Sejarah

Perpaduan boleh wujud jika hak tuan rumah dihormati dan difahami batasannya

Di Tanah Melayu prinsip Jus Soli telah diperkenalkan pada tahun 1945 oleh British dan dilaksanakan oleh gagasan Malayan Union pada tahun 1946.

Prinsip kerakyatan secara Jus Soli lebih menguntungkan orang dagang atau imigran kerana mereka dapat memperoleh kerakyatan dengan mudah di sesuatu tempat.

Menyedari prinsip Jus Soli mengancam kedudukan orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan orang Melayu menolak prinsip Jus Soli dalam pemberian kerakyatan kepada kaum imigran.

Bagaimanapun, orang Melayu tidak mampu menolak sepenuhnya prinsip Jus Soli.

Pihak Inggeris laknat dan sengaja mahu merosakkan ekosistem Tanah Melayu tidak mahu memberi kemerdekaan jika soal kerakyatan kepada kaum imigran tidak diselesaikan.

Maka, di sinilah berlaku tolak tarik di antara orang Melayu, Inggeris dan kaum imigran.

Kaum Melayu mengambil pendekatan wasattiyah dalam menangani persoalan kerakyatan kaum imigran.

Orang Melayu menerima prinsip Jus Soli tetapi dengan beberapa syarat.

Melalui pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengetatkan syarat kerakyatan Jus Soli.

Antara syarat itu adalah:

– Penduduk bukan Melayu mesti tinggal di Persekutuan Tanah Melayu tidak kurang daripada 10 tahun.
– Kedua-dua ibubapa mereka mestilah warganegara Persekutuan Tanah Melayu.
– Mereka hendaklah mengaku taat setia terhadap Tanah Melayu dan menganggap negara ini sebagai tempat tumpah darahnya; dan
– Bermula tahun 1958, mereka juga perlu fasih bertutur dalam bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.

Satu lagi syarat utama dalam persetujuan prinsip Jus Soli seperti yang terkandung dalam Pakatan Murni, kaum imigran yang bakal mendapat kerakyatan perlu bersetuju dengan empat perkara penting.

Perkara itu ialah mengenai kedudukan istemewa orang Melayu (Perkara 153), kedudukan Raja-Raja Melayu (Perkara 181), agama Islam sebagai agama persekutuan (Perkara 3) dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (Perkara 152).

Di atas semangat keikhlasan juga mereka dapat menyelesaikan masalah yang begitu rumit untuk diselesaikan.

Masing-masing mungkin memikirkan tentang kesejahteraan bangsa mengatasi segala-galanya dalam menyampaikan kata sepakat mereka.

Lantas terhasilah kontrak sosial yang amat penting yang kita patuhi sampai hari ini.

  • Raja-Raja Melayu menerima kerakyatan Jus Soli.
  • Orang bukan Melayu pula mengiktiraf kedudukan istemewa orang Melayu dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
  • Agama Islam sebagai agama bagi persekutuan Tanah Melayu dan
  • Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
  • Semenjak zaman awal menuntut kemerdekaan negara, syarat-syarat ini telah dipersetujui oleh ketiga-tiga kaum yang terbesar di negara ini.

Walaupun pada mulanya ada sungutan dan perasaan ketidakpuasan hati tentang persetujuan itu namun setelah beberapa lama setiap kaum saling memahami tentang kepentingan kontrak sosial itu.

Setiap kaum akur dan memahami mengapa syarat-syarat itu perlu dipatuhi.

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Dapatkan Kandungan Demi Malaiu Sekarang!
Terima Notifikasi Setiap Kali Kami Siarakan Kandungan Baru