Sebut sahaja nama Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Khoo Kay Kim, pasti ramai yang mengenali beliau sebagai seorang sejarawan negara yang agak ulung.
Mendiang yang dilahirkan pada 28 Mac 1937 di Perak dan meninggal dunia pada usia 82 tahun menyumbang banyak jasanya terhadap negara menerusi pelbagai kajian sejarah.
Namun demikian, kebanyakan hasil kajian sejarahnya dipandang sepi oleh generasi muda dan kumpulan berhaluan barat seboleh-bolehnya cuba menyekat hasil kajian mendiang.
Kesannya, daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain, masih percaya dan disumbat akal fikiran masing-masing bahawa British menjajah Kerajaan Melayu.
Sedangkan realitinya adalah sebaliknya dan semasa hidup, mendiang sempat menyatakan perkara itu dan video ini bagaikan hampir hilang disembunyikan zaman.
Tonton & hayati video di bawah ini: