Jadi, kita sebagai generasi hari ini yang masih lagi bernafas perlulah mengenang jasa-jasa pejuang yang pernah cuba berusaha untuk memerdekakan tanah air ini, yang pertama, dan masih lagi berjihad untuk memastikan agama Islam itu kekal ada dalam diri-diri orang Melayu. Baik. Jadi, dengan itu perbincangan rakyat Demi Malaiu sudah berada pada penghujung rancangan. Insya-Allah, kita akan bertemu lagi pada episod akan datang, pada hari yang sama, hari Jumaat, pukul 9 malam. Dengan itu, Assalamualaikum wbt.