Suatu ketika dahulu, negara pernah menganjurkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang bertujuan menzahirkan rasa cinta terhadap negara.
Sekali gus mengisi kelompongan pihak sekolah tak tidak sempat mengisi nilai murni dan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak bangsa.
Hal ini demikian kerana sistem pendidikan di sekolah lebih memfokuskan pelajar lulus cemerlang ujian atas kertas dan nilai patriotik langsung tidak ditekankan.
Namun demikian, setelah beberapa tahun, PLKN dimansuhkan dan pihak sekolah tiada hak untuk melatih sikap patriotik dalam kalangan para pelajarnya.
Persoalannya, adakah PLKN wajar dikembalikan pada era negara sedang nazak kerana kurangnya anak-anak bangsa yang sanggup pertahankan negara daripada pelbagai aspek?