Khabarnya British Airways dua hari lalu buat announcement tentang pertukaran uniform. Hijab dan seluar antara jenis uniform yang di benarkan untuk pramugari. Uniform pilot pun mereka tukar.
Bila berita ni jadi mainstream, tekanan bagi MAS ( MAB ) akan berkumandang lagi kuat dan saya amat cenderong apa jawapan dari mereka yang berkuasa. Mungkin respon, mungkin membisu seperti sediakala.
Apapun, tanpa pengetahuan mereka yang pro-tudung sebagai ciri uniform MAS, pramugari MAS telah menggunakan tudung lebih dari 25 tahun dulu.
Mereka mula memakai tudung apabila operasi penerbangan Haji berkembang pertengahan tahun 90an. Tapi masa tu polisi tudung masih belum tertulis lagi dalam buku operasi MAS secara sistemik, dan di pakai hanya untuk penerbangan Haji sahaja.
Masa tu tudung di pakai dengan baju kebaya. Nampak pelik pakai tudung tapi kebaya mendakap badan dengan slit kebaya sampai ke peha. Tapi takpe sebagai langkah pertama ke arah menutupi aurat.
Di akhir abad sebelum millenium, MAS telah kehilangan kontrak Haji ke Air Asia dan Transmile, maka berkuburlah era pramugari bertudung MAS. Dengan itu juga Bahagian Operasi Charter (Sewa Khas) juga di tutup dan lebih kurang 100 Cabin Crew Charter MAS kehilangan kerja untuk seketika.
Hidupkan Kembali Operasi Charter MAS
Di permulaan abad baru saya nampak ada ruang untuk hidupkan kembali Operasi Charter MAS dan memang ada cara untuk buat duit menggunakan “spare excess aircraft hours” tanpa hadapi kos operasi yang tinggi.
( Masa tu saya pegang jawatan Ketua Juruterbang Operasi Serantau, jadi adalah sedikit kuasa untuk buat strategy ) Tetapi operasi kena buat secara teratur untuk mengelakkan dari mengacau jadual penggunaan pesawat berjadual.
Pelan pelan kayuh, Operasi Charter di mulakan kembali dengan penerbangan luar jadual, destinasi ke pendalaman China, kapasiti pesawat di borong oleh Travel Agent yang bayar cash sebelum pesawat terbang.
Risiko tak laku atau pesawat kosong masa berlepas tidak jatuh ke tangan MAS, marketing di buat oleh Pengusaha Travel Agent.
Di masa yang sama, Cabin Crew Charter juga mula mereka uniform sendiri, ada option seluar dengan blouse lengan panjang ( yang ngam dengan tudung ) , ada option skirt biru dan merah bagi mereka yang suka skirt.
Pada tahun 2003 saya telah masuk tender untuk Operasi Haji dan mengalahkan Air Asia yang telah menjalankan operasi tersebut dari permulaan abad.
Masa tu MAS tiada pesawat untuk Operasi Haji, semua pesawat dalam sistem di gunakan sepenuhnya. Saya terpaksa bertungkus lumus cari pesawat luar untuk di sewa selama 2 bulan. Tak tidor stress cari pesawat seswai. ( Ini satu cerita interesting yang saya kan kongsi lain kali )
Antara ratusan kerja yang patut di buat untuk menjayakan Penerbangan Haji, Crew dan saya juga minta bajet kecil untuk uniform yang selaras and mesra ugama pada mata pandangan Tetamu Allah.
Tudung Versi 1.0 Crew komplain kain material tidak seswai, panas dan terlampau ‘soundproof’ menghindar pendengaran bila bercakap. Ini kerana tudung V1 di beli olih mereka yang duduk dalam Opis menghadap meja dan komputer, bukan pengguna.
Harga pun mahal, saya di fahamkan Rm80 satu.
Uniform baru kali ni Crew yang design, tudung pun Crew yang pilih. Saya minta bajet beli tudung, dan setelah masuk sistem tender, setiap tudung harga jadi dekat Rm100, kena ada 3 quotation dari supplier, dan juga memakan masa 3 bulan. ( Kerja Giler!!! )
Saya ambil keputusan untuk cari sendiri, dan Crew Charter jumpa supplier dari Dubai, harga 11 Dirham satu ( Rm 10 satu berbanding Rm100 kalau guna sistem Procurement MAS ).
Saya ON terus pembelian, menggunakan ‘petty cash’ Department. Barang sampai macam barang order.
Saya kesian rakan kerja yang ada kata saya beli ‘direct nego’ mungkin ada unsur ‘under table’, terus dapat surat suruh explain.
Saya kesian rakan kerja, dapat dosa kering. Tudung di beli hanya 400 helai, harga Rm4,000, bandingkan Rm40,000 kalau di biarkan belian pakai sistem tender.
Orang yang berotak kecil pun boleh menilai, apatah lagi mereka yang berpelajaran tinggi macam rakan kerja level manager dan VP.
Ini merupakan satu contoh drama politik Koporat MAS, antara penyebab MAS tutup kedai pada Ogos 2015 dan di gantikan oleh MAB susulan bailout Kerajaan.
Dari 2003 sampai sekarang, Pramugari MAS memang ada pilihan untuk terbang pakai tudung.
Jika Uniform Pramugari MAB di wajibkan memakai Tudung, maka MAB kena lah tukar sistem menu, catering, crewing scheduling dan lain lain.
Ada pernah terjadi Crew Charter berTudung di gunakan untuk penerbangan berjadual kerana flight tak cukup Crew, dan terpaksa tuang arak masa service.
Pelik kan? Pramugari Bertudung tuang arak dalam pesawat.
Banyak lagi cerita belakang tabir tentang isu Tudung dalam MAS.
Buku saya nanti akan ceritakan lebih lanjut lagi.
Apapun, dengan berita British Airways ( Syarikat Penerbangan Kafir ) membenarkan Hijab sebagai pilihan uniform pramugari, gerenti tekanan pada MAB akan timbul.
Pramugari MAS pernah bertudung 25 tahun lepas namun dihentikan kerana masalah politik dalaman.
Ia dikenali sebagai Operasi Charted dan fokusnya adalah lebih kepada menguruskan jemaah haji.
P/s: British Airways pastikan pramugari mereka bertudung namun kita?
Sumber: Nik Huzlan pic.twitter.com/ylGXJgb6Ml
— Demi Malaiu (@DemiMalaiu) January 18, 2023
Kredit: Nik Huzlan