Sejarah

Pernah Hilang & Ditemui, Meriam Penggawa Kain Kuning Ini Pernah Meletup Secara Misteri!

Di Kuala Selangor, terdapat beberapa laras meriam lama yang dipamerkan kepada orang ramai dan salah satu daripadanya yang cukup terkenal adalah meriam penggawa.

Meriam ini diberi nama meriam penggawa kerana suatu ketika dahulu, ia pernah hilang namun ditemui semula pada tahun 1961 di Pasar Kuala Sungai Buloh.

Oleh sebab Dato’ Penggawa Permatang Haji Ibrahim antara yang terlibat secara langsung dalam penemuan tersebut, maka di situlah sejarah bermula bagaimana nama meriam penggawa mula wujud.

Menariknya tentang meriam penggawa yang diperbuat daripada besi kuning ini, ia pernah meletup secara sendiri dengan tiba-tiba pada tahun 1961 dan 1978.

Namun demikian punca meriam itu meletup sendiri masih menjadi misteri. Malah, ada yang mengatakan ia akan meletup sendiri setiap kali pertabalan Sultan Selangor yang baharu.

Meriam penggawa yang sentiasa dibalut kain kuning ini terletak di dalam kawasan Makam Tiga Sultan.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker