BENARKAH EMPAYA MELAKA DIJAJAH PORTUGIS, BELANDA DAN INGGERIS SEMENTARA KERAJAAN MELAYU YANG LAIN GAGAL UNTUK MEMBANTU MEMBEBASKAN SEMULA KERAJAAN MELAKA
Maklumat dalam persejarahan orang Melayu mengatakan Empayar Melaka telah ditawan dan dijajah oleh Portugis, Belanda dan Inggeris selama lebih 450 tahun bermula pada tahun 1511M berikutan kejayaan Tentera Portugis memasuki Kota Melaka sehinggalah Tunku Abdul Rahman melaungkan ungkapan “merdeka” di Padang Pahlawan, Melaka pada tanggal 20 Februari 1956.
Ramai orang memegang kenyataan tersebut dan masih ramai juga ahli sejarah tanah air yang gagai untuk mencerakin dan merungkai persoalan tersebut selagi mereka masih memegang kepada fahaman ‘Modernism’ dokongan kumpulan Zionost yang melaungkan pemikiran atau slogan “The New World Order”.
Persoalan tersebut juga masih gagal untuk dirungkaikan oleh ramai ahli sejarah kerana mereka masih jahil mengenai budaya serta kebijaksanaan orang Melayu yang telah memacu peradaban bangsa Melayu yang sangat unggul.
Persoalan tersebut tersangat mudah untuk dirungkaikan jika kita berjaya untuk melihat kehebatan ilmu orang Melayu untuk ‘memagar’ kebun dan rumah mereka dengan ‘pagar halimunan’ sehingga boleh menyebabkan orang yang berjaya masuk lalu terperangkap di dalamnya seterusnya gagal untuk mencari jalan keluar.
Persoalan tersebut juga sangat mudah untuk difahami melalui pendekatan kiasan iaitu umpama pengkesahan berikut. Pak Ali seorang yang sangat kaya yang tinggal di sebuah rumah agam di kotaraya. Ramai pencuri dan perompak yang tersangat ingin merompak rumah Pak Ali termasuklah perompak dari barat.
Menyedari hakikat tersebut, Pak Ali telah memindahkan harta serta keluarga dari rumah agamnya di kotaraya ke rumah beliau di merata-rata tempat di luar kota raya. Seterusnya Pak Ali memasang ‘pagar halimunan’ bagi tujuan untuk menangkap pencuri dan perompak yang berhasrat untuk menceroboh rumah agam beliau tersebut.
Maka itu sesiapa sahaja yang memsuki rumah agam Pak Ali tidak boleh keluar selagi Pak Ali tidak mengeluarkannya. Adakah kawan-kawan atau jiran yang baik dengan Pak Ali akan berusaha untuk melawan pencuri atau perompak tersebut seterusnya membebaskan rumah Pak Ali dari dihuni oleh pencuri atau perompak tersebut.
Jawapannya sangat mudah iaitu sudah pasti mereka tidak akan berusaha untuk mengeluarkan pencuri atau perompak tersebut kerana mereka itu adalah hasil tangkapan Pak Ali dan bukannya pihak yang ingin memiliki rumah Pak Ali.
Perkara sedemikialah yang telah berlaku terhadap orang-orang Portugis, Belanda dan Inggeris. Pada tahun 1509, Kerajaan Melaka telah diserang oleh tentera Portugis tetapi tentera Portugis telah mengalami kekalahan teruk.
Mereka sangat terkejut dengan kehebatan tentera Melaka yang sangat kuat, tidak seperti wilyah-wilayah lain yang pernah mereka serang sebelum itu. Sudah pasti Kerajaan Melaka telah menyangka orang Portugis akan menyerang sekali lagi dan sudah pasti juga Kerajaan Melaka telah merancang untuk melakukan pertahanan dan penangkapan keatas mereka.
Maka itu Kota Melaka telah dikosongkan dan tentera Portugis telah terperangkap di dalam Kota Melaka selama sekitar 130 tahun.
Terowong bawah tanah yang dijumpai dalam Kota Melaka oleh para pengkaji membuktikan ada jalan keluar dari kota tersebut, namun ia telah tertimbus dan masih belum dijumpai laluan sebenar terowong tersebut.
Sewaktu orang Portugis terperangkap di dalam Kota Melaka tiada catatan mereka telah menyerang Kerajaan-kerajaan Melayu yang ada di sekitar Kota Melaka, bagi menandakan mereka sebenarnya adalah terperangkap dan tidak jumpa jalan keluar melainkan Pelabuhan Melaka yang hanya dibenarkan bagi membekalkan makanan kepada orang Portugis tersebut.
Oleh itu tidak perlulah Kerajaan-kerajaan Melayu yang lain memberikan bantuan untuk menggambil semula Kota Melaka kerana ia sebenarnya adalah jebak atau perangkap kepada tentera Portugis tersebut.
Peristiwa yang sama telah berlaku ke atas tentera Belanda yang terperangkap selama sekitar 186 tahun yang telah menyebabkan Kerajaan Belanda jatuh muflis dan mengarahkan pulang tenteranya dari Kota Melaka.
Kekosongan Kota Melaka telah menarik orang Inggeris untuk memasukkan diri mereka ke dalam jebak Melaka selama sekitar 136 tahun.
Mereka telah merobohkan dinding Kota Melaka namun mereka masih belum boleh keluar melalui runtuhan dinding tersebut. Mungkin ini adalah kesan dari ‘pagar halimunan’ yang masih bertahan.
Kebijaksanaan orang Nigeria untuk menghindarkan rasa malu, telah memajak Singapura daripada Kerajaan Johor dan memajak Pulau Pinang dari Kerajaan Kedah, namun mereka gagal untuk memajak Pulau Pangkur dari Kerajaan Perak berikutan kebijaksanaan orang-orang Perak.
Pada tanggal 20 Februari 1956, Tunku Abdul Rahman mewakili Raja-raja Melayu telah memerdekakan tentera Inggeris dari ‘terus terperangkap’ dalam Kota Melaka.
Dengan terjebaknya tentera-tentera Portugis, Belanda dan Inggeris di dalam Kota Melaka adalah bukti jelas bahawa Tanah Melayu gagal untuk dijajah sebaliknya merekalah yang telah terjebak di dalam Kota Melaka selama lebih kurang 450 tahun sehingga dibebaskan oleh Raja-raja Melayu pada tanggal 20 Februari, 1956 sekembalinya Tunku Abdul Rahman selepas mengadakan perbincangan dengan Raja Inggeris di England.
Frank Swettenham dalam catatannya mengatakan tiada istilah penjajahan ke atas Tanah Melayu di mana wakil Kerajaan Inggeris melalui Syarikat Hindia Timur hanya sebagai penasihat pentadbiran kepada Raja-raja Melayu yang Bersekutu dan yang Tidak Bersekutu.
Raja-raja Melayu telah membayar gaji kepada para penasihat Inggeris tersebut dan ini bermakna Raja-raja Melayu masih mempunyai kuasa mutlak terhadap tanah jajahan masing-masing.
Wallahu Ta’ala Aklam
Mastor Surat, 11 Julai , 2022.